Selasa, 19 Julai 2011

hepi besday ATuk

19072011

Pagi-pagi lagi seawal 6.30 pagi aku memandu ke Kuala Lumpur atas urusan rasmi  yang di adakan di Dewan Perdana FELDA (DPF) yang akan berlangsung pada pukul 2.00 petang. Aku keluar awal kerana menghantar barang-barang keperluan anak-anak ku di Puchong Prima. Setelah selesai di Puchong Prima aku memandu ke DPF. Aku sampai di area Jalan Gurney pukul 12.00 tengah hari. Kerana tidak berapa biasa dengan area  area  ini aku banyak tersalah jalan walaupun dipandu oleh GPS aku yang kadang kala buat hal. Lantas aku teringat dengan ATuk dan menelefonnya untuk mendapatkan bantuan (SOS). Kebetulan aku tahu atuk bekerja di area sini.  Alhamdulillah, Atuk berjaya memandu aku keluar dan aku terus ke Pejabat atuk.

Dari jauh aku nampak Atuk sudah menunggu aku di Pintu Pagar Pejabatnya dan kami terus ke Kafeteria untuk menjamu selera tengah hari.Memang time lunch apa lagi. Membujur lalu melintang patah..

Sambail makan dan bersembang ....... baru aku perasan yang hari ini adalah hari kelahiran Atuk. SubhanaALlah. Walaupn malam tadi aku dah wish kat FB atuk, namun aku terlupa pulak. Jadi tak ada hadiah untuk atuk. Nak saya belanja makan, atuk dah siap bayar, dia kata aku tamu, tamu mesti di jamu. huhuhu


Selamat Hari Lahir Atuk, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di dalam keberkatan dan perlindungan Allah.


6 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : selamat hari lahir buat atuk. semoga panjang umur murah rezeki

Rozali berkata...

Assalamualaikum Tn Hj AZ

terima kasih banyak2 AZ
terima kasih juga,menziarah saya
terima kasih atas ucapan
terima kasih atas ingatan
terharu dgn kedatangan AZ

Wassalam

shami2 berkata...

Salam az...

Selamat hari lahir buat atuk...
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki bahagia hidup didunia dan di akhirat...bersama isteri dan anak2.

Terima kasih az kerana mengingatkan saya juga.

saya pon selalu lupa gak az...tapi berdoa untuk semua terutama kawan2 insyallah sentiasa ingat..

Ayah Zain berkata...

salam afeez

alhamdulillah

Ayah Zain berkata...

salam atuk


ralat pulak tak bawak hadiah utk atuk.

Ayah Zain berkata...

salam shami2

itulah pasal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...