Sabtu, 22 Disember 2012

Solstis Musim Sejuk


080234 / 221212

Salam Sejahtera, salam ceria.

Hari ini 22 Disember 2012. Hari ini matahari berada tepat di Garisan Jadi. Garisan Jadi ialah Garisan 23½°S.
Apakah implikasinya kepada kejadian ini? Ia mengakibatkan  kawasan di Hemisfera Selatan mengalami musim Panas, siang lebih panjang drpd mlm dan kawasan  di Kutub Selatan mengalami siang 24 jam dan sebaliknya di Hemisfera Utara mengalami musim dingin, malam lebih panjang drpd siang dan Kutub Utara malam 24 jam. Sebab itulah juga Kejadian pada 22 Disember ini dikenali sebagai Solstis Musim Sejuk kerana negeri-negeri di HU mengalami musim sejuk. Pada hari ini juga matahari berada paling jauh di Hemisfera Selatan kerana selepas ini matahari akan bergerak semula ke Hemisfera Utara. Begitulah hebatnya ciptaan Allah. Marilah kita mengucap syukur kepada nikmat2nya yang tidak terhingga.


  Garisan Jadi.

Jumaat, 21 Disember 2012

10KL

070234 / 211212

Salam Ceria, Salam Jumaat. Penghulu segala Hari. Syukur kepada Allah yang memberi rahmat yang tidak terhingga. Pelbagai andaian berlaku pada hari ini, namun Allah maha kuasa pemberi rahmat kepada hamba-hambaNya yang sentiasa mengingatiNya. Alhamdulillah.


 Indah dan permai di laluan joging Bandar Tun Razak Kuala Lumpur
 Begitu besar anugerah Allah kepada hamba-hambaNya
Hidup mesti sihat !!!!

Khamis, 20 Disember 2012

Hatinya Kembang Berbunga

060234 / 201212

Secara kebetulan petang semalam (19/12/12) kami sempat memziarahi cucu baru sahabat kami di Muar iaitu Sh Mohd bin Abdullah yang kni Guru Cemeralang Bahasa melayu MRSM Alor Gajah. Pertemuan yang tidak disengajakan ini berlaku di Masjid Batu 5 Jalan Bakri sebaik sahaja kami selesai Solat Asar di situ. Kita yang merancang Allah yang menentukajnya, namun pertemuan ini memnag tidak dirancangkan. Beliau balik bercuti di Muar kerana menyambut kedatangan cucu sulong beliau yang telah dilahirkan seminggu yang lalu. Alhamdulillah.

Bayi lelaki tersebut ketika dilahirkan cuma 2.9kg dan dinamakan Abdullah bin Ibrahim bin Mohd bin Abdullah. Hahaha seronok kami bermain-main dengan nama yang berulang-ulang almaklum orang-orang keturunan Arab memang suka memiliki nama sebegitu.


ala cayang2 mucuk

 Kepalanya sudah di cukur. Amik berkat dan sunnah

 Bayi yang berumur  7 hari ini  telah dikhatankan.  Tuan-tuan ada brani mengkhatankan bayi semuda itu?
Alamak, tutup muka tu, malu gitu


 

Selasa, 18 Disember 2012

Sungai salah


040234 / 181212

Semasa perjalanan ke Palong 4 tengah hari tadi, aku terpandang dengan sekeping papan tanda di Pekan Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan. Tanpa di sadari aku telah mengambil gambar papan tanda tersebut.
Papan tanda ini tidak jauh dari persimpangan bertrafik lite dan kebetulan lampu merah. Memberi peluang kepada aku untuk mempotretnya.
Apabila di amati papan tanda ini menunjukkan arah satu lokasi bernama  Sg. Salah. Mangaiiii, bila pulak ada lokasi begini. Sebelum ini   aku tidak perasan atau papan tanda ini baru sahaja  dibangunkan.
Inilah dia papan tanda menunjukan arah lokasi bernama  'Sg. Salah". Sengaja aku membuat jenaka dengan isteri, " bukan manusia  saja yang pandai buat salah, sungai pun pandai buat salah. huhuhu. Ada mata. pandang....

