27012012
Cepat betul masa berlalu, dah seminggu lagi berlalu. Rasanya baru jer semalam solat Jumaat, rupanya dah tiba lagi untuk solat Jumaat. Adakah aku terlalu sibok dengan tugas harian atau adakah masa berputar begitu cepat.......
Biarlah dengan masa kerana masa itu tidak menunggu sesiapa. Masa hanya datang sekali kerana ia tidak berulang lagi. Apakan tidaknya 26 hb Januari 2012 telah berlalu dan hanya datang sekali sahaja kerana hari ini adalah 27 Januari 2012. Maka sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang sering ingat mengingati dan berpesan pesanan. Justeru Aku teringat dengan kuliah Magrib yang disampaikan oleh Ustaz Sallehudin di Surau Maktab pada hari Selasa yang lepas. Ustaz mengingatkan para hadirin supaya membetulkan niat, segala niat yang ada dibenak kita iaitu apa sahaja niat kita hendaklah bulat kepada Allah SWT. Allah segala-galanya. Semuanya kerana Allah, tiada pada yang lain. Bukan kerana mahlok, bukan kerana sipolan dan sipolan iteww. Itulah dia kemanisan iman yang kita perolehi. Segala apa pekerjaan yang hendak kita lakukan di mulakan dengan bacaan basmallah dan diniatkan kerana Allah, Itulah ibadat kita untuk mendapatkan kemanisan iman sebagai seorang Islam.
Para hadirin diingatkan pahala yang kita dapati dalam Majlis Ilmu pada malam itu dihadiahkan kepada kedua orang tua kita kerana itulah dia anak yang soleh selalu mendokan kedua orang tua kerana doa anak-anak sampai kepada orang tua mereka dan di bawa ke alam yang kekal.
Hadirin seteruskan diingatkan dengan hati yang sentiasa berbolak balik terhadap kepercayaan kepada Allah kerana syaitan terus mengadu domba manusia dengan rasa curiga yang membuatkan manusia berasa was was akan kewujudan Allah yang satu. Pelbagai fikiran dihati akibat godaan syaitan dan kalau diikutkan akan menjadikan manusia tidak bersyukur dan hanyut mengikut gelora nafsu yang membara. Ikutkan hati mati, ikutkan nafsu lesu dan ikutkan rasa binasa. AKu kira perumpaman ini ada kebenarannya kepada manusia yang menggunakan otak dan akalnya untuk berfikir.
Memang berat menghindari syaitan yang telah berjanji kepada Allah untuk menyesatkan manusia justeru ia datang dari segala arah membisikan kejahatan kepada manusia sama ada dari arah depan, belakang, kiri atau kanan seperti firman Allah dalam surah Al-A'raaf ayat 16-17 yang bermaksud:
Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".
dan seterusnya Allah mengusir Iblis daripada syurga kerana sombong dan angkuhnya iblis itu.
.... Allah berfirman: "Keluarlah engkau (iblis) dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya; (QS: 7:18)
Setiap manusia itu mempunyai 7 panca indera yang boleh mendekatkan dirinya dengan Allah dan terhindar daripada adu domba syaitan dan juga boleh menjauhkan diri daripada Allah dan menjadi pengikut syaitan. Apakah 7 panca indera itu? Kita tunggu di siaran akan mendatang.
Jom ke masjid kita solat Jumaat hari ini
6 ulasan:
Salam az
Terima kasih atas perkongsian ilmu
salam az
hari ni ke masjid jamek HC bersolat jumaat
Sama sama shami2
salam rezeki
Alhamdulillah
Terimaksih saling mengingatkan.
Niat penting,moga kita semua berniat hanya kerana Allah!
Salam mamaju
sama sama kita mengingati
Catat Ulasan