Sabtu, 23 Julai 2011

sambal gesek

23072011

Anda biasa dengar sambal gesek? Sambal orang malas sebab senang sangat nak menyediakannya. Very simple. Hanya perlukan cili api. Cili itu di tumbukmenggunakan lesung batu. Ikut suka sama ada mahu hancur atau separuh lumat cili tersebut. Maka jadilah sambal .
Ambil  isi durian (durian masak, jangan yang muda) yang telah dilenyek. Ambil sambal dan isi durian yang diletakan dalam piring dan ia sudah boleh untuk dihidangkan. Senang bukan?

ni dia Sambal gesek
Nampak tu dua ulas durian dan cili api yang ditumbuk
(Maaf, masa tengah makan teringat nak snap hehhe)
wow, penambah selera tu


10 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Tn Hj AZ

macam tempoyak ...gitu yer

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Wassalam

sonata anak kancil berkata...

kalau tak tumbuk - cili api tu petah2kan pun boleh jugak...lagi le namanya sambal malasssss....tapi sedap + tempoyak@isi durian

CT berkata...

makin bselerakan makan camni..huhuhu

Ayah Zain berkata...

salam rozali,

tempoyak tu ialah isi durian yang udah diperam daam botol.

Yang ini masih fresh. memang sodap

Ayah Zain berkata...

salam sak

patah2kan aje? mangaiiiii, podeh melaha tu. tak sanggup den makan tu

Ayah Zain berkata...

salam CT,

beto tu. dulu masa az kecil, kita orang susah jadi musim durian ,itulah menu hariannya. hehehh

Unknown berkata...

Assalamualaikum AZ

buat penambah selera berbuka di bulan puasa ...

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : macam tak sedap jer bunyinya... hehehe...

Ayah Zain berkata...

salam umi

memang sodap tu, tambah2 di bulan puasa ni

Ayah Zain berkata...

salam afeez

bunyi tak sedap yer. dah sambal pemalas kan heheh. tak apa asalkan rasanya sedap.

bilafeez makan sambal gesek ni memang boleh 3-4 pinggan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...