150211
12 RA 1432
Selamat Menyambut Hari Lahir Junjungan Nabi Muhammad SAW.
Marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW untuk membuktikan kecintaan dan kerinduan kita kepada Baginda SAW.
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia
Salam Ceria
6 ulasan:
Assalamualaikum AZ,
Lama juga menyepi. Sibuk mengemas rumah selepas majlis mesti penat kan. Syukur kembali dalam keceriaan menyambut maulidur rasul.
Berselawat dan salam ke atas junjungan kita Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabat baginda.
Assalammualikom wtb Tuan Hj. Khaifahaluka? Allhamdullah. ana doakan semoga tuan hj sihat selalu dan senantiasa dirahmati Allah s.w.t.
Salam Maulidul rasul. Teruskan perjuangan, sambung kerja Nabi. Usahakan setiap anak didik senantiasa mengikut jejak Nabi s.a.w. dan tunaikan la hak-hak saudara muslim.
JazakaAllah
Salam AZ,
Semoga kita tergolong sebagai umat yang mencintai Rasullullah SAW lebih dari Ibubapa,anak hartabenda hatta diri kita sendiri.
Semoga cinta yang kita zahirkan sempena sambutan MulidurRasul terbit dari hati dan dapat kita buktikan dengan perbuatan dgn mengikuti sunnah2 Rasulullah. Jika tidak, bimbang cinta kita itu ...cinta palsu!
Ooops meleret2 pulak.
Wassalam
salam kak zakie
alhamdulillah.
salam MI,
insya allah
salam YSA
terima kasih atas ingatan
Catat Ulasan