Ahad, 29 Disember 2013

Sate Celop

29122013

Hari ini terpanggil untuk merasai sate celop. Sudah lama mengidam menu ini tetapi tidak kesampaian. Kebetulan hari ini ayah zain, isteri dan Putera Bongsu melalui Jalan Duyong-Ayer Molek dan mendapati Restoran Sate Celop Warisan sudah memulakan perniagaannya yang di buka mulai jam 6.00 petang.

Kesempatan ini tidak dibiarkan begitu sahaja dan kami pun  singgah untuk menikmati menu ini. Adakah ia lebih sedap daripada sate biasa atau pun tidak.

Semasa kami sampai sudah ada 2 keluarga sedang menikmati Sate Celop Warisan (SCW) dan kami terus memesannya. Pelayan membawakan menu untuk dipilih. Ada dua menu iaitu SCW dan Nasi berlaukan ikan bakar. SWC dihidangkan dalam 4 set iaitu Set A, B, C dan D. Setiap set mempunyai harga yang berlaian antara RM20.00 hingga RM50.00 bergantung kepada jumlah cucuk sate antara 30 hingga 72 cucuk sate.


Apabila set telah ditetapkan, kami diminta memilih sendiri sate yang pamerkan dalam peti hawa dingin. Ia tidak seperti sate biasa tetapi ala ala yong  taufu.


inilah kuah SCW. Tidak berbeza sangat dengan kuah sate tradisional tetapi ia sentiasa dididihkan dengan api pemanas dan seterusnya sate direndam dalam kuah yang dipanaskan itu. Kuah ini adalah campuran beberapa herba yang ditambah dalam kuah kacang.



Rupa SCW sebelum direndam dalam kuahnya


SCW sedang direndam


Rendaman mengambil masa beberapa minit mengikut kesukaan penggemar


SCW siap dihidangkan

SCW adalah  satu alternatif kepada menu sate. Mereka yang suka menimmati kelainannya bolehlah mencuba SCW. Kepada ayah zain mungkin cukuplah sekali menikmatinya keran lebih teruja kepada sate tradisional. Citarasa penggemar adalh berbeza. Mungkin tuan puan menyukai. Oleh itu cubalah sendiri untuk menikmatinya.

Selamat Mencuba.

Isnin, 18 November 2013

Jumaat, 15 November 2013

Jumaat bertamu lagi

15112013

Ikan pekasam sedap dimakan
rasanya sedap tidak terperi
Salam Jumaat diucapkan
Penghulu segala hari.

Saat demi saat
datang bertalu talu
Jumaat ke Jumaat, 
begitu cepat masa berlalu

Sakit sungguh tertusuk sembilu
dihiris hiris amat terasa
jangan luangkan masa berlalu
masa tidak menunggu sesiapa

 amalhomestay - bilik utama
 amalhomestay - bilik 2
amalhomestay - bilik 3
gambar hiasan - amalhomestay.blogspot.com



Khamis, 31 Oktober 2013

Oktober terakhir 2013

311013

Hari ini Hari Khamis 31 Oktober 2013. Hari terakhir bulan Oktober 2013. Besok akan bermula hari pertama bulan November. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita. 2 bulan lagi akan menempuh pula tahun baru 2014. Bertambah lagi angka pada umur kita bermakna pendek lagi baki umur kita yang dipinjamkan Allah kepada hambaNya.

saat demi saat, hari berganti hari, bulan berganti bulan, aku begitu malas untuk menguruskan blog ini. Aku tak tahu kemana perginya keghairahan menulis blog. Buntu. Tiada idea untuk menulis. Adakah kerana kesebokan atau adakah sebab-sebab yang lain. Kadangkala aku gagahi juga untuk menulis tetapi tidak menjadi.

ah tunggu kejap lagi. begitulah. Akhirnya tiada apa yang terjadi pada hari itu kepada blog aku ini. Moga November akan mebawa sinar baru kepada blog aku ini.




