Rabu, 22 Jun 2011

Asy-Syam


22062011

Semoga hari ini dan hari-hari mendatang  membawa sinar keceriaan yang berkekalan. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.





1. Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
[2]Dan bulan apabila ia mengiringinya;[3]Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;[4]Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),[5]Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh – yang melambangkan kekuasaanNya);[6]Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);[7]Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);[8]Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -[9]Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),[10]Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (QS: Asy-Syam:91:1-10)

Ahad, 19 Jun 2011

PICC


19062011
Selepas melepak di ALamanda, kami ronda-ronda Puterajaya. Satu tarikan yang kami nak berkongsi ialah PICC atau Pusat Konvensyen Antarabangsa Puterajaya. Satu mercutanda yang amat menarik terletak di atas Puncak Bukit atau lebih tepat lagi Taman Puncak Selatan Precint 5.  Dari kejauhan ia seperti sebuah stadium Topi hehehh.  AMat Indah sekali. Pertama kali AZ menjejakkan kali ialah kira-kira 4 atau 5 tahun yang lalu iaitu semasa Persidangan ANGKASA. Dan yang terbaru ialah pada awal Jun yang lalu.
PICC daripada Jembatan Gemilang

Peta Lokasi PICC


Dari bawah Puncak Taman Selatan

Sabtu, 18 Jun 2011

beli ke tak beli

18062011
Sementara menunggu ibu di Hospital Seremban ni, bolehlah aku menggodek-godek apa nak buat memenuhkan masa lawatan tengh hari nanti. Ada 4 jam lagi ni. Jenuh juga tu. Maka wife ajak menjengok-jengok apa boleh dipandang oleh mata. Kesihatan ibu sudah semakin pulih. Apa lagi ........Sambil itu membelek lah gambar-gambar yang ada untuk bahan blog.

satu ruang di alamanda.
cantik juga baju ni ......
mak datok, jenama apa ni?
RM256.00.
hehehhe seumur hidup tak pernah beli lagi baju mahal macam ni, tak tahu le orang lain......


Jumaat, 17 Jun 2011

Sejenak di Alamanda

17062011

Musim cuti sekolah baru-baru ini az sefamili berpeluang menjejakan kaki di Alamanda Puterajaya. Bukan selalu AZ dapat ke sini. Maklumlah lokasinya bukannya dekat  dari tempat az yang dok nun jauh di hujung tanah besar Benua Asia.  Kawasan seluas 65,000 m² ini amat besar sampai lengoh kaki az menapak dan hampir-hampir juga sesat dipertapakan ( menapak dengan kaki) ini. Di sinilah terdapatnya dua nama hebat iaituCarrefour dan Parkson yang menjadi nadi penyewaan di Alamanda . Pusat biznes yang dibuka pada Ogos 2004 ini dimiliki oleh Puterajaya Holding Sdn Bhd yang diuruskan oleh Suria KLCC SDN Bhd sangat gah kerna menjadi tumpuan orang ramai untuk membei belah,menonton wayang atau menikmati hidangan yang beranika jenis. Pendek kata satu hari memang tak cukup untuk menghabiskan masa berurusan di sini.












Selasa, 14 Jun 2011

chicken mandi puterajaya

14062011

Entah mengapa selera ini teringin sangat kepada chicken mandi. Serata Pontian aku mencari namun tidak juga diketemui. Golek ke sana, nasi mandi;  golek ke sini nasi mandi,di mana-mana nasi mandi tetapi  si nasi mandi. tidak juga bersua.  Tiba-tiba teringat blog lebih baik bekas orang jahat daripada orang baik maka az usahakan juga ke tempat itu. Sampai juga ke destinasi namun di mana gerangan. Maka orang kuat Puterajaya dihubungi meminta bantuan. SOS amat berharga sekali di kala memerlukan. Panduan di beri, mata memandang sana ke sini , cari dan mencari cari. Akhirnya bersua juga tempat yang di cari . Terima kasih CM yang bestari.

waduh, ekslusif sekali meja makannya. Ala-ala arab gitu

sampai juga idaman yang di cari
yum yum, not bad tapi tak lawan yang original kat Makkah
apa-apa pun dapat juga melepaskan rindu dendam yang membara

Sabtu, 11 Jun 2011

watchout this spider







Lihat labah-labah ini. Ia seperti labah-labah biasa.tapi kalau diperhatikan ia adalah hunstman Ia amat merbahaya. Dimaklumkan ia banyak terdapat di Kuala Lumpur. Tak tahulah sahih atau tidak. Namun eloklah berjaga-jaga terutamanya kepada kanak-kanak. Sekiranya anda terjumpalabah-labah ini jauhinya atau BUNUH SAJA. Cuba lihat kesan gigitan labah-labah ini kepada ibu jari seseorang dan lihat apa kesannya.
Kesan gigitan pada hari hari ke 5
pada hari ke 6
Hari ke 9

Hari ke 10
Ngerinya. Kalau mangsa ini pengidap kencing manis lagi haru. nampaknya tak bertangan lah gamaknya.

Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (QS: Al-Muzzammil:73:20)



Jumaat, 10 Jun 2011

Mee Udang Kuala Sepetang

10062011

Alhamdulillah, akhirnya kami sekeluarga dapat juga menikmati Mee Udang Kuala Sepetang (MUKS). Orang kata kalau ke Taiping dan tidak merasai MUKS maka tidak sah. yer ker.  Maka dengan itu kami gagahi juga ke KS sejauh 15km drpd bandar Taiping untuk mecuba MUKS. Hampir setengah jam memandu, akhirnya kami sampaike destinasi. Dan ...................boleh tahaan! udang dia memang fresh terasa kelautannya hehehhe. Oklah, az hanya bagi ****
Mee Udang Special
nampak buih dia bukan
very da fresh
Mee Udang Biasa
tu dia ramai juga  pelanggan yang  menikmati Mee Udang KS

Isnin, 6 Jun 2011

tetamu datang menjengah

06062011

Hari ini az menerima tetamu yang tidak di sangka-sangka. Bekas anak murid yang telah meninggalkan sekolah kira-kira 17 tahun dahulu datang menjelma menjengahku di teratak usang yang aku hunii.  Anak murid remaja 17 dahulu datang dengan seorang isteri dan 3 orang anak-anaknya. Mereka datang dengan kereta Honda Oddysy baru. Menjalarrrrrrrrr kat laman rumah az.  Isterinya juga seorang guru yang menjawat Penolong Petang di sebuah sekolah menengah di Kluang, Johor. Maka apalagi isterinya berbual panjang dengn mrszain tentang perilaku anak-anak muridnya. Kami menghabiskan masa berbual-bual hampir dua jam tanpa kami sedari. "Tak ada apa cikgu "katanyaa," terlanjur pergi ke Kukup Golf Resort dan kebetulan melalui Ayer Baloi, maka saya ambil kesempatan untuk menziarahi cikgu , tak tahu pulak cikgu kat Pontian, saya intakan masih kat Batu Pahat". Alhamdulillah, ingat juga kamu kat cikgu di sini yer. Lain kali kalau ada masa datang lah lagi. Insya Allah, sebenarnya perjalanan ini tak boleh di rancang, kalau di rancang tak menjadi. Yor lah Betullah tu.


Ahad, 5 Jun 2011

Mentari Senja

05062011
Semasa  memandu daripada Bidor ke Telok Intan beberberapa hari yang lalu, pemanduan aku agak sukar kerana menyongsang pancaran cahaya lembayung senja. Warna keemasannya begitu menyiksa mata dan hampir-hampir tidak dapat memandang ke hadapan. Namun pemanduan tetap diteruskan walaupuan menghadapi kesukaran pandangan mata. Tiba-tiba tergerak juga untuk menembak mataharia yang hampir merebahkan dirinya itu. Nah satu pandangan yang maat menarik dan dapat diabadikan sebagai kenangan yang sukar dilupakan. 

Begitu indah lembayung senja ini

Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya) (QS:al-An'am:6:78)


Warna kemasan ini menjadikan garisan jalanraya begitu menyerlah sekali


Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; (QS:Yassin:46:37-38)

Jumaat, 3 Jun 2011

Pesanan


03062011 

Salam Ukhuwah,
apa kabar? Lama az tidak bersiaran. Mari kita hayati bingkisan daripada emel az ini
Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... . " setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira Masih hidup @ telah tiada )".......... Nescaya pintu rezekimu akan terbuka

Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan DOA Kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan DOA kepada kedua ibubapa (baik yang hidup Mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa Kepada kedua ibu bapa (walaupun Ada ibu bapa yang leka, doakan agar Mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan Dan Bayangkan wajah kedua orang tua Kita , termasuk guru2 Kita Dan mereka yang banyak menolong Kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah


Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu Ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa Kita setiap Hari

- Rezeki bukan sahaja berupa Wang ringgit, tetapi segala nikmat yang Kita apat dari Allah (e.g. Makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah

Berusaha Dan bertawakal.. ...insyallah , rezeki itu bukan kerana Ada sijil SPM,atau ijazah universiti



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...