04012012
Alhamdulillah, hari ini aku dan wife dapat melakukan excercise berjalan kaki selama satu jam bermula jam 5.30 petang hingga 6.30 petang. Hari ini kami mengikut jalan yang berlainan. Kalau hari Senin lepas kami membelok ke sebelah kanan ke Kg. Parit Keroma, petang tadi kami membelok ke kiri ke Kg. Parit Jelotong. Terasa kesegaran apabila dapat melakukan excercise sebegini. Walaupun kami berjalan biasa, berbual bual sambil menikmati keindahan kampung yang menghijau dan begitu menyegarkan, badan berpeluh juga.
Malam tadi juga aku dapat menyelesaikan laporan prestasi. Rengan rasa kepala apabila ianya telah dihantar ke pihak penilai pertama. Apa yang disasarkan telah dapat dilaksanakan dengan jayanya, maka terpulanglah kepada penilai pertama untuk menentukannya. Tahun 2011 adalah tahun kedua di mana penilaian prestasi dijalankan sepenuhnya secara online. Sebenarnya ianya lebih mudah berbanding dilakukan secara manual namun kerana masalah teknikal maka proses menyempurnakannya begitu rumit sekali ditambah dengan line internet yang begitu slow pada waktu siang hari. Namun segalanya telah selesai. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang memberi nikmat.
6 ulasan:
SALAM,
LF DOAKAN SEGALA URUSAN MEMBERIKAN HASIL YG TERBAIK
Terima kasih datuk. Az masih terkilan kerana tidak dapat hadir ke perjumpaan tempoh hari kerana tetiba tarikh tersebut, az di arah menghadiri kursus ........ huhuhu
Salam AZ
Moga segala kerja berjalan lancar! Tayanglah sikit gambar kat Pt Keroma tu.
Gambarr tu mcm kat hutan simpan.Suka tgk kehijauan. Sejuk je...
assalamualaikum AZ : kat tmpt sy ni, prestasi thn lepas pon belum dinilai. tahun ni punya pon belum mula lagi...
adik pB ada beli rumah di Parit Keroma. Masih dalam proses pembinaan.
YER KER. RUMAH YG MANA SATU
Catat Ulasan