Selasa, 15 Oktober 2013

Selamat Hari Raya Korban

151013


Selamat Hari Raya Korban kepada semua pembaca Ceriakan hari-harimu. Saya meminta ampun dan maaf zahir batin atas segala keterlanjuran bahasa semasa mengendalikan CHHM dan semoga tuan/puan sekaian sentiasa di rahmati Allah SWT.

Hari Raya Korban adalah antara dua hari raya yang mulia anugerah Allah SWT kepada umat Muhammad SAW. Berbanding hari raya Aidilfitri, Takbir Hariraya akan berkumandang selama 4 hari iaitu bermula 10 Zulhijjah sehinggalah tergelincir matahari pada 13 Zulhijjah. hari Raya Korban dikenali juga sebagai Hari Raya Haji sempena kerja-kerja munasik Haji yang bermula dengan wukuf di Arafah pada saat tergelincirnya matahari pada 9 Zulhijjah, dikuti dengan bermalam di Muzdalifah dan diikuti dengan bermalam di Mina sehinggalah tergelicirnya matahari pada 13 Zulhijjah.

Antara amalan yang digalakkan semasa sambutan Hari Raya Korban ialah penyembelihan binatang ternakan seperti unta, Lembu, Kerbau dan Kambing. Acara korban ini adalah simbolik kepada penyembelihan Nabi Ismail yang telah digantikan dengan seekor kibas. Inilah satu pengorbanan seorang anak (Nabi Ismail) yang taat akan perintah Allah. Justeru kepada yang mampu berkorbanlah setiap tahun dengan menyembelih binatang ternakan yang sihat, gemok dan bebas cacat. Daging korban ini di agihkan kepada fakir miskin.


Isnin, 14 Oktober 2013

Bunga Lipan atau Rose Jepun?

141013

 Di sudut taman rumah mrszain terdapat sejenis bunga yang berbunga pada waktu siang hari dan akan layu pada waktu petang. Keseokan harinya, kuntum kuntum baru berkembang semula. Ia hanya berkembang hanya beberapa jam sahaja. Ada yang mengatakan pokok bunga ini bernama Bunga Lipan  dan di Kelantan   pokok bunga ini dipanggil Bunga kul 10 kerana mula kembang pada pukul 10 pagi.


Kerana keunikannya itu dan amat mudah dibiakkan, mrszain telah memindahkannya ke beberapa pasu yang lain. Ia amat mudah tumbuh dengan hanya menanam dahan-dahannya sahaja. Ia akan berbunga dalam masa 2-3 hari sahaja. Dimaklumkan ia menjalar dan   ranting-rantingnya seperti kaki lipan, maka  dipercayai bunga ini dikenal sebagai bunga lipan. Subhana Allah, itulah anugerah Allah kepada hambanya.



Inilah dia pokok bunga yang masih aku belum pasti namanya sama ada pokok bunga lipan atau rose jepun.

Ahad, 13 Oktober 2013

Majlis Perkahwinan Lagi

131013

Alhamdulillah. hari ini hari Ahad kedua dalam bulan Oktober. Tarikh yang begitu cantik memaksa aku mengemaskini rumah yang hampir sebulan di tinggalkan. Hari ini aku berkesempatan meraikan majlis perkawainan anak saudara rakan sekerjaku  dahulu yang juga mempunyai pertalian bau bau bacang.

Majlis yang di adakan di Dewan Taming Sari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah ini amat meriah sekali dengan kehadiran saudara mara dan rakan taulan kepada bapa dan emak pengantin. Alhamdulillah. Semoga kedua mempelai hidup aman bahagia hingga ke syurga dengan diserikan cahaya mata yang sempurna sifat anugerah Allah SWT.

Aku begitu teruja apabila bertemu dengan kawan sekelas di zaman persekolahan dahulu. Setelah 40 tahun kami bertemua kembali. Beliau telah beristeri dengan 4 orang cahaya mata, seorang menantu dan seorang cucu. Semoga pertemuan ini akan merapatkan kembali tali silatulrahim yang telah terbiar begitu lama.



