17062011
Musim cuti sekolah baru-baru ini az sefamili berpeluang menjejakan kaki di Alamanda Puterajaya. Bukan selalu AZ dapat ke sini. Maklumlah lokasinya bukannya dekat dari tempat az yang dok nun jauh di hujung tanah besar Benua Asia. Kawasan seluas 65,000 m² ini amat besar sampai lengoh kaki az menapak dan hampir-hampir juga sesat dipertapakan ( menapak dengan kaki) ini. Di sinilah terdapatnya dua nama hebat iaituCarrefour dan Parkson yang menjadi nadi penyewaan di Alamanda . Pusat biznes yang dibuka pada Ogos 2004 ini dimiliki oleh Puterajaya Holding Sdn Bhd yang diuruskan oleh Suria KLCC SDN Bhd sangat gah kerna menjadi tumpuan orang ramai untuk membei belah,menonton wayang atau menikmati hidangan yang beranika jenis. Pendek kata satu hari memang tak cukup untuk menghabiskan masa berurusan di sini.
2 ulasan:
assalamualaikum AZ : semalam saya lepak kat alamanda... hihi
yer ke afeez. sonok jadi orang bujang ni.
Catat Ulasan