Sabtu, 9 Julai 2011

Bandang

09072011

Hari ini hari Sabtu.Hari dimana kerajaan mengeluarkan amaran kepada semua rakyat tidak menyertai perhimpunan haram di Kuala Lumpur. Setakat pukul 2 petang tadi lebih 600 orang telah di tahan kerana mengengkarinya. Namunapa yang aku hendak berkongsi pada hari ini ialah tentang satu perkataan yang mempunyai dua makna yang begitu berbeza.

Bandang. Itulah dua kosa kata perkataan. Kalau di Negeri Sembilan, perkataan ini jangan buat main. Nahas kamu nanti. Di Negeri Sembilan, bandang membawa pengertian yang menggambarkan betapa marahnya seseorang itu. Bandang kau! kau nak mampussssss.......atau pun bandang betul budak ni, menyusahkan orang sahaja . Itulah  bentuk sebutan yang terhambur dimulut mereka yang tidak dapat mengawal emosi kemarahannya.

Namun dalam masyarakat orang Bugis, Bandang ialah sejenis makanan atau pun sejenis kueh. Kueh seperti lepat namun di dalam bungkusan daun pisang itu ialah pisang yang dibaluti dengan tepung. Kalau

bandang
ni dia isi nya
pisang yang dibalut dengan tepung
tersangat lah manis

Sudah anda mencuba bandang ini? Sebenarnya kalau di kawasan lain, makanan ini dipangil kueh nagasari.

6 ulasan:

afeezz berkata...

salam AZ : kalau kueh nagasari tu penah rasalah....

sonata anak kancil berkata...

sebut nagasari tahu la...ingatkan kuih apa...sangat sedap - tapi tak pernah buat !lepas ni boleh la cuba buat...

Ayah Zain berkata...

salam afeez,

kalau dah ada pisang yang dibungkus dalam daun pisang bersama dengan tepung, nagasari lah tu bukan?

Ayah Zain berkata...

salam SAK

hehhe, memang sodap tetapi tersangat lah manis. huhuhu

atuk berkata...

Assalamualaikum Tn Hj AZ

pernah makan
sedap juga

Wassalam

Ayah Zain berkata...

salam hj Li

alhamdulillah. Nagasari tu memnag sedap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...