Ahad, 20 Februari 2011

Cucu oh cucu ku Cayang

200211

inilah Wajah cucu ku dihari pertama
ooo cayang atok
selamat datang ke dunia ini cucu atok

Amirul Aiman bin Faizal
nama cucu ku yang ke 13
wow ramai tu
maknanya emak aku dah ada 13 orang cicit

 
Itulah dia cucu ku yang terbaru yang dilahirkan pada 10 Feb 2011  , Hari khamis pukul 5.29 pagi dengan timbangan 2.63kg.



Bayi itu adalah anak kepada anak buahku. Anak keponakan aku.  Iaitu anak kepada    adik perempuan ku no 5. Adik perempuanku ini telah kembali ke alam baqa hampir 20 tahun yang lalu. Masa dia meninggal,  umur anakbuah ku ini (bapa bayi ituler)  baru berumur10 tahun barangkali.

   Comel sekali wajah cucuku ini. Sayangnya aku tak dapat menziarahinya lagi kerana berada nun jauh di utara Malaya di Jitra Kedah. Anak buahku ini bertugas di Kubang Pasu Kedah.

Semoga ia akan menjadi anak yang soleh yang   mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya. Disamping menjadi warga Malaysia yang berjasa kepada ugama, bangsa dan negara Malaysia tercinta.


Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.
(QS:At-Taghabun: 64:15)



Selasa, 15 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul

150211
12 RA 1432
  Selamat Menyambut Hari Lahir Junjungan Nabi Muhammad SAW.

Marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW untuk membuktikan kecintaan dan kerinduan kita kepada Baginda SAW.




Junjungan Mulia

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah


Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

                                              Salam Ceria


Sabtu, 5 Februari 2011

Alhamdulillah. Syukur


050211

Hari ini genaplah seminggu  berlalunya majlis perkahwinan anak perempuan sulungku di rumah ibunya kami di Melaka. Anda dapat lihat kepulan awan hitam semasa pengantin di arak dengan iringan caklempong bukan? Selepas itu hujan mula turun. Daripada hujan renyai-renyai membawa ke lebat di sebelah petang dan seterusnya tidak berhenti-henti sehingga lebih 24 jam lamanya dan mengakibatkan 4 buah negeri mengalami banjir.  Kepada tetamu yang datang, hatiku kembang berbunga. Yang tidak dapat datang disebabkan masing-masing ada urusan peribadi yang perlu diuruskan. Semoga para tetamu berpuas hati dengan jamuan yang di sediakan. AZ sekeluarga mohon ampun dan maaf atas segala kekurangan. 

hantaran pengantin (ihsan mamaju)
hanya tinggal kenangan


Salam Ceria

Rabu, 2 Februari 2011

Masya Allah: Insya Allah


020211
Masya Allah, MAher Zain menyanyi dalam Bahasa Melayu
memang hebat
syahdu
menusuk kalbu
mari kita layan sekejap

Insya Allah: Malay Version

Dan tiadalah Kami utuskan Rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pembawa amaran; kemudian sesiapa yang beramal soleh, maka tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak akan berdukacita. (QS:Al-An'am:6:48)


(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
 (QS: Al-Hadid:57:23) 

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (QS: Fushilat:41:30)


Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (QS: An-Nissa:4:32)





Terima kasih Allah, Alhamdulillah

020211


Syukur kepada Allah swt dengan limpah kurniaNya, majlis pernikahan dan majlis walimatul urus puteri sulungku telah dapat disempurnakan. Semoga anak sulungku yang sorang-sorangnya perempuan ini berbahagia disamping suaminya hingga ke anak cucu dan akhir hayatnya. Kepada tetamu yang datang aku mengucapkan ribuan terima kasih dan minta maaf di atas segala kekurangan dan layanan yang diberikan. Terima kasih dengan kedatangan CL n Nazri yang menambahkan serinya majlis kami serta warga PDKM seperti Sonata anak kancil dan suami, Rozali atok dan isteri , Umi humaira dan abi hanan, Ku Din n Isteri, kak sidah dan abang zack, mamaju dan abang nan, saifuddin.com dan isteri, shami2 dan pak ngah, datin azlina serta yang lain-lain yang az terlupa namanya di saat ini.  Sesungguhnya yang buruk itu daripada sifat aku sendiri dan yang baik itu daripada Allah SWT.





ada berani?

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui (QS: An-nur:24:32)

Selasa, 1 Februari 2011

Terima kasih anak muridku

010211


This cake was specially done for my "dad" n "mum" aka my homeroom advisors..yup they were my homeroom advisors from the year 0f 1984-1988..and I owe them alot...and I don't think I can repay them for what they had done to my life....so to my dear dad..Cikgu Zain and mum..Cikgu Rohaya..this cake was specially done for both of u..as my appreciation...This cake was my first design using the life size sugar flowers..and handpainted at the side..inspired by Alan Dunn... 
megah di hadapan meja makan pengantin


lihat bunganya itu
persis bunga hidup
bukan bunga hidup atau bunga plastik
tetapi bunga yang di buat daripada gula
teramatlah manis

so nice

cantikkan CL

Gambar dari pelbagai sudut.

Shikin, terima kasih daun keladi. AZ doakan biznez Shikin berkembang maju.
Bekas anak muridku ini adalah seorag usahawan kek yang menerima tempahan daripada rumah di sekitar Melaka. Dia aktif menerima tempahan terutamanya di Majlis-majlis perkahwinan. Lihatlah begitu seni sekali hasil kerja tangan beliau.
salam ceria
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...