Isnin, 17 Disember 2012

10KL = Sepuluh Ribu Langkah

171212

Click imej untuk lebih jelas
Mari kita amalkan.
Alhamdulillah


Sabtu, 15 Disember 2012

Bulan Islam

1234 = 151212





Hari ini Sabtu bersamaan dengan 1 Safar 1434. Safar adalah bulan kedua dalam kalender Hijriah. Ringkasnya ditulis 1.2.34. Satu turutan angka yang unik juga sebanding dengan 121212 . Namun oleh kerana tarikh hijriah tidak mendapat tempat dihati pengguna maka ia dilupakan begitu sahaja. Tarikh Hijriah hanya diguna dalam urusan rasmi di sesetengah jabatan kerajaan dan amat terhad sekali penggunaannya. Oleh itu, mari kita popularkan  bulan hijriah ini dengan mengenal bulan Hijriah mengikut turutannya:

Bulan 1 = Muharram
Bulan 2 = Safar
Bulan 3 = Rabiulawal
Bulan 4  = Rabiulakhir
Bulan 5 = Jamadilawal
Bulan 6 = Jamadilakhir
Bulan 7 = Rejab
Bulan 8 = Sya'aban
Bulan 9 = Ramadan
Bulan 10 = Syawal
Bulan 11 = Zulkaedah
Bulan 12 = Zulhijjah

Kita atau anak-anak kita hanya 'familiar' dengan bulan  Ramadan, Syawal dan Zulhijjah sahaja kerana ia disambut pada bulan puasa, hariraya Puasa dan  Raya Haji. Itu kira nasib  baik tahu, silap haribulan tak tahu langsung. Bulan-bulan lain hanya teringat sepintas lalu sahaja seperti bulan Muharam bersempena sambutan Maal Hijrah dan Rabiul Awal yang berkaitan dengan bulan kelahiran Nabi Junjungan Muhammad SAW.


ISLAM ITU INDAH

Rabu, 12 Disember 2012

Jering ceria

121212

Cantik nombor hari ini. Namun ada juga yang tidak berapa suka dengan keriuhan nombor ini. Apa ada pada nombor bukan? Tidak mengapa, mereka  yang tidak suka orang menghebohkan nombor ini. Manusia mempunyai citarasa dan kemahuan sendiri. Kita perlu hormati pendirian tersebut. Bagi ayah zain, hari ini memang cantik dengan nombor 121212. Mungkin ramai juga yang bernikah pada hari ini. Mereka yang melahirkan anak,  tentu merasa tersangatlah  gumbiranya.

Bingkisan CHHM  hari ini tiada kaitan dengan tarikh. Ayah zain ingin berkongsi menu pertama kali dijumpai. Unik sekali. Kalau dulu ayah zain memporomikan jemput-jemput jering warisan nenek mrszain, kini satu lagi produk jering. Kreatif mereka yang mencipta menu ini.

 Jering Ceria

Ayahzain tak tahu apa nama menu ini. Jadi panggil aje jering ceria. Jering tua ini direbus barangkali, kemudian dimakan bersama dengan kelapa bergula. Whopss si kencing manis ngak boleh makan itu. Tapi peduli hape, az sebat juga  kerana kelazatannya. Tapi mak oiii, bilik air pepagi ini, huhuhu. Kena simbah bilik air dengan pewangi, baru reda.


Bila di taburkan kelapa bergula, cantik pulak

 Rupanya mrszain dah selalu beli di Pasar Malam Duyong. AZ cer makan sebiji, sedap.... ambil satu lagi... lama-lama sampai abis. kesian mrszain terkulat-kulat. Awat beli sikit sangat yang. Minggu depan kita beli lagi bebanyak yer. Jangan pergi ke batu belah batu bertangkup udah ler.





