01082011 / 01Ramadan1432
sedang melapah daging kerbau
Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang maha esa yang
telah menciptakan manusia dengan
kesempurnaanNya. Sesungguhnya terlalu banyak nikmat Allah kepada manusia. Maka
pada hari ini bermulalah umat Islam seluruh dunia berpuasa di bulan yang mulia
penuh baraqah yakni Bulan Ramadan.
Dulu Masyarakat kampong di Negeri Sembilan menyambut ketibaan bulan Ramadan dan syawal dengan mantai. Mantai kini hanya sebutan dan
kenangan yang ditelan arus moden .
Mantai bererti aktiviti gotong royong menumbangkan se
ekor kerbau. (Masyarakat kampong Negeri
Sembilan ketika itu lebih menyukai daging kerbau berbanding daging
lembu) . Kerbau ini disembelih dan hasil kerbau daging kerbau beserta lain-lain komponennya di bahagikan sama rata dan sama rasa. Pada
hari mantai, masyarakat kampong akan
berhenti mengendalikan aktiviti ekonomi mereka sama ada menorah getah atau
menanam padi. Mereka sama-sama ke lokasi yang ditetapkan untuk acara mantai.
Ketika itu, paras ekonomi masyarakat kampong tidaklah
seberapa bak kata pepatah kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
Untuk menikmati daging kerbau amatlah sukar. Justeru di hari raya atau awal
puasa mereka tidak boleh tidak, ingin
menikmati daging kerbau yang amat jarang diperolehi. Masyarakat kampong hanya dapat menikmati
daging kerbau hanya di majlis-majlis perkahwinan orang ada-ada (orang kayo) sahaja. Maka acara mantai sahaja
yang membolehkan masyarakat kampong dapat menikmati hasil kerbau tersebut.
Untuk mendapat seekor kerbau yang baik (gemok dan sihat),
masyarakat kampong akan mengumpulkan duit dengan membeli ‘share’ dengan harga
yang telah dipersetujui. Jumlah ‘share’
itu bergantung kepada harga sekeor kerbau di pasaran. Masa itu aku mendengar
mereka memnaggil ‘share’ dengan bunyi
‘sale’. (Mungkin juga sale merujuk
kepada harga jualan). Contoh : engkau
hendak berapa sale?
Namun begitu tidak semua komponen kerbau itu di
bahagikan sama rata, ada bahagian tertentu yang dilelong seperti kepala kerbau,
tulang temulang, dan kitab (perut besar
kerbau yang mengandungi najis kerbau). Aktivit lelong ini amat meriah seolah-olah seperti satu pesta. Masing-msing
berlumba-lumba memanipulasikan harga untuk memenangi lelongan tersebut. Hasil
lelongan itu akan dibahagikan semula kepada pemilik ‘sale’ tadi.
Setelah itu hasil
kerbau tadi di agihkan mengikut jumlah pemilik sale. Semasa mengambil share yang diaturkan di atas daun kelapa/pisang, tergambar kegembiraan penduduk kampong. Ini pok den, itu pok kau....(ini untuk aku, itu untuk engkau)
Agihan daging mengandungi daging kerbau, hati kerbau, jantung kerbau, dan sebagainya. Sikit sama sikit. Jadi ia menggambarkan satu permuafakatan yang begitu ikrab sekali.
Agihan daging mengandungi daging kerbau, hati kerbau, jantung kerbau, dan sebagainya. Sikit sama sikit. Jadi ia menggambarkan satu permuafakatan yang begitu ikrab sekali.
Daging kerbau biasanya di masak rendang . Hati kerbau akan
digoreng yang dicampurkan dengan bawang besar. Memang meleleh air lior ni. Ada
juga daging kerbau yang dibuat lempap. Lempap ialah daging kerbau (sepotong daging kerbau yang agak besar) yang dipanaskan di
dalam kuali yang ditutup dengan tudung periok mengikut saiz kuali). daging itu akan
mengeluarkan airnya dan air daging itu dibiarkan
sehingga kering. Tiada apa yang dicampurkan dalam daging itu. Mungkin sedikit garam. Setelah air daging kering, menandakan
daging kerbau telah sedia untuk di makan. Semasa ini satu aroma yang merangsangkan selera muncul. Daging kerbau itu akan
di iris-iris dan terus di makan begitu sahaja sehingga menjliat jari. Agaknya daging lempap ini sama dengan atau ala ala beaf steaks kot.
