290612
Hari ini Jumaat, Penghulu segala hari. Jumaat adalah cuti mingguan kepada Negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan. Kita berada di hari Jumaat terakhir Bulan Jun 2012, bermakna sudah setengah tahun berlalu. Adakah kita sudah mencapai matlamat atau memenuhi azam yang ditekadkan pada awal tahun 2012? Kalau belum masih ada setengah tahun lagi untuk memenuhinya. Begitu pantas masa berlalu kerana masa tidak menunggu sesiapa. Masa tetap berlalu meninggalkan sesiapa sahaja.
Hari ini ayahzain ingin berkongsi suatu perkara yang kadang-kadang lazim kelihatan ketika berada di surau atau masjid dan paling menyedihkan ketika individu ini mengerjakan solat. Sama ada solat sunat atau solat fardu. Perkara ini hanya berlaku terutamanya kepada remaja lelaki yang suka berseluar londeh dan berbaju-T singkat. Juga dilakukan oleh mereka yang telah berada lewat 20-an malah 30-an. Pernah aku menegur seorang remaja lelaki sesudah remaja ini mengerjakan solat.
Insidennya begini. Mereka yang suka berseluar londeh (istilah aku) dan berkemeja-T singkat.Memang menjadi trend sekarang ini. Apabila mereka mengerjakan solat maka aurat akan terdedah ketika sujud, seperti apa yang ilustrasikan di bawah:
Kemeja-T akan terangkat sedikit ke atas sementara seluar londeh akan mempamerkan sebahagian punggung/pinggul dan mendedahkan aurat. Malah alur punggung juga kelihatan. Aurat lelaki antara pusat hingga ke lutut. Implikasinya solat akan terbatal kerana aurat wajib ditutup terutamanya ketika bersolat. Gagal mematuhinya, solat akan terbatal.
Allahuaklam. Allah maha kaya.
6 ulasan:
Salam sejahtera Tuan Hj AZ
Kita uar2kan isu ni. Kdg2 kita ambil mudah atau tak perasaan akan hal ni.
salam mamaju
itule. sekadar ingat mengingati
Assalamualaikum THAZ
saya pernah jumpa mereka macam ni
kalau yg rock tu...saya berdoa ajer, saya beranggapan mereka baru nak berjinak2..
salam atok
betul tu. tp az mana yang nampak, az cakap jer cara baik. insya allah
Assalamualaikum Tn Hj,
Ini lah keadaan dimasa sekarang tak kira remaja atau yang dah berusia dimana mereka mengambil ringan dari segi pakaian untuk beribadah menghadahp ALLAH.... Ada kalanya baju-T yg dipakai dihiasi dgn gambar dan tulisan yang kurang enak utk dilihat/dibaca........
salam pesona
benar kata mu itu. Terima kasih datang ziarah
Catat Ulasan