Ahad, 9 Disember 2012

Hepi Aniveseri

091212

Hari ini genaplah 28 tahun perkahwinan aku dengan isteriku . Udah 28 tahun berlalu rupanya. Terlalu cepat masa berlalu. Rasa-rasanya macam tak berapa tahun aje kami berkawin. Secara kebetulan hari ini  hari Ahad . 28 tahun yang lalu semasa aku diijapkabulkan juga pada hari Ahad. Syukur kepada Allah yang memberi nikmat.  Daripada aku seorang kemudian berdua pada 9 Dis 1984 dan kini jumlah keluargaku bertambah kepada 8 orang. Anak pertamaku seorang puteri kini telah pun menjadi seorang ibu. Aku juga mempuyai seorang menantu lelaki dan seorang cucu lelaki di samping 4 orang anak lelaki yang lain. Insya Allah tahun hadapan akau akan menrima seorang menantu perempuan pula. Alhamdulillah ya Allah. Berkatilah keluargaku ini dengan limpahan rahmatMu yang tidak terhingga.




Inilah rupanya ruang tamu yang menjadi medan pernikahan aku kira-kira 28 tahun yang lalu. Hari Ahad 9 Dis 1984.

Semoga perkawinan kami terus berkekalan sehingga ke syurga. Doa kawan-kawan yang dititipkan  di facebook aku siang tadi amat aku hargai. Budi kalian amat aku hargai. Terimakasih. Semoga Allah memberkati kalian juga.

 .................................................................

Zul Mansor, Zanariah Kassim, Abu Bakar Ab Wahab and 49 others like this.

Sa'imin Jumari Tahniah Haji. Selamat ulangtahun perkahwinan ke 28
Rossima Latiff Alhamdullilah....28 tahun sudah.
Kurodzi Kumatesa tahniah tuan haji zain, hepi aniverseri........
Umi Azuddin Hepi aniverseri ayah zain & mrs zain. Semoga terus berbahagia hingga ke syurga.
Zainab Abdullah Alhamdulillah...
Asiah Omar smoga bahagia keakhirat.... tahniah
Azura MI moga cikgu berdua kekal aman bahagia hingga ke jannah..
Samsuddin Yatim Alhamdulillah....selamat ulang tahun perkahwinan AZ...
Frida Hassan Happy anniversary cikgu....moga kekal hingga ke jannah
Nasmi Nawi Tahniah AZ.
Azman Ali Barakallahuma fikum, cikgu. Ila liqa' ma'a salamah.
Kamaludin Chin Ayah Zain moga kekal bahgia dunia akhirat...
Wahab Konting Selamatttttt...lol
Miza Zainuddin Happy anniversary to both of you..... Mmm Ayh belanje windmill bole?
Amalz Zainuddin -.- ..nk jugak
Adanan Abdullah Alhamdulillah Ayah Zain. Jangan tersalah kerumah mak mertua lain dah ye heheh
Nor A Ismail Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan dengan isteri pertama mu Ayah Zain!!!!...hahahaha..
Mohammad Rawi Cikgu, Selamat menyambut wedding anniversary yg ke-28. Semoga berkekalan dalam bahagia dan sentosa..amin
چئڬو دين Moga berkekalan hendakny ke akhir hayat
Zaki Yasin SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN AYAH ZAIN
Zaki Yasin Jgn lupa likes ^ sne-super natural essence^ tq promo2
Safiudin Abd Advis Alhamdulillah syukur. Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Perkahwinan Tn. Hj.
Hanita Ismail Moga terus kekal dan bahagia AZ....!
Fadzil Ahmad Hepi Anniversary cikgu berdua...semoga sentiasa dlm rahmat & keberkatanNya...Aminnn.
Siti Zaleha Tahniah cikgu Zain and cikgu Rohaya. Happy anniversary
Ahmad Sherhan Tahniah Cikgu Geografi dan Cikgu Sejarah Saya
Hazila Kadir tahniah Hj dan kak aya..alhamdulillah dah 28 tahun...semoga bahagia selamanya..doakan saya n suami juga:-)
Pinatbate Azla Didoakan mudah-mudahan keduanya beroleh keberkatan hidup sehingga ke akhir hayat