Sementara kaum lelaki beraktiviti mantai, kaum ibu sibok
di rumah membakar lemang. Lemang yang telah masak akan dihidangkan bersama-sama
dengan rendang. Lemang panas memang sedap dimakan bersama rendang panas. Suasana mantai meyambut Ramadan amat meriah
berbanding dengan menyambut kedatangan Syawal kerana masyarakat kampong masih berpuasa kecuali mereka yang telah
kelihatan anak bulan sendiri.
Kini, aktiviti mantai hanya sebutan sahaja. Walaupun ada
usaha-usaha menghidupkan seperti di Semenyih semalam, namun ia tidak sama seperti apa
yang dilakukan oleh masyarakat kampong Negeri Sembilan.
Antara faktor memupuskan aktiviti mantai mungkin harga yang terlalu tinggi untuk satu share dan kemunculan peniaga daging seperti cendawan tutup apabila Ramdan/Shawal menjelma.
Antara faktor memupuskan aktiviti mantai mungkin harga yang terlalu tinggi untuk satu share dan kemunculan peniaga daging seperti cendawan tutup apabila Ramdan/Shawal menjelma.
14 ulasan:
Salam Az,
Semalam pun kat penajis adik abg mantai..buat lemang dan rendang tapi akak tak balik..
betul laa tu yg az tulis seronok baca teringat zaman akak kat kampung dulu2..memang susah nak dapat daging..hanya 2 hari tu jer yg dapat makan daging, hari yg di tunggu2 oleh semua warga kampung..hari mantai...
salam ks
adik akak buat mantai? ada lagi mantai kat penajis yer
Aslkm
Wah baru ni dgr mantai dan lempap.
Daging nya sedap mcm dg lembu ke?
salam mamaju
sure, daging kerbau lebih sedap dari d lembu. bukan apa, sebab kami dah dibiasakan dengan kobau heheheh
tp sekarang, jarang jumpa kobau sebab orang banyak pelihara lembu
salam dari Makkah
hmmmsedappp tuh daging masaka rendanggggg..nak cikittt ayah zainnn
wasalm
salam cl,
sedap yer. memang sedap rendang daging yang mak buat CL. CL nak cikit? huhuhu
assalamualaikum AZ : sy pernah sekali merasa daging kerbau ni. tp masa tu tak tau plak itu daging kerbau, dah habis makan baru la si member bg tau... belasah je lah
Salam Az,
Ada mantai tu kat penajis..tiap2 hari raya atau nak sambut Ramadhan..biasa tu Az..buat lomang..
Az daging lompap tu sedap sgt..uwan akak suka buat utk kami..sekarang dia dah takder ..akak buat juga pakai daging kat kl..tgk mana2 gerai yg ada jual daging fresh..
Salam AZ
Selamat menyambut puasa dan memburu lailatul Qadar.
Saya pernah dengar pasal mantai ini, pernah dilakukan di kampong kami pada satu masa dulu.
Di daerah Jasin, Melaka ada sebuah kampung namanya Kg. Mantai. Kg ini berdekatan dengan Gemencih, N.S. Agaknya dulu-dulu masyarakat kampung ini sering melakukan aktiviti mantai.
salam afeez
ok kan daging kerbau. Afeez dapat bezakan daging kerbau dengan daging lembu tak
lompap tu memang sedap sangat kan kak sidah. lompap ni x leh buat banyakbanyak, nanti tak cukup pulak nak merendang
salam hj Saad
terima kasih datang menjengok teratak az
Yer saya pernah lalu kg mantai tu heheh
waalaikumsalam az : tak dapat beza pon, macam same jer... hahaha
betul tu afeez. az pun x dapatkan bezekan. tapi mak az boleh tahu daging kobau ngan daging lembu. dia kata daging lembu x sodap
Catat Ulasan