Selasa, 8 November 2011

PUKAU?

081111

Akhirnya apa yang diceritakan oleh kawan ku setahun yang lalu mendapat liputan akhbar beberapa minggu yang lalu. Kawan ku  hampir menjadi mangsa pukau namun kawanku terselamat kerana cepat tersedar. Maklumlah kawan ku ini seorang ustaz yang baru bersara.  Liputan itu bukan mengenai kawanku tetapi peristiwa yang sama berjadi kepada mangsa yang lain. Mangsa ini kehilangan RM50K berbanding dengan kawan ku yang terselamat. Ketika kejadian berlaku kawanku telah ditepuk oleh seseorang setelah selesai mengisi petrol di sesebuah stesyen petrol di Batu Pahat. Pemangsa menjanjikan peluang perniagaan dengan melabur sejumlah wang dengannya. Seperti dipukau (memang kena pukau pun), kawanku menurut sahaja arahan pemangsa untuk mengeluarkan wang gratuiti persaraannya. Namun, nasib menyebelahinya kerana buku bank kawanku disimpan oleh isterinya yang masih berkhidmat dan tinggal di Pontian. Mereka berdua bergerak ke Pontian untuk mengambil buku tersebut. Dan ketika dalam perjalanan waktu Zohor menjelang dan kawan ku mencadangkan mereka  Solat Zoho terlebih dahulu. Ketika mengambil air sembahyang, kawanku tersedar daripada  pengaruh pukau justeru kawanku membuat helah dan meninggalkan pemangsa di masjid tersebut kira-kira 40km daripada Batu Pahat.


Kepada pembaca CHHM dan bakal bersara ataupun baru bersara, berati-hatilah. Bagus juga apa yang diamalkan oleh kawanku menyimpan buku akaun bank oleh isterinya sementara bukan akaun bank isterinya poula di simpan olehnya sendiri.Semoga kita dijauhkan daripada perkara sebegitu. Semoga kita sentiasa berada dalam perlindungan Allah

6 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum THAZ

Alhamdulillah...ustaz tu...

moga kita dijauhi drp perkara sebegitu

Wassalam

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : pernah terjadi gak kat jiran sy di sini. kene pukau dan habis wang dalam tabung haji dia... kesian makcik tuh

rezeki berkata...

salam az

saya selalu juga kena pukau,
kena pukau dgn anak2 dan org rumah hehehehehehehehehe

Ayah Zain berkata...

Salam Atuk,

marilah kita berdoa agar dijauhkan daripada musibah tersebut

Ayah Zain berkata...

salam afeez

Sian kan kepada mangsa tu. dah lah nak dapat duit tu susah, senang2 jer orang lain yang kebas

Ayah Zain berkata...

salam rezeki

pukau mereka tu berbaloiiiiiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...