17072011
Alhamdullillah, syukur kepada Allah yang memberi nikmat. Hari ini adalah hari ulangtahunku. Semoga aku terus berada dalam perlindungan Allah. Terlalu banyak nikmat-nikmat Allah yang telah diberikan kepada ku. Sesungguhnya Allah itu amat pengasih dan penyayang. Kadangkala aku terlupa apakah tujuan aku dilahirkan dan aku melakukan kesalahan, aku minta ampun dan bertaubat namun aku ulangi lagi. Itulah aku. Aku berjanji, aku menangis minta ampun kepada Mu, namun aku ulangi lagi. Ya Allah, Engkau ampuni dosa-dosaku. Aku terlalu takut kepada balasanMu, namun aku begitu tega melakukan kesalahan, kesalahan demi kesalahan. Semoga hari ini menjadi sempadan yang berterusan untuk tidak mengulangi kesalahan melanggar perintahMu. Engkau tolonglah aku ya Allah, semoga aku tidak mudah tergoda dengan pujuk rayu syaitan yang datang daripada atas, yang datang daripada depan, yang datang daripada depan, yang datang daripada belakang dan semua penjuru arah mengajak aku bersama menyertainya ke nerakaMu ya Allah.
Di laman FBku, Pagi-pagi aku mendapat ucapan selamat hari lahir daripada mereka yang mengenaliku terdiri daripada anak-anak didikku dan kawan-kawan PDKM seperti Hj Rosli Ibrahim, Hj Arsyad, Imran Paris dan datin Sophie Yusof serta Shima. Kepada anak-anakmuridku (Hasfa, leha, azy, frida dll) yang mengirim titipan doa, aku mengucapkan ribuan terima kasih dan amat terharu dengan ingatan kamu semua.
Juga kepada anak-anakku Alang dan Afifi yang mengirimkan sms harilahir kepada ku, semoga Allah memberkati kamu.
Malam tadi selepas majlis Isyrak mikraj di Masjid Ayer Molek, Melaka aku meraikan hari Lahirku dengan menjamu ibuku,kakak sulong, isteri dan anak menantuku serta adik lelakiku berserta keluarganya di Medan Selera Ikan bakar di Cristal Bay Melaka (masih tak lawan hidangan di Mandela) . Alhamdulillah.
sotong goreng tepung
Jenahak 3 rasa dan seweet sour
cencaru bakar kegemaran ibuku
pari bakar kesedapan adikku
sedap juga kupang goreng berlada ini
kat Pontian, aku tengok aje yang dijual di tepi jalan
sedang menjamu selera
sedang menunggu............
14 ulasan:
SALAM,
SELAMAT ULANGTAHUN HARI KELAHIRAN ! DIDOAKAN SENTIASA SIHAT SEJAHTERA DAN DILINDUNGI ALLAH SWT !
Salam Dato,
Terima kasih atas ucapan. Semoga Dato sekeluarga di dalam perlindungan Allah swt
as salam
hepi besday mudah2an diberkati ALLAH s.w.t selalu
assalammualaikum wrb.salam perkenalan.selamat hari lahir buat ayahanda zain.semoga panjang umur,murah rezeki,sihat tubuh badan dan istiqamah dalam beribadah kepada allah swt.insyallah.
assalamualaikum AZ : selamat hari lahir, panjang umur murah rezeki dilimpahi rahmat. igtkan makan kat mandela tadi...
Salam,az
Selamat ulang tahun..semoga panjang umur murah rezeki berjaya didunia dan akhirat
salam az
moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman diberi kesihatan yg baik dan berbahagia dunia akhirat
terima kasih zie
salam zie:
terima kasih atas ingatan
salam nurbaya:
terima kasih
salam afeez:
terima kasih atas ingatan
salam shami2
terima kasih. tahun lepas kita makan kambing panggang, macam baru jer
salam rezeki
terima kasih
Salam AZ,
Walaupun dah terlewat..akak ucapkan Selamat Ulang Tahun juga pada az..semoga hari2 mendatang membawa rahmat dan gembira bahagia di samping keluarga..
Catat Ulasan