Sabtu, 15 Oktober 2011

jamuan kesyukuran

151011
Hari ini aku menghabiskan masa sehari suntuk di rumah anak ku di Puchong Prima. Anak lelaki bujang ku ini tinggal bersendirian semenjak adiknya menyambung pelajaran di UIA dalam bidang senibina. Tinggal di apartmen di tepian Tasik Puchong ini amat menyegarkan mata terutamanya pada awal subuh ketika matahari mahu menjelmakan bentuknya. Namun keindahan tasik ini tidak akan bertahan lama kerana kerja-kerja menambak tasik sedang giat dijalankan. Kabarnya kawasan itu akan didirikan sebuah shoping kompleks lengkap dengan tempat kediaman mewah. Apakan daya, hanya ada mata yang boleh memandang, ada telinga yang boleh mendengar.

Aku tidak mahu memanjangkan ceritera ini justeru ada bingkisan yang berbeda. Pada Rabu nan lalu, serama 8 orang staf yang mendapat ANugerah Perkhidmatan Cemerlang telah bermurah hati untuk mengadakan jamuan kesyukuran dengan menjamu semua  kakitangan dengan hidangan nasi tomato, buah-buahan dan pencuci mulut yang lazat sekali. Majlis berlangsung selama dua jam bermula pada jam 12.00 tengah hari sehingga ke jam 2.00 petang. Alhamdulillah.









7 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum THAZ

kami buat jamuan cemerlang dengan hari raya sekali, tempuh hari

Wassalam

rezeki berkata...

salam az

alhamdulillah

org memberi , kita merasa

sebagai penghargaan buat rakan2 sekerja

Ayah Zain berkata...

salam atuk.
sengaja nsk berkongsi. ahamdulillah

Ayah Zain berkata...

salam cr
betul tu. sama sama kita kongsi penghargaan itu bukan?

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : tahniah pada yang dapat. klu kat tempat sy ni klu ada yang dapat pon akan buat majlis kesyukuran camni...

Ayah Zain berkata...

salam afeez

awat kata klu ada yang dapat? bukankah setiap tahun ada penerimanya

afeezz berkata...

so far sy tak pernah dapat. tp masa lulus PTK hari tu pon ade join ngan kawan2 wat kenduri makan2 ni... utk kawan sepejabat jer.. bukan grand2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...