Selasa, 10 Januari 2012

Kematian

09012012

Hari ini seorang staf masuk ke bilik az di pejabat. Sengaja az panggil dia bertanya kabar peritistiwa dia menghantar jenazah daripada Ayer Baloi ke Sabak Bernam pada Ahad 8 Jan 2012 (semalam lah kononnya). Bagaimana jenazah ini berada di Ayer Baloi? Cer citer.......

Jenazah ini adalah adik ipar kepada seorang pegawai di tempat az. Adik iparnya ini menetap di Seremban. Kebetulan datang ke Kota Tinggi berubat dengan seseorang di Felda Ayer Tawar 2. Adik iparnya itu telah lama menderita sakit dalam perut dan telah pun mendapatkan rawat doktor perubatan namun kesembuhan tidak juga menjelma. Namun Allah lebih menyayanginya kerana semasa berada di Kota Tinggi si pesakit telah meninggal dunia.

Suami adik iparnya itu menghubungi beliau (pegawai di tempat az iteww) bagaimana caranya untuk mendapatkan van jenazah untuk membawa jenazah balik ke Sabak Bernam, (Ayah mertua pegawai itu tinggal di Sabak Bernam) kerana ambulance hospital hanya dapat memberikan khidmatnya setelah laporan kematian di buat di Balai Polis Kota Tinggi dan post mortem telah dilakukan. Adoyaiiiiiii, kalau prosidur itu diikuti tentunya masa yang panjang diperlukan. Si mati meninggal dunia kira pukul 1 pagi 8 Jan 2012. Jenazah sampai di Ayer Baloi dalam pukul  5.00 pagi dan mereka bergerak daripada Ayer Baloi dalam pukul 7.00 pagi semalam (8 Jan 2012)

Pikir punya pikir mereka membawa balik jenazah ke Ayer Baloi kerana di Ayer Baloi ada van jenazah yang boleh digunakan tetapi perlu dipandu sendiri. Jadi itulah sebabnya mengapa staf az memandu van jenazah tersebut.

Staff ini menceritakan beliau sampai di Sabak Bernam kira-kira pukul 3.00 petang kerana van jenazah tidak boleh bergerak laju. AZ tengok ruang van dipenuhi dengan katil jenazah dan hanya ada satu bangku kayu untuk pengiring jenazah. Bayangkan anda mengiringi jenazah dan duduk atas bangku kayu itu lebih kurang 8 jam. Hanya Allah sahajalah yang mengetahui namun apabila terkena mata hitam, semua ketidakselesaan itu tidak dihiraukan. Yang mengiringi jenazah itu ialah ibu dan ayah si mati yang berumur melebihi 60 tahun.

Yang ingin berkongsi kali ini ialah tanda-tanda hampirnya seseorang itu menemui ajalnya. Staf ini amat arif dalam perkara ini kerana pengelamannya dan az minta belia bercerita sedikit mengenainya. AZ ringkaskan sahaja dan sekiranya ada antara pembaca yang lebih arif mengenainya boleh membetulkannya andai kata az tersalah dengar kerana bab sakratulmaut ini sesuatu yang pasti:-

Tahap nazak seseorang itu berbeza-beza. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Staf ini memulakannya begini. Andakata kita menziarahi pesakit yang tenat, perlulah kita merasa kaki sipesakit itu. Beliau menerangkan nyawa itu dikeluarkan bermula daripada bahagian kaki. Sekiranya kita merasakan bahagian kaki itu sejuk seperti ais bermakna si pesakit sedang berada dalam keadaan nazak dan keluarga yang terdekat bolehlah dihubungi.

Andaikata hanya bahagian tapak kaki sahaja yang sejuk seperti ais sedangkan bahagian betis masih panas, si pesakit tadi masih bernyawa dan masa kematian masih lambat. Sekirannya bahagian betis sudah sejuk seperti ais, bahagian peha masih panas, saat kematian juga masih lambat. Tetapi apabila kesejukan sudah sampai ke bahagian badan, inilah saatnya kerana suhu sejuk tadi akan cepat ke bahagian dada dan kepala. Masa inilah kita perlu membimbing pesakit dengan ucapan dua kalimah syahadah.

Satu lagi yang diceritakan ialah apabila bahagian belakangnya telah rapat ke lantai/tilam/katil dimana kita tidak boleh memasukan tangan kita ke bahagian belakang si pesakit.

Apabila sipesakit telah menemui ajalnya segala lubang-lubang anggota badan mestilah disumbatkan dengan kapas seprti hidung, telingga dan yang lain-lain. Tujuannya adalah untuk mengelakkan serangga memasuki lubang anggota badan itu terutamannya semut. Katanya ada sejenis semut berwarna merah yang dipanggil semut mayat amat suka kepada mayat. Dagu diikat ke kepala untuk mengelakan mulut simati terbuka.


gambar hiasan

AZ minta maaf kalau apa yang dicatatkan ini tidak berapa tepat dan andaikata ada pembaca yang arif dan mahir tentang perkara ini bolehlah menunjuk ajar kerana ilmu ini amat berguna sekali.

4 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : semoga roh allahyarham dicucuri rahmat

mama ju berkata...

Assalamualaikum AZ
Terimakasih atas maklumat.
Masa bapa nak meninggal jiran rasa kakinya sejuk pd malam dia dtg. esok subuh tu bapa pergi.

rosli berkata...

Hj AZ,

TQVm for sharing, rasanya pengalaman itu banyak betul....kaki mmg sejuk sgt.....

shami2 berkata...

salam az...

Terima kasih atas perkongsian...
sikit ingin shami berkongsi..
cuba perhatikan lidah, batang hidung,dan telinga bakal si mati pada 2,atau 3 hari sebelum ..sudah ada tanda2nya semuanya kelihatan jatuh..
butir percakapan juga sudah ada hints2 cuma kita perlu teliti..
Hakikatnya 100 hari simati sudah pun merasai sendiri cuma tidak mampu untuk menyatakan pada kaum keluarga....banyak yang akan kita tahu bila kita menjaga simati saat2 akhir hidupnya.

Semoga urusan hidup dan mati kita semua diperelok dan dipermudahkan olehNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...