Isnin, 6 Jun 2011

tetamu datang menjengah

06062011

Hari ini az menerima tetamu yang tidak di sangka-sangka. Bekas anak murid yang telah meninggalkan sekolah kira-kira 17 tahun dahulu datang menjelma menjengahku di teratak usang yang aku hunii.  Anak murid remaja 17 dahulu datang dengan seorang isteri dan 3 orang anak-anaknya. Mereka datang dengan kereta Honda Oddysy baru. Menjalarrrrrrrrr kat laman rumah az.  Isterinya juga seorang guru yang menjawat Penolong Petang di sebuah sekolah menengah di Kluang, Johor. Maka apalagi isterinya berbual panjang dengn mrszain tentang perilaku anak-anak muridnya. Kami menghabiskan masa berbual-bual hampir dua jam tanpa kami sedari. "Tak ada apa cikgu "katanyaa," terlanjur pergi ke Kukup Golf Resort dan kebetulan melalui Ayer Baloi, maka saya ambil kesempatan untuk menziarahi cikgu , tak tahu pulak cikgu kat Pontian, saya intakan masih kat Batu Pahat". Alhamdulillah, ingat juga kamu kat cikgu di sini yer. Lain kali kalau ada masa datang lah lagi. Insya Allah, sebenarnya perjalanan ini tak boleh di rancang, kalau di rancang tak menjadi. Yor lah Betullah tu.


3 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : haha.. az ni mesti cikgu kesayangan dia kan...

Ayah Zain berkata...

salam afeez

hehhe, semua pelajar tu sayang kat saya hehehhe. Tengoklah kat FB saya tu afeez

Ayah Zain berkata...

hahahah, pandai cikgu saifuddin ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...