Ahad, 5 Jun 2011

Mentari Senja

05062011
Semasa  memandu daripada Bidor ke Telok Intan beberberapa hari yang lalu, pemanduan aku agak sukar kerana menyongsang pancaran cahaya lembayung senja. Warna keemasannya begitu menyiksa mata dan hampir-hampir tidak dapat memandang ke hadapan. Namun pemanduan tetap diteruskan walaupuan menghadapi kesukaran pandangan mata. Tiba-tiba tergerak juga untuk menembak mataharia yang hampir merebahkan dirinya itu. Nah satu pandangan yang maat menarik dan dapat diabadikan sebagai kenangan yang sukar dilupakan. 

Begitu indah lembayung senja ini

Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya) (QS:al-An'am:6:78)


Warna kemasan ini menjadikan garisan jalanraya begitu menyerlah sekali


Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; (QS:Yassin:46:37-38)

2 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Tn Hj AZ

Subhanallah
indahnya ciptaan Allah dan menunjukan kekuasaanNya

Wassalam

Ayah Zain berkata...

salam tn hj Rozali

alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...