Isnin, 7 November 2011

Takbir Hari Raya

071110

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada pembaca CHHM sekalian. Hari ini 7 November 2011 bersamaan 11 Zulhijah 1432H. Marilah kita teruskan bertakbir sehingga sebelum gelincir matahari  13 Zulhijjah. Selepas zohor 13 Zulhijjah, tiada lagi takbir berkumandang dan kita akan menunggu pada 1 Syawal dan 10 Zulhijjah akan datang. Takbir Hari Raya hanya berkemundangan pada dua hariraya tersebut iaitu Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Pada kedua-dua Hari Raya itu umat Islam digalakkan bertakbir dan bertahmid di rumah, di surau atau di Masjid.

Takbir Hari Raya terbahagi kepada dua jenis iaitiu Takbir Mursal dan Takbir Muqayyad. Takbir Mursal ini di baca pada bila-bila masa tanpa mengiring solat sunat atau fardu kerana takbir yang di baca mengiringi solat sunat atau fardu di pangil Takbir Muqayyad. Oleh itu selagi sebelum tibanya gelincir matahari  13 Zulhijjah, marilah kita sama-sama bertakbir dan bertahmid memuji keagungan Allah swt.




6 ulasan:

luahfikiran berkata...

SALAM AIDILADHA,
TERIMA KASIH ATAS GALAKAN

atuk berkata...

Salam Aidil Adha THAZ

Insyaallah
kita terus bertakbir

Wassalam

KAMATO berkata...

Salam Aidiladha

Ayah Zain berkata...

salam datuk

Insya Allah

Ayah Zain berkata...

salam aidil adha kembali Kamato

Ayah Zain berkata...

salam aidil adha, Atok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...