 Bersama nenek pengantin lelaki
ni dia kawan sekelas pada tahun 1973 di SEMENDA, Kota, NS

Isnin, 16 September 2013

Selamat Hari Malaysia ke-50 tahun

16092013







Sabah dan Sarawak negeri ceria
Semenjung pula menjadi induk
Selamat Menyambut Hari Malaysia
Sudah Lima Puluh tahun ianya terbentuk

pelabagai juadah dihidang berjenis-jenis
selepas makan  haruslah berkumur
pelbagai dugaan pahit dan manis
moga Malaysia terus aman dan makmur

Ahad, 15 September 2013

Kad Jemputan Kahwin


15092013


Zaman dah berubah. Pemikiran semakin kreatif. Kad jemputan kahwin dah bermacam-macam rekabentuk. Hari ini baru perasan kad jemputan berdasarkan perlawanan bola sepak pulak. Ikut suka la. Asalkan bahagia.

Rabu, 11 September 2013

kuasa duoposen

11092013

"Pengusaha van sekolah Genius Aulad bersepakat menaikkan tambang , naik RM15.00 sebab harga petrol naik 20 sen seLiter. So anak saya pun terlibat. Tak tahu nak cakap apa, bukan berkira, dan bukan tak faham / tak boleh menerima kenaikan, tapi RM15?? Welcome to BolehLand"


Itulah keluhan seorang ayah. Ayah Hanya boleh mengeloh. Ayah Mengeloh   tidak berkesudahan. Mengeloh kerana rasa tertekan. Mengeloh kerana sebab yang tidak masuk akal. Mengeloh kerana duoposen (dua puluh sen). Ayah mengeloh kerana di atas bahu sang ayah mencari nafkah untuk keperluan keluraga. Ayah Mengeloh kerana  dimaklumkan oleh isteri tercinta  tambang van sekolah anak mereka akan dinaikkan daripada RM75.00 sebulan kepada RM90.00 sebulan. Kenaikan hanya RM15.00 sahaja. Pada pemikiran pak menteri kenaikan yang hanya sedikit. Kerana kenaikan duoposen  tidak akan memberi kesan kepada rakyat marhaen. Nah lihatlah bagaimana kesan duoposen telah mula memberikan impak yang begitu besar. Kerana kenaikan duoposen,    pengusaha van sekolah Genius Aulad bersepakat untuk menaikan tambang sebanyak RM15.00 berkuatkuasa pada Oktober 2013. Begitu cepat dan pantas pengusaha van sekolah tersebut bertindak.



Begitulah kesan duoposen yang telah mula dirasai disektor pendidikan iaitu pengankutan pelajar ke sekolah. Kalau melibatkan pelajar sekolah, yang terlibat ialah ibu bapa pelajar sekolah. Itu baru kos pengankutan tidak termasuk lagi dengan kos-kos yang lain seperti pakaian sekolah dan lain-lain kelengkapan sekolah. Logik akal,  pada persiapan anak-anak ke sekolah pada sesi persekolahan 2014 akan memperlihatkan kenaikan kepada kelengkapan persekolahan tersebut.

Sudah menjadi kelaziman di Malaysia, kenaikan harga minyak yang  hanya beberapa sen sahaja akan  menyebabkan kenaikan harga barangan yang lain dan sudah tentu sektor pengankutan yang akan bertindak terlebih dahulu dan akan diikuti oleh lain-lain perkhidmatan dan sebagainya. Ia adalah satu implikasi yang  berangkai. Yang Berkait antara satu sama lain.  Akhirnya semuanya akan terlibat meningkat naik. Walaupun akan ada amaran dari kementerian berkaitan mengekang kenaikan barangan, kenaikan harga barangan akan tetap naik juga dengan pelbagai alasan tercipta. Antaranya ialah kekurangan barangan keperluan di pasaran. Tiba-tiba berlaku barangan keperluan tiada di pasaran seperti kekurangan bekalan gula pada satu ketika dahulu. Apabila harga gula dinaikan, bekalan pulih sediakala. Begitulah kehidupan di negaraku yang masih aman ini. Tiada peperangan dan tiada kacau bilau atau huru hara yang berlaku seperti di negara-negara yang lain.



