Rabu, 2 Februari 2011

Terima kasih Allah, Alhamdulillah

020211


Syukur kepada Allah swt dengan limpah kurniaNya, majlis pernikahan dan majlis walimatul urus puteri sulungku telah dapat disempurnakan. Semoga anak sulungku yang sorang-sorangnya perempuan ini berbahagia disamping suaminya hingga ke anak cucu dan akhir hayatnya. Kepada tetamu yang datang aku mengucapkan ribuan terima kasih dan minta maaf di atas segala kekurangan dan layanan yang diberikan. Terima kasih dengan kedatangan CL n Nazri yang menambahkan serinya majlis kami serta warga PDKM seperti Sonata anak kancil dan suami, Rozali atok dan isteri , Umi humaira dan abi hanan, Ku Din n Isteri, kak sidah dan abang zack, mamaju dan abang nan, saifuddin.com dan isteri, shami2 dan pak ngah, datin azlina serta yang lain-lain yang az terlupa namanya di saat ini.  Sesungguhnya yang buruk itu daripada sifat aku sendiri dan yang baik itu daripada Allah SWT.





ada berani?

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui (QS: An-nur:24:32)

15 ulasan:

Unknown berkata...

salam AZ..

semoga pengantin bahagia hingga ke akhir hayat...

Kakzakie Purvit berkata...

Salam AZ,

Sejuta kemaafan ada halangan tidak dapat menghadirkan diri. Semoga rahmat dan hidayah diberi keatas puteri AZ dan suami.

Kak Sidah berkata...

salam AZ,

Semoga pengantin berbahagia hingga keakhir hayat..tak dapat ckp banyak masa tu..az sibuk melayan tetamu..hujankan az..hujan rahmat..

mama ju berkata...

Aslkm AZ

Alhamdulillah dah dpt menantu. Esok lusa dapat title Dato'

atuk berkata...

Assalamualaikum Hj AZ

kami doakan agar kekal didunia hingga ke Syurga, dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah

Wassalam

rezeki berkata...

salam az

alhamdulillah, semua dah selesai dengan jayanya

tahniah krn menerima menantu

berbyk maaf krn tidak dapat menghadiri undangan az tempohari, kerana anak yg diasrama , sekolahnya tak ambil cuti isnin dan selasa serta rabu , jadi terpaksalah kami tak boleh bergerak ke mana2 hujung minggu , sepatutnya hari ni rabu, ia masih bersekolah, tapi krn masalah banjir yg melanda di HC, jadi mereka ambik cuti peristiwa , jadi petang semalam baru ambik dia kat asrama

Ayah Zain berkata...

Salam U Humaira

Amin, amin ya Rabb al amin

Ayah Zain berkata...

tak apalah kakzakie, udah tak ada Allah swt

Ayah Zain berkata...

Insya Allah kak sidah, semoga mereka sentiasa dalam rahmat allah. Itulah, minta maaf bbebanyak yer kak sidah.

Ayah Zain berkata...

Amin, semoga doa mamaju di makbulkan Allah.

Ayah Zain berkata...

amin, amin ya Rabb al amin. Insya Allah . Moga doa atok rozali di makbulkan Allah.

Ayah Zain berkata...

amin, amin ya Rabb al amin. Insya Allah . Moga doa atok rozali di makbulkan Allah.

Ayah Zain berkata...

tak jadi masalah rezeki. tak ada rezeki nak sampai. Moga rezeki dipermudahkan oleh Allah dan tiada masalah berat dalam musim banjir ini

ysa berkata...

Salam AZ,

Tahniah sempena menerima menantu. Semoga jodoh mereka berkekalan hinggga keanak cucu dan sentiasa di rahmati Allah SWT.

Mohon maaf kerana tidak dapat menghadiri majlis AZ.

Wassalam.

Ayah Zain berkata...

terima kasih ysa. tak apa,no hal. tak ada rezeki. (hati sedey gak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...