171011
Kali ini penceramah memngupas topik yang biasa kita amalkan iaitu iktikaf di dalam masjid. Suka aku berkongsi ilmu ini malah penceramah amat mengalu-alukan agar jemaah memperpanjangkannya di dalam keluarga masing-masing. Namun apa yang tulis di sini sekiranya ada yang tidak tepat aku mohon maaf kerana nukilan ini hasil daripada ingatan aku. Sekiranya tidak tepat, harap para ilmuan yang bijak pandai dapat menegur kekhilafan aku ini.
Iktikaf bermaksud berhenti seketika di dalam masjid di samping berniat untuk beriktikaf di dalam masjid. Maka dengan itu mereka yang melakukan iktikaf ini akan sentiasa mendapat ganjaran pahala daripada Allah swt. Iktikaf mempunyai 4 rukun seperti berikut:
1. Pelaku atau pun jemaah yang melakukannya atau pun ada individu yang melakunya / orangnya (si polan bin si polan)
2. Tempat yakni masjid. Kalau di surau ada perselisihan pendapat - ada yang mengatakan boleh ada yang tidak
3. Berhenti seketika / sejenak / sekejap (berdiam diri)
4. Berniat - niat iktikaf di dalam masjid, (niat dipermulaan masuk ke masjid atau memperbaharuinya di dalam masjid).
Apabila kita melakukan ke semua (4 rukun) rukun iktikaf tersebut , dan ikuti dengan solat sunat Tahyatul Masjid maka Allah akan memberikan ganjaran pahala yang berganda ganda berbanding dengan mereka yang tidak melakukan iktikaf.
Penceramah juga menyentuh dengan ganjaran orang yang datang ke masjid untuk solat jemaah dengan kelebihan seperti berikut:
1. Orang yang datang ke masjid dan menunggu untuk bersolat jemaah akan mendapat pahala sepert orang yang bersolat. (pahala menunggu solat jemaah)
2. Malaikat akan datang mengiringinya di sampiag berdoa dan berselawat. Antara doa malaikat itu ialah, " Ya Allah ampunilah dia, Ya Allah rahmatilah dia" Malaikat akan mendoakannya selagi dia berada di dalam masjid sehinggalah ia keluar masjid dan selagi ia mengekalkan wuduknya di dalam masjid itu.
Beruntunglah mereka yang datang ke masjid dengan melakukan rukun iktikaf namun kadang kala terlupa untuk melakukan iktikaf maka kerugianlah untuk mendapatkan pahala yang disediakan Allah untuk hambaNya umat Nabi Muhammad SAW.
Marilah kita sama-sama mengamalkan iktikaf ini kerana Allah , sesungguhnya ama beruntung kita menjadi salah seorang umat Muhammad SAW. Allahhu aklam.
Indahnya Ciptaan Allah untuk hamba-hambaNya menikmatinya
2. Berhenti
2 ulasan:
Saya tidak sekali kali pertikaikan pahala iktikaf dan sebagainya. Saya sukalah juga kalau ustaz2 menekan perlunya kita dengan niat kerana Allah bergiat cergas menghadiahkan tenaga dan masa kita untuk kebajikan ummat.
betul tu. alhamdulillah
Catat Ulasan