Jumaat, 30 November 2012

Selamat Datang Palestin

30112012

Akhirnya negara Palestine diiktiraf juga oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) sebagai as non-member observer state  . Dengan keputusan   138 negara menyokong. Antara yang menyokong ( mengundi 'ya')  untuk membentuk Negara Palestin, termasuk Arab Saudi, Turki, Syria, Malaysia, Brunei, Mesir, Ireland, India, Indonesia, Thailand, dan 138 negara lain. 41 buah negara  berkecuali antaranya ialah UK dan Singapura. Sementara yang menentang (say NO)  ialah 9 buah negara termasuk kanada dan Amerika Syarikat. Lihat peta di bawah. Hijau = Menyokong; Hitam =  berkecuali dan merah = menentang

Rabu, 28 November 2012

Apo kono eh jang oiii

28112012

Hari Jumaat yang lalu (23/11/12), Penghulu segala hari. Di sebelah petang lebih kurang pukul 3.00 petang, aku bersama isteri pertamaku (IPK)sedang shoping di TESCO Melaka. Maklomlah dah lebih sebulan tidak membeli barangan dapur. Semuanya di uruskan sendiri oleh IPK. Kebetulan aku berada di Melaka, aku menemani IPK untuk mencari barangan keperluan. Mudah berada di TESCO kerana semuanya ada di sana. Tiba-tiba telefon IPK berbunyi dan mendapat berita Putera Bongsu kami (PBK) kemalangan. Jatoh motor katanya. PBK menelfon daripada rumah. Sangkaan kami tak ada apa yang serius. Kami meneruskan shoping namun dalam keadaan yang tergesa-gesa kerana bimbang juga apa yang berlaku kepada PBK itu.

Pukul 4.30 petang kami telah sampai  di rumah dan disambut oleh PBK. Hati agak lega kerana kelihatan PBK seperti biasa. Aku terus memunggah barangan ke dapur dan lantas Solat Asar. Selepas Solat aku melihat PBK dengan agak teliti dan mendapati pergelangan tangannya membengkak justeru aku  membawa PBK ke klinik untuk pemeriksaan doktor. Manalah tahu kalau ada apa-apa yang berlaku kepada anggota dalam PBK.

Confirm. Tanpa banyak perkataan doktor mengatakan pergelangan  tangan patah dan mencadangkan X-ray di Hospital pantai Melaka utuk kepastian. (Doktor ini mempunyai link dengan Hospital Pantai). Aku terus membaa PBK ke Hospital. Dalam hati nak bawa ke Hospital Mana? Hospital Melaka (percuma tentunya kerana aku pegawai kerajaan)  atau Hospital Pantai (pasti berbayar). Setelah mendapat cadangan daripada doktor Hadi (bekas anak muridku), aku membawa ke Hospital pantai Melaka kerana PBK mempunyai polisi insuran Prudential-BSN.


Hampir satu jam juga menunggu X-ray (sudah lepas waktu pejabat), doktor mengesahkan terdapat kecedaraan di pergelangan tangan dan mencadangkan PBK di masukkan ke wad untuk pemeriksaan dotor pakar tulang. Masalah timbul kerana Kad Medikal PBK tidak berada di tangannya. Tidak tahu di mana disimpan. namun Allah memudahkan urusan ku ini dengan aku nekad kalau terpaksa bayar sendiri, aku bayar lah. Anak tetap diutamakan. Duit boleh cari. usaha mengesan sama ada PBK layak mendapat perlindungan insuran atau tidak tetap diteruskan juga.

Tangan kiri berbungkus, tangan kanan tetap dengan henfon.

Pukul 8.30 malam doktor pakar tulang mebuat pemerhatian dan menyatakan satu pembedahan akan dilakukan pada besok hari dan besi akan dimasukkan. Wow macam terminator lah pulak tu. huhuhu.


