211011
Gambar di atas adalah satu pandangan yang biasa kepada mereka yang melalui jalan di antara Pekan Nanas ke Skudai Johor. Di sini terdapat sebuah warong yang begitu terpencil di tengah-tengah hutan belantara. Sekiranya tiada jalan jalanraya, selayaknya kawasan ini dipanggil tempat jin bertendang. Heheheheh. Warong ini tidak sunyi dengan pelanggan yang datang bertali arus menikmati cendol di Warong Cendol Mak Siti. Ia seperti cendol cendol yang biasa di pasaran namun ia di jual seperti pisang goreng panas. Rasanya memang sedap. Aku pasti berhenti menikmati cendol mak siti setiap kali aku melalui kawasan ini.
5 ulasan:
SALAM,
NAK TRY TAPI JAUHNYA !
salam datok,
yang dekat sikit ada juga. kat jalan lama seremban tampin , kat rea sg gadut. kat sini minum cendol dan boleh tambah seberapa banyak mangkok lagi FOC.
oh... tambah free ye, menarik tu
sure. u boleh tambah seberapa banyak mangkok, tp x leh tapau hehehh
semangkok pun dah ok. tak larat nak tambah lagi.
Sedap gilaaaaaaaa
Catat Ulasan