01012012
Hari pertama Tahun 2012 disambut dengan keazaman baru oleh semua umat manusia. Pelbagai azam dinyatakan dan perlu diusahakan untuk mencapainya. Oleh itu perlukan tindakan untuk mencapainya, kalau tidak azam hanya tinggal azam.
Kita menyatakan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW. Kita berselawat sebagai tanda kecintaan itu. Adakah kita kenal dengan baginda? Kadangkala di rumah-rumah hanya ada bingkai yang tertulis nama baginda sahaja yang berdampingan bersebelahan dengan nama Allah SWT. Selain daripada itu kita tidak mengetahuinya. Sesungguh tiada gambar yang boleh menyerupai dengan rupa nabi dan rasul. Justeru bagaimana kita hendak mengenalinya?
Aku rasa bertuah kerana dapat menghadirkan diri di Majlis Ilmu Surau Anak Bugis, Pt Keroma, Ayer Baloi. Seperti biasa Majlis Ilmu ini disampaikan oleh Ustaz Salehuddin dan kali ini beliau menceritakan ciri-ciri Nabi Muhammad SAW melalui buku yang ditulis oleh Imam al-Tirmidzi.
Seperti biasa sebelum kuliah bermula ustaz akan menyampaikan kata-kata motivasi menghadiri majlis ilmu. APabila menghadiri Majlis Ilmu ia akan dapat meningkatkan keimanan kita kerana ilmu akan bertambah . Tampa ada adanya ilmu akan berkurangan iman kerana tiadanya ilmu.
Ustaz juga menceritakan secara ringkas siapa Imam al-Tirmidzi. Namun aku mohon maaf andai ada tersalah fakta, maklumlah kejahilan aku dalam bab bab agama ini. Namun aku ingin berkongsi kerana 'sampaikanlah ilmu itu walaupun dengan sepatah ayat'. Andai kata ada kesalahan, aku mohon maaf dan silalah diperbetulkan.
Imam Tirmidzi lahir lahir di sebuah tempat bernama Hudud pada tahun 214H. Terdapat perselisihan pendapat yang mengatakan Imam Tirmizi buta sejak lahir namun beliau buta setelah lanjut usia setelah menuntut ilmu dan menghasilkan beberapa buah karya yang menjadi rujukan dan panduan alim ulama. Beliau menuntut ilmu dengan berjalan sehingga ke Khurasan, Iraq, Makkah dan Madinah. Di antara guru beliau ialah Imam Bukhari dan Imam Muslim. Beliau meninggal dunia pada 13 Rejab 274 H di sebuah kampung bernama Tirmidz. Mungkin inilah sebabnya mungkin beliau dikenali dengan Tirmidzi.
Didalam karangan beliau mengenai keperibadian Nabi Muhammad SAW, Imam al-Tirmidzi memetik hadis-hadis daripada Anas bin Malik, Al Bara' Ibn Azib, Ali Ibn Abu Talib dan Hasan Ibn Ali. Rata-rata hadis itu menceritakan fakta yang hampir sama namun Hasan Ibn Ali lebih menceritakan ciri-ciri fizikal Nabi Muhammad yang agak lengkap namun aku gagal untuk menghabiskannya di sini.
Antara ciri ciri Fizikal Nabi Muhammad seperti yang dinyatakan oleh Hasan Ibn Ali ialah rupa paras yang menarik terutama ketika baginda memakai baju berwarna merah. Wajah Rasulullah lebih indah daripada bulan purnama dengan postur tubuhnya lebih tinggi daripada ukuran tubuh yang biasa dan lebih pendek berbanding dengan tubuh manusia yang jangkung dan kerempeng (bahasa Indonesia). Kepala baginda besar dengan rambut yang ikal. Apabila rambut baginda panjang, baginda akan menyisirnya namun tidak akan dibiarkan panjang sampai ke bawah daun telinga baginda. Kulit baginda cerah, putih kemerah-merahan, dahi yang lebar dengan alis mata yang melengkung dan panjang. Baginda mempunyai alis mata yang hampir bertemu dan di antara dua alis mata itu terdapat urat yang akan menjadi merah apabila baginda marah. Baginda mempunyai hidung yang mancung dan bercahaya di bahagian atasnya sehinggakan sekiranya tidak dilihat dengan telilti hidung baginda seakan bengkok. Baginda mempunyai janggut yang lebat dengan kedua-dua pipi yang datar. Mulut baginda lebar dan mempunyai gigi yang berjarak.........
Sampai di sini yang dapat aku catatkan kerana kelemahan aku dan akhirnya ustaz mengingatkan jemaah agar menghadiahkan pahala majlis yang diperolehi di Majlis Ilmu ini kepada kedua orang tua kita yang disayangi.
4 ulasan:
Assalamualaikum THAZ
Alhamdulillah
dapat berkongsi bersama
terima kasih
assalamualaikum AZ : selamat tahun baru, semoga tahun ni lebih baek dari tahun lepas, insyaAllah
sama2 Atuk
selamat tahun baru afeez
Catat Ulasan