Isnin, 9 September 2013

Kemalangan Maut

09092013

Selepas solat Magrib di Masjid Ayer Molek tadi , imam memaklumkan solat jenazah akan di adakan selepas solat sunat Magrib. Aku tidak melepaskannya untuk sama-sama solat jenazah dan sama-sama mendoakan agar roh si mati di cucuri rahmat Allah. Agak ramai juga jemaah yang turut serta mendirikan solat jenazah.

Terdapat dua jenazah. Jenazah sepasang adik beradik ayang berusia awal duapuluhan. Betapa pilunya hati kedua oarng tuanya yang kehilangan dua orang anak serentak. Seorang lelaki dan seorang perempuan (kakak).

Kejadian berlaku awal petang tadi di persimpangan empat yang terletaknya Pasaraya Mydin di Jasin Bestari. Ceritanya mereka di langgar oleh sebuah lori milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). Dimaklumkan pemandu lori tangki air itu memecut ketika lampu kuning menyala. Mungkin tersilap bajet, lampu merah pula menyala mengambil giliran. Di satu laluan pula, lampu hijau mengambil giliran dan ketika itu sebuah motor terus bersedia memecut dilaluannya. Dengan Pemandu lori yang tidak sempat menekan brek ketika lampu merah telah menyala dan sipemandu motor pula tidak sabar untuk bergerak, maka berlakulah kemalangan negeri yang begitu tragis. Innalillahi wainna hirajiuun.

Lampu-lampu isyarat yang dibina akan menyediakan 3 warna lampu isyarat iaitu Hijau, kuning dan merah. Hijau untuk meneruskan pemanduan. Kuning sedia untuk berhenti dan merah, mesti berhenti. Mandatori. Peliknya di Malaysia, dan telah menjadi kebiasaan   kepada pemandu malaysia, warna KUNING, seolah-olah menyuruh mereka terus memecut dan akan berasa seronok seperti satu kepuasan apabila dapat melepasinya sebelum lampu merah menyala. Habit ini amat buruk. Inilah yang berlaku kepada peristiwa kemalangan yang meragut dua nyawa tadi.  Kadangkala aku juga berbuat begitu. Semoga aku mengambil iktibar daripada kejadian ini untuk keselamatan diri sendiri keluarga tersayang dan juga pengguna jalanraya yang lain. Anda mampu mengubahnya.


Gambar Hiasan

Khamis, 5 September 2013

Menu duoposen

05092013


Hari ini hujan semenjak dari awal pagi, masih tidak berhenti lagi. Sekarang sudah hampir pukul 1 petang, masih renyai-renyai dan kadang kala lebat. Biasanya kalau berlarutan. keadaan sebegini akan berlanjutan sehingga seminggu.


Menu duoposen

Bila hujan, perut berasa lapar. Mulut hendak mengunyah sahaja. Orang nismilan kata mengonyel. Maksudnya mulut sentiasa ada benda yang dikunyah. Justeru kenaikan minyak sempena Hari Merdeka 2013, hari ini kami pakat-pakat menyedikan makanan yang simple untuk makan tengh hari. Kami panggil Menu duoposen. Seperti Ikan Kembong masak asam pedas, petai goreng bawang berlada, ikan kembong goreng dan sayur goreng yang ditanam sendiri. Alhamdulillah.

Sabtu, 31 Ogos 2013

Salam MERDEKA

31 Ogos 2013



Hidangan lazat untuk tetamu
sebagai tanda selesainya berpuasa enam
as salam buat  pembaca Ceriakan Hari-hariMu
Salam kemerdekaan ke lima puluh enam




Khamis, 29 Ogos 2013

Squatty Potty Commercial Squatty Potty As Seen On TV Bathroom Squatting ...

29082013

satu alat telah tercipta oleh mereka . Adakah alat yang dicipta ini bersamaan dengan kaedah  yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW, nabi junjungan kita kira-kira lebih  1400 tahun dahulu untuk membuang air besar? Subhana Allah, satu persatu mereka melakukannya melalui penyelidikan yang ditemui . Namun Adakah kita mengamalkan sunnah nabi ketika membuang air besar?


