Ahad, 31 Julai 2011

Kukup part II

31072011:

Sambutan Hari Pahlawan (dulu disebut Hari Angkatan Tentera)   disambut pada hari ini. Selamat Hari Angkatan Tentera kepada semua pahlwan-pahlawan negara. Jasa anda tetap di kenang dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Namun bingkisan hari ini adalah khas untuk memenuhi permintaan Shami2 yang meminta AZ menulis lebih lanjut mengenai kukup. Kukup terletak kira  18.9km (24 minit memandu) daripada bandar Pontian  (320km drpd KulaLumpur) . Kukup sebagai pintu masuk utama drpada Indonesia. Setiap hari Feri sarat membawa masuk warga Indonsia drpd Tanjung Balas dan kepulaan Riau. Di Kukup terdapat kedai makan yang popular dan pernah mendapat liputan daripada TV3 beberapa tahun yang lalu. Dari Kukupkita boleh menaiki boat menyelusuri kelong-kelong yang bertaburan dipesisiran pantai Kukup. Dan kita boleh singgah di Kelong ini menikmati sejenis ikan yang menembak makanannya. Seterusnya kita boleh menikmati Taman Negara Kukup (terletak di sebuah Pulau yang di panggil Pulau Kukup) tidak jauh daripada Kelong tersebut. Di Taman Negara Kukup terdapat sebuah jambatan gantung dan sebuah menara pemerhatian setinggi bangunan 6 tingkat.


lokasi
Pulau Kukup

Namun yang paling glemer di Kukup ialah Taman Negara Tanjung Piai (27.5 km daripada bandar Pontian).Di sini lah letaknya point paling selatan di Tanah Besar Asia.Kita boleh mengambilgamar di arca yang dibina khas dan menjadi tumpuan para pelancung. Di sni terdapat sebuah Resort untuk penginapan pengunjung iaitu Tanjung Piah Resort. Di sini makanan sungguh lazat sambilmenikmati panorama laut yang sibuk dengan laluan kapal di Selat Melaka.Malah Pualu Singapura juga kelihatan di sini. Kalau Shami nak bermalam di sini,amat dirokemen penuh.

Jeti Pulau Kukup - nampak tak jambatan gantung itu?

Terdapat sebuah lagi tempat makan iaitu Restoran Mandela yang selau az paparkan dalamblog ini. Menu yang disediakanmemnag kena dengan selera az, rasanya tempat lain x boleh lawan.

Kukup Golf Resort juga terletak di Kukup, satu tempat yqang menarik juga di sini. Namun kalau hendak lebih  selesa,shami boleh menginap di bandar Pontian. Di sini terdapat banyak pilihan tempat penginapan. Tepuk dada tanya selera.

antara kelong yang ada

2 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum dan selamat pagi AZ : bile nak belanja kami kat mandela lagi?

Ayah Zain berkata...

Salam afeez
x yah tanya. Datang je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...