Khamis, 6 Oktober 2011

Bertemu kembali

061011

Lebih 30 hari aku menyepi. Aku gagal untuk berkarya. Kesibukan tugas harian menyebabkan aku lupa dengannya. Sesekali aku meninjau namun aku tidak bernafsu untuk mengetuk keyboard mempersembahkan rutin harianku ini. Terima kasih kepada pengunjung setia yang menjengah sekali sekali. Data menunjukkan ada pengunjung yang mengunjungi rumahku ini.

Pelancungan Koperasi Sekolah (PKS) adalah satu aktiviti anjuran Angkatan Koperasi Negara (ANGKASA) yang telah diperkenalkan oleh Prof Ungku Aziz di awal kurun ke 21. Program ini melibatkan dua buah koperasi sekolah yang bertindak sebagai Hos dan Tamu. Hos akan melayan tetamu yang datang berkunjung dengan membawa tema yang ditentukan oleh puhak ANGKASA. Negeri Johor mempunyai tema IBU ZAIN, Melaka dengan tema Munsyi Abdullah, Negeri Sembilan menonjolkan Pendita Zaaba dan sebagainya. 

Buat julung kalinya Koperasi sekolah kami menganjurkan program ini dengan membawa Koperasi SMK Layang-Layang Kiri Parit Berhad dengan 41 anggotanya yang diketuai oleh gurunya En. Mohd Junus pada 30 September hingga 2 Oktober. Kami menyambut kedatangan rombongan tamu pada pukul 1 pagi 1 Oktober kerana terdapat sedikit kesulitan di perjalanan menyebabkan rombongan ini tersasar jauh daripada masa yang telah ditentukan. Alhamdulillah, tamu kami selamat sampai bertandang di Pontian, Daerah Penghujung Tanah Besar Asia dengan tarikan pelancung di Taman Negara Tg. Piai.

Se awal pagi tamu di bawa bersarapan di Restoran Bilal Kukup dengan menu nasi lemak, meehoon goreng dan air kopi dan teh. Seterusnya tamu di bawa mendengar taklimat Taman Negara Tg Piai dan seterusnya di bawa menyelusuri paya hutan bakau di Taman Negara Tg. Piai. Tamu menghabiskan masa hampir dua jam di Taman Negara ini sbelum di bawa menikmati makan tengah hari di Restoran Bilal Kukup.

antara bilik asrama sebagai tempat penginapan tamu

Hos siap menunggu untuk pendaftran tamu
Hos sedang menunggu kedatangan tamu yang agak kelewatan
Mercu Tanda Taman Negara Tg Piai

Taklimat
Pegawai TNTP sedang memberikan taklimat
Mercu lokasi paling selatan Tanah Besar Asia T




Jom, kita makan dulu.


4 ulasan:

sonata anak kancil berkata...

salam - Daerah Pontian lah satu2nya daerah dalam jajahan negeri johor saya tak pernah sampai! nak pergi - nak pergi ....boleh jadi hos tak?

Ayah Zain berkata...

alaikum salam

boleh eje. tp tahun depan. sebab ni dah dekat nak exam semester. Mula balik awal tahun depan

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : penghujung paling utara pulau borneo saya dah sampai, penghujung tanah besar asia ni tak sampai lagi... nak mintak AZ bawak kan lah

Ayah Zain berkata...

afeez datang jer. tapi bagi tahu awal sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...