Rabu, 28 Ogos 2013

Kasihmu Ibu 2013

28082013


Inilah wajah ibuku yang dimodelkan oleh anak buahku ketika balik beraya selepas beberapa hari raya  di Aidilfitri 2013. padanlah beriya-iya mengajak uwannya pulang ke kampong. katanya ada projek. Bagi aku yang kayu tentang perfileman, aku amat terpesona dengan hasil kerjanya. Teruskan QRshah. Seorang pengarah lagi akan muncul di harimuka. keep it up.





Jumaat, 23 Ogos 2013

Hepi besday again

23082013

As salam dan Selamat Pagi   kepada semua pembaca CHHM. Bertemu lagi kita di Hari Jumaat, Penghulu segala hari. Semoga Hari ini lebih baik daripada hari semalan.

Diam tak diam, blog ayah zain - Ceriakan Hari-hari Mu telah berusia 4 tahun pada hari ini. Blog ini  pertama kalinya bersiaran pada 23 Ogos 2009. Sungguh cepat masa berlalu. Tentunya dalam masa 4 tahun ini telah banyak peristiwa yang berlaku dengan pelbagai asam garan kehidupan di coretkan.

Semoga CHHM terus bersiaran walaupun kadang kala datang  saat terlalu berkira untuk menerbitkannya kerana pelbagai halangan yang mendatang, namun tetap ku teruskan jua. Pernah satu ketika ia tidak bersiaran selama beberapa bulan kerana kehausan idea untuk menerbitkannya. Semoga sokongan daripada pembaca semua   memberikan semangat dan pendorong agar ayah zain terus berkarya. In syaa Allah





Rabu, 21 Ogos 2013

Apabila TGNA bersuara


20082013

Semoga Allah memberikan pertolongan kepada rakyat Mesir yang sedang dizalimi. Sekarang sudah terang lagi bersuluh rampasan kuasa yang dilakukan oleh si durjana Fatah Sisi.

Isnin, 19 Ogos 2013

Dua ayat terakhir Surah al-Baqarah



19082013


dua ayat terakhir surah al-Baqarah

Mari kita amalkan membaca dua ayat terakhir Surah Al-baqarah ini. utk penjelasan sila klik url ini
http://addeen.my/portal/index.php/rohani/al-quran/item/255-kehebatan-dua-ayat-terakhir-surah-al-baqarah

Ahad, 18 Ogos 2013

Cerita dari Mesir

18082013

Bayangkan andainya ini terjadi kepada kita.........














Berdasarkan cerita dari anaknya (anak si syahid biiznillah) Sarah Muahammad Ali Muhammad Ibrahim :

Sesungguhnya bilangan para jenazah terlampau tinggi, dan para jenazah ini telah dibahagikan ke banyak hospital, kami yang ingin mencari jenazah Ayah terdiri daripada saya, Umar, Dr Ahmad kawan ayah saya dan Rasya sahabat kami, kami tidak tahu bagaimana mahu memulakan pencarian kecuali dengan mengagihkan setiap seorang ke satu tempat.

Ahhhhh, bertapa hancur luluhnya perasaan dan sakitnya hati saya apabila terhidu bau kematian dan saya berseorangan mencari dan membelek setiap satu jenazah dan cuba untuk mengenal pasti tanpa ada pertolongan dari sesiapa.

Sesudah itu kami menelefon antara satu sama lain bertanyakan hasil pencarian :

"Awak sudah jumpa dia?"

"Belum lagi, awak?"

"Belum"

"Ok, awak dah tengok elok-elok?"

"Ya, saya sudah tengok elok-elok, saya dah belek-belek setiap satu dari mereka, awak dah tengok elok-elok?"

"Sudah"

"Awak pasti?"

"Ya"

"Ok, kalau begitu cari lagi, mana tahu kalau awak terlepas pandang, dan saya juga akan cari sekali lagi"

"Baiklah"

Kemudian selepas beberapa minit kami bercakap di telefon sekali lagi.

