07012012
Hari ini tanpa disangka, kami dapat merasai cekdok jering yang dibuat oleh puteri kami di rumah ibu mertuanya di Kelang, Selangor. Dia mendapat jering tua daripada kawannya justeru dengan kedatangan kami tengah hari tadi beliau mengadun jering itu untuk dijadikan cekodok. Itulah kali pertama beliau melakukukannya dan hasilnya, perfeck 10. Seperti cekodok buatan ibunya juga. Tahniah anak ku.
Kebetulan pula ada seorang ibu muda ditempat kerja isteriku mengidam untuk merasai cekodok jering. Puas juga kami mencari jering di Pontian namun dukacita. Untuk membuat cekodok jering, jering tua yang diperlukan. Selalunya jering tua hanya terdapat di Pasar Chow Kit sahaja. Bak kata arwah mertuaku, di Pasar Chow Kit semuanya ada. Macam macam ada. Justeru isteriku mengubungi anak bujang kami mencari jering tua di Pasar Chow Kit dan berhasil.
Dikesempatan ini aku ingin menitipkan resepi cekodok jering seperti yang di minta oleh Kak As di Alor Star, Kedah dan Cikgu Taib di Betung Sarawak. Nanti cobak buat noooo.
Bahan-bahannya
10 biji Jering Tua di tumbuk hampir lumat
5 sudu besar Tepung Beras
10 tangkai pucuk ubi kayu yang dipotong-potong pendek
garam secukup rasa
1 sudu besar cili kering (sudah dikisar)
1 sudu besar ikan bilis yang telah ditumbuk
1 sudu besar ikan bilis yang telah ditumbuk
Kaedahnya
Masukan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam bekas adunan. Masukan air sedikit sedikit sehingga adunan itu boleh di bentuk menjadi kepolan-kepolan kecil.
Panaskan api dalam kuali dan seterusnya goreng kepolan jering tadi dan goreng sehingga garing menjadi chrispy dan sedia untuk dihidangkan.
cekodok jering sedang digoreng
Cekodok Jering, Siap!!!!
Selamat mencoba.
10 ulasan:
Salam az
Cekodok jering ..menarik tuh...hehhe kreatif betul
ini warisan orang minang. memanh best giler
ini warisan orang minang. memanh best giler
Assalamualaikum THAZ
mak aiiii
yang saya tahu buat ulam ajer...
atau masak lomak ...he he
assalamualaikum AZ : nampak macam sedap, tp tau tau lah rasanya menetapi citerasa sy ke tak, pasal tak pernah makan jering
Assalamualaikum Ayah Zain. Lama kita tak berjumpa.
Wow! Tak pernah dengar, lihat dan rasa cekodok tu. Ramuan-ramuannya juga canggih! Kreatif betul. Mesti cuba buat sendiri satu hari nanti bila 'tak ada sesiapa di dapur' (tak suka orang ganggulah). Terima kasih berkongsi cerita menarik tu.
salam atuk
cuba le buat. jering tua banyak kat chow kit tu.
memnag sedap
salam afeez
memang sedap berbanding makan jering begitu saja.
alaikum salam hj temuk
memnag best giler. saya boleh makan seberapa banyak yang suka
Salam AZ,
Terima kasih berkongsi resepi...nanti akak cuba..ingatkan boh tepung gandum..rupa2nya tepung beras yer..salam kat mrs zain..
Catat Ulasan