261111
Cukup putaran tahunan Hijrah. Berlalulah 1432 Hijrah dan bermula Hijrah yang baru. Selamat datang sinaran 1433 Hijrah. Semoga tahun baru Hijrah ini membawa sinar menerangi kehidupan anda dengan keredaan Allah swt.
Selamat Tahun Baru Hijrah 1433.
Kedatangan sinar baru Hijrah 1433, aku menyambutnya di Kediaman anak ku di Apartment Oked Puchong Prima, Puchong, Selangor. Selepas maghrib tadi aku berpeluang mendengar kuliah magrib di Surau Mawadah di Kediaman anak ku ini. Banyak ilmu dan tips di sampaikan oleh ustaz tadi. Rugi rasanya kalau aku tidak turun ke surau Mawadah tersebut.
1 Muharram adalah permulaan bagi Taqwim Islam yang diwartakan oleh Khalifah Umar bin Affan dan semenjak tarikh ia digunakan sehingga ke hari ini. Selain daripada itu dalam bulan Muharam pelbagai peristiwa yang harus diingati terutamanya pada 10 Muharam . Antarnya ialah
1.Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2.Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3.Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan 40 hari
4.Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5.Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8.Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9.Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13.Hari pertama Allah menciptakan alam.
14.Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15.Hari pertama Allah menurunkan hujan..
16.Allah menjadikan 'Arasy.
17.Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18.Allah menjadikan alam.
19.Allah menjadikan Malaikat JibrilNabi Ibrahim terselamat daripada api yang dibakar oleh Namrud
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Selain daripada itu ustaz juga menyentuh beberapa adat yang dilakukan oleh masyarakat Islam di Tanah Air dalam menyambut Awal Muharam dengan membaca surah Yasin 3 kali selepas magrib. Ustaz memaklumkan perkara ini tiada nas yang menyarankannya dan paling malang lagi sekiranya ada yang menyangka dengan berbuat demikian mereka tidak akan mati pada tahun itu.
Ustaz juga menyentuh tentang solat hajat. Solat hajat lebih afdal sekiranya dilakukan sendiri oleh mereka yang mempunyai hajat seperti yang disarankan oleh Nabi SAW.
Begitu juga dengan bacaan tahlil selepas berlakunya kematian yang dibaca selama 3 malam, hari ke 7 , 40 atau 100 hari. Bacaan tahlil itu tiada nas yang menyentuh perkara ini.
8 ulasan:
Salam az
Terima kasih atas perkongsian ilmu
sama sama shami2
As-Salam..terimakasih...izinkan saya berkongsi ilmu ini di blog saya juga ya?
Nurazzah8
http://nurazzah8.blogspot.com/
ALAIKUM SALAM AZAH. SILAKAN BERKONGSI ILMU INI
AsSalam AZ...lama tak tinggal jejak. Very insightful n3. SUKA sgt. Selamat Tahun Baru 1433.
alaikumusalam IM. selamat tahun baru 1433
Salam AZ,
Terima kasih perkongsian ilmu ni..akak copy n paste yer...minta izin.
salam KS,
boleh je. silakan
Catat Ulasan