"Sarah, awak sudah jumpa ke belum?"

"Belum lagi wahai Umar"

"Ok, berdekatan awak ada tak mayat yang terbakar (rentung)?"

"Ya"

"Baik, awak tengok elok-elok andai awak terjumpa apa-apa barang milik si mati yang boleh menentukan identitinya"

"Baik"


Selepas beberapa minit..


"Umar, mana beg ayah yang ada kesan darah tu?"

"Saya dah bawa balik rumah"

"Ok, letak dalam plastik dan ikat elok-elok"

"Kenapa"

"Sebab ada empat mayat rentung secara total dan tanpa apa-apa identiti, dan hanya satu cara untuk kenal pasti adalah dengan ujian DNA , dan saksi mengatakan ayah berada di tempat yang terbakar."

"Baiklah wahai Sarah, tetapi ni maknanya kita hanya akan tahu keputusannya selepas sebulan"

"Kita nak cakap apa pada ibu? Ibu mesti tidak dapat mengawal dirinya"

"Kita terpaksa membohonginya"

"Maksudnya kita nak cakap apa?"

"Awak fikirkan, dan saya juga akan fikir kemudian kita akan bercakap dengannya"

Maka perbualan kami menyusuri 48 jam ini hanyalah berkaitan kematian dan jenazah, mangsa cedera dan mangsa terbakar. Hati-hati kami perit, terus berdiri di atas kedua kaki kami dengan kekuatan yang tidak tahu dari mana datangnya.

Seumur hidup kami tidak pernah terbayang bahawa kami akan terpaksa berjalan di dalam lautan darah di antara jenazah-jenazah, dan itu hanyalah kerana kami mencari jenazah ayah kami yang sudah meninggal, bukan yang hidup.

Kemudian,

Selepas 48 jam berada di antara para jenazah, 600 jenazah, 40 jenazah yang rentung.

Kami berpusing-pusing di antara rumah-rumah mayat dan hospital-hospital, meneliti wajah-wajah, memeriksa jenazah-jenazah dan mendekatkan muka kami pada setiap wajah, sehingga kami tidak tahu apa perasaan yang sewajarnya kami rasa, sama ada untuk bersedih setelah menjumpainya atau merasa lega kerana telah menemui jenazahnya.

Kami terpaksa melangkah jenazah-jenazah kerana tiada ruang untuk bergerak, kaki kami berulang-alik di dalam darah, kami dekatkan wajah untuk mengecam, tapi kecederaan menyukarkan pengecaman.

Kami periksa jenazah yang rentung dan meneliti sebaik mungkin, mungkin kami akan menemui sebarang tanda pengenalan ayah.

Bau jenazah menyelubungi persekitaran kami.
Darah telah membasahi tudung-tudung kami.
Tembakan sentiasa dilepaskan kemana saja kami pergi,
Kami tetap yakin kami akan menemuinya.

Selepas kami hampir putus harapan, ada seseorang menghubungi kami dan mengatakan bahawa jenazah ayah telah dibuang dari kenderaan di tepi jalan berhampiran rumah mayat, saya terus berlari.

Akhirnya kami menemuinya..

Satu peluru menembusi lehernya,
dan satu peluru menembusi pipi ke belakang telinganya.

Kami gembira menemuinya seolah-olah kami telah menemui jenazah ayah dalam keadaan hidup,

Ayah telah pergi...

Sumber : محمد مرسي رئيساً للجمهورية
#mesirkini

Jumaat, 16 Ogos 2013

Sungguh Tragis dan mengharukan - 18sx sahaja


16082013

Sungguh kejam manusia yang tidak berhati perut sehingga kejadian ini berlaku. Semoga Allah memberikan rahmat yang tidak terhingga kepada mangsa ini. Semoga Allah mencucurkan rahmatNya kepada roh almarhum dan ditempatkan bersama mereka yang diredai.