X-Ray : ada serpihan - pembedahan diperlukan

Pukul 11.00 pagi PBK di masukkan ke dalam Operation theater dan pembedahan berlangsung hampir 3 jam. Kesan bius menyebakan PBK dalam keadaan mamai atau senoning namun sempat bergurau apabila di tanya kenal atau tidak ayahnya apabila dia menggelengkan kepalanya tetapi tersenyum. huhuhu

besi telah berada dalam pergelangan tangan PBK
kemas bikinannya

Petang itu wad kediaman PBK diserang oleh tok wan dan emak-emak saudaranya. Layannnnzzzz










 Posing ala ala ratu gitu


masa sudah time - emak2 saudara mohon diri






Bila nak discaj ni

 
Setelah berada 4 hari 3 malam di Hospital Pantai, PBK dibenarkan keluar oleh doktor dengan kos mencecah RM 12K. ermmm mak datok. Nasib baik ada insuran dan aku membayar cuma 10% sahaja iaitu RM1,100.00

Moral of story : jangan lokek untuk mendapatkan polisi insuran kerana malang tidak berbau.
Polisi insuran PBK baru sahaja 4 bulan dibeli oleh IPK. Terima kasih IPK sayang

Selasa, 27 November 2012

Bayau jer

27112012

Hari ini digagahi juga membawa si Carens ke bengkel. Sakit mata memandang tayar dan sportrim yang tak berupa tayar dan sportrim lagi. Nak Lihat apa yang patut untuk dibetulkan. Jalannya pun x lancar mungkin  kerana  ada skru yang goyang barangkali.


Buruknya nampak rim besi ini.

Mula-mula sportrim yang cantik mata memandang dan menawan dengan warna emas ditukarkan kepada rim besi biasa. Malas nak tukar sportrim baru. Hendak ditukar sportrim yang rosak tidak ada stok. Jadi apa pilihan yang ada. Kena tukar 4 sportrim sekali gus aku tidak mampu kerana baru saja membayar kos rawatan anak di Hospital Pantai. Tayar juga  perlu ditukar 4 biji sekali gus kerana  kebetulan 2 tayar belakang yang g dah botak. Tayar depan yang agak baik hanya tinggal satu kerana yang lagi satu pecah akibat kemalangan yang berlaku semalam.

Setelah selesai penukaran tayar, penjajaran perlu dilakukan. Aduhhh, chamber pula lari dan tidak boleh di imbangkan lagi terutama yang terlibat dengan kemalangan. Chamber itu  langsung tidak boleh digunakan lagi. Tidak ada masalah. tukar sahaja yang baru. Namun proses penukaran chamber gagal dilakukan di salahsatu pemegangnya kerana nut tidak boleh dibuka. Maka terpaksa di potong dan diganti dengan nut yang baru.


 ada masalah pulak. Nut chamber tidak boleh di buka.

Terpaksa dipotong. Keluar apiiiii tu.

Akhirnya proses penukaran chamber berjaya juga dilakukan. Proses ini mengambil masa hampir 2 jam. Kos baikpulih ini menghampiri 2k.  Alhamdulillah.


Cantik juga rim kereta aku ini. Alhamdulillah

Isnin, 26 November 2012

Ujian demi ujian

261112

Lama benar tidak mengemas rumahku ini. Lebih daripada sebulan ku tinggalkan tanpa kabar berita. Hari ini ku kuatkan juga untuk melawat teratak ku ini dengan bingkisan sekadar hiasan cerita.

Kisah bermula semasa aku menghantar anak ku ke pusat pengajiannya. Ada ujian katanya. Pensyarahnya tidak mahu menggangu masa kuliah formal lantas mengadakan ujian pada waktu malam.. Anak ku sebenarnya mendapat sijil sakit namun kerana ujian, digagahi juga  untuk menduduki ujian tersebut. Bertuah betul. Oleh kerana ia tidak dapat mengendalikan motor yamahanya itu, aku terpaksa menghantarkan ke IPTnya kira-kira sperlaungan daripada rumah.

Selepas selesai  solat magrib, pada pukul 7.45 aku menghantarnya menaiki Carens kesayanganku. walaupun sudah 10 tahun usianya namun keadaannya masih cantik. Kawan2ku mengatakan Carens ku ini seperti berusia 4 tahun. Macam tuannya juga yang awet muda. Muda ke?  huhuhu.

Sememangnya malang tidak berbau. Tiba-tiba anakku berteriah, eh ayah!!!. dammmmmmmmmmm. Apa itu? aku terkajuit baghok. Tiba-tiba Carens ku tidak boleh bergerak lancar. Aku ketepi memberhentikannya dan memeriksannya. Aduhhhh, tayar pecah dan sportrim KEMEK. Apa citer? cer citer, cer citer, cer citer.

adehhhh, duit lagi?

Aku menoleh ke belakang. Rupanya Carens ku telah bergeser dengan se ekor Kancil. Kuat tulang kancil itu. Kancil ini tidak terjejas langsung. Apa tidaknya , dia yang tiba-tiba menonjolkan muncungnya ke lorong aku. Aku tidak perasan langsung kerana malam pekat. Tuannya mengatakan bahawa terdapat dua buah lori di hadapannya yang tiba2 berhenti justeru  tidak dapat mengawal kereta dan ia terus mencari jalan selamat tanpa perasan kereta aku yang tiba-tiba datang daripada belakang, helahnya.

Apa boleh buat. Aku yakin bahawa aku berada dilorong yang betul di dilorong kedua, dia dilorong pertama di jalan yang mempunyai 4 lorong itu. Bertekakpun tidak berguna. Untuk ketengah, pasti melibatkan faktor perundangan yang merugikan kedua-dua belah pihak ..............

Ahad, 14 Oktober 2012

Majlis Malam Penghargaan MARA 2012

14102012

Seminggu selepas Majlis Konvokeseyen Putera ke-2 kami pada 7 Oktober yang lalu, maka kini ibunya pula diraikan oleh bekas majikannya sempena Majlis Malam Penghargaan dan Jamuan Tahunan MARA 2012 yang telah dilaksanakan pada 12 Oktober yang lalu di The Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur. Hotel bertaraf 5* dengan kadar bilik penginapan semalam melebihi RM500.00. Pada malam gilang gemilang yang disempurnakan oleh Ketua Setia Usaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) selaku wakil rasmi Menterinya yang tidak dapat hadir pada malam tersebut. Majlis di serikan lagi dengan artis undangan Sharifah Zarina dengan lagu berhantunya Langit ke-7.

Pada malam itu mrzain diantara penerima yang  diraikan sebagai mengenang jasanya yang bersara pilihan. Bermakna MARA meraikan pesara-pesara MARA  sama ada bersara Wajib, bersara pilihan dan juga bersara terbitan disamping meraikan staf MARA yang telah berkhidmat 25 tahun. Seramai 120 orang menerima penghargaan perkhidmatan 25 tahun, 20 orang bersara terbitan iaitu yang telah meninggal dunia semasa bertugas pada tahun 2012, 30 orang bersara pilihan dan 50 orang bersara wajib. Majlis bermula agak lewat pada pukul 9.00 malam gara-gara trafik jem yang teruk akibat hujan lebat disebelah petang di Kuala Lumpur dan berakhir pada pukul 11.30 malam dengan acara bergambar kenangan penerima anugerah bersama WWIP MARA.
Sharifah Zarina mendendangkan lagu - begitu shahdu kepada urusetia ini

Majlis di mulakan dengan NGEGARAku dan Lagu Amanah Rakyat (lagu baru MARA ciptaan komposer terkenal M. Nasir dengan vokal utamanya Sharifah Zarina. Setelah itu  bacaan doa dibacakan diikuti dengan ucapan Ketua Pengarah MARA. Majlis Makan Malam sejurus kemudian  dengan diserikan oleh seorang artis Lelaki Luncai Emas dan kemudian Sharifah Zarina mendengakan empat buah lagi dengan lagu Langit ke-7 menjadi lagu kemuncak persembahanya yang begitu bertenaga. Dan  sesudah itu  anugerah disampaikan kepada penerimanya berupa sijil penghargaan dan wang tunai bernilai RM1000.00.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...