Khamis, 8 Ogos 2013

Salam Aidilfitri - Layan Lagu Raya


08082013

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Bathin

Dengan Tulus Ikhlas
drpd Ayah Zain

Rabu, 7 Ogos 2013

Selamat Hari raya Aidil Fitri

07082013

Di kesempatan hari yang mulia ini 
Ayah Zain sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin
atas segala ketelanjuran
 sama ada yang di sengajakan atau tidak.
Ayah Zain mendoakan pembaca sekalian
 terus berada dalam perlindungan dan keberkatan Allah SWT.
Sehingga jumpa lagi.

Isnin, 5 Ogos 2013

Hepi besday my darling

05082013

Selamat Hari Lahir kepada Isteriku tercinta. Semoga Allah memberkati umur yang diberi, sihat tubuh badan  dengan rezki yang melimpah ruah. Dipermudahkan Allah di dunia dan akhirat.


Ahad, 4 Ogos 2013

Semoga terus berbahagia

04082013

Mengimbau 29 tahun yang lalu. Di saat aku mengusha isteriku dan akhirnya sudah 29 tahun juga kami bersama. Itulah dia berkat cinta selepas kahwin. Alhamdulillah. Kini kami dikurniakan dengan seorang anak perempuan, 4 orang anak lelaki, seorang cucu dan dua orang menantu. Semoga kehidupan kita terus kekal abadi mhingga ke syurga.

Sabtu, 3 Ogos 2013

Jom layan lagu Arab

03082013

Tetongah hari ini, best layan lagu Arab ni.




Jumaat, 2 Ogos 2013

seluau londeh


02082013


















Telah menjadi satu kebiasaan kepada para remaja  menjadikan baju-T singkat dan seluar londeh sebagai tren pakaian mereka. Kekadang rasa musykil di hati, apalah menariknya berpakaian seperti itu. Memang tak berkenan langsung dengan mata ku yang dah berumur ini. Nasiblah kan kenapa tak sama di lahirkan pada tahun yang sama dengan mereka iteww. Kalau sama, aku sama berpakaian seperti mereka agaknyerr.

Namun berpakaian begitu tidak menjadi menjadi masalah. Masalah yang timbul apabila mereka ini menunaikan solat dengan mengekalkan pakaian tersebut. Nah, lihat ilustrasi di atas. Kejadian seperti gambar di atas akan berlaku di mana aurat terdedah ketika rukuk dan paling ketara ketika sujud. Siapa nak jawab ni? Adakah sah sembahyang apabila aurat terbuka atau terdedah? Aurat lelaki adalah antara pusat hingga ke lutut. Paling malang kekadang kelihatan alur #$#@^&%$ mereka. Menyedihkan. Semoga Allah memberikan mereka hidayah agar menyedari tatacara berpakaian seperti itu dapat  dihindarkan. 


.......dan orang-orang yang mendustakan ayat aya kami dan menyombongkan diri terhadapnya, mereka itu penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya (QS Al-Ankabut:29:49)

Khamis, 1 Ogos 2013

iklan raya Petronas 2003

01082013

Kita sudah memasuki hari pertama bulan Ogos 2013. Bulan Ogos ialah bulan  kemerdekaan  Malaysia. Bersamaan 23 Ramadan . Cuma tinggal 6 hari sahaja lagi umat Islam di Malaysia akan menyambut Syawal yang dinantikan .

Seperti biasa saat-saat menjelang musim perayaan syarikat gergasi  di Malaysia akan membuat filem pendek menggambarkan sambutan atau perayaan sesuatu kaum. PETRONAS satu-satunya syarikat korporat yang sering menghasilkan filem pendek perayaan yang begitu berkualiti. Antaranya ialah seperti pada tahun 2003, syarikat ini menghasilkan satu produk yang begitu menyentuh hati nurani ku.




ameek ko. semua ada. daging, tulang, limpa, hati dan sebagainya.....Apa cara sekalipun, hajat ibu mesti dipenuhi. Sejuk perut ibu mengandung tetapi ibarat hasrat memeluk gunung, apakan daya tangan tak sampai. Namun, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Nak seribu daya, tak hendak seribu daleh.

Rabu, 31 Julai 2013

Berapa orang berkata amiinn

31072013

Berakhirnya hari ini, kita telah melepasi 22 hari kita berpuasa. Malam ini kita memudiki malam ke 23 Ramadan iaitu  antara satu malam turunnya Lailatul Qadar. Malam yang penuh barakah yang lebih baik daripada 1000 bulan.  Justeru marilah sama-sama kita berdoa



Berapa orangkah yang akan berkata amiin. 
Mudah-mudahan saat waktu ijabah dan kabul doa.

Doanya
Ya Allah, jadikan malam ini malam yang bertukar segala kejahatan menjadi kebaikan dan segala dukacita menjadi bahagia dan ceria

Iklan Raya 2013 JKKN Sabah - Kasut Buruk

31072013

Begitu menyentuh hati iklan raya ini. Walaupun sebelum ini pernah mendengarnya di kursus motivasi namun video ini amat menyentuh kalbuku. Speechless



Apakah kamu takut akan (menjadi miskin) kerana kamu kerap memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu, dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah solat dan berikan zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan Rasulnya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam pengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan ..... ( QS Al-Mujadilah:58:13)




Selasa, 30 Julai 2013

Tujuh Nasihat Rasulullah

30072013

Hari ini kita memasuki hari ke-21 bulan Ramadhan. Bermakna kita telah berada di fasa terakhir bulan Ramadan yang dijanjikan kebebasan daripada api neraka oleh Allah SWT. Marilah sama-sama melipat gandakan usaha kita ke arah itu disamping mendapatkan Malam Lailatul Qadar yang lebih baik daripada 1000 bulan.


Mari kita hayati artikel yang dipetik daripada  http://www.akhmadtefur.com/mutiara-hikmah/penting-tujuh-nasihat-rasulullah/#more-2862

Tujuh nasihat Rasulullah SAW di bawah ini adalah mutiara hikmah yang dirangkum dari mutiara hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Dalam hadits tersebut, Rasulullah juga menjelaskan hikmah dari setiap amal kebaikan yang kita lakukan.
Ya Allah, mudahkanlah hamba dalam menjalankan nasihat Rasulullah ini.
Inilah 7 nasihat Rasulullah SAW:
1. Tolonglah orang yang kesulitan
Menolong orang yang kesulitan, akan mendapatkan kemudahan di akhirat
2. Bantulah orang miskin
Mengurangi penderitaan orang miskin, dapat mengurangi penderitaan diri sendiri di dunia dan akhirat
3. Jangan membuka aib
Menutup aib orang lain, akan menutup aib diri sendiri di dunia dan di akhirat
4. Biaskanlah memberikan pertolongan
Allah akan memberikan pertolongan kepada hamba yang suka menolong
5. Belajarlah ilmu agama
Orang yang belajar ilmu agama, akan dimudahkan Allah menuju surga-Nya
6. Sering-seringlah menghadiri majelis ilmu
Orang yang menghadiri majelis ilmu akan diberi ketentraman, kedamaian
7. Jangan menunda-nunda amal
Barangsiapa lambat beramal, jangan berharap cepat naik derajatnya
Tujuh nasihat Rasulullah SAW tersebut adalah inti sari dari hadits shahih berikut ini:
Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda : ”Barang siapa melenyapkan kesulitan seorang mukmin di dunia, maka Allah juga menghilangkan  kesulitannya kelak di hari Kiamat. Dan Barang siapa mengurangi penderitaan orang miskin, pasti Allah mengurangi pula penderitaannya didunia dan akhirat, dan Barang siapa merahasiakan  aib/buruk seorang muslim, maka Allah menyembunyikan pula aib/buruknya didunia dan akherat. Allah pasti menolong seorang manusia, selama manusia itu membantu sesama manusianya.  Dan Barang siapa menempuh perjalanan demi menimba ilmu, pasti Allah membuka jalan kesorga baginya.Tiada suatu masyarakat berkumpul disuatu tempat peribadatan (mesjid atau madrasah), mereka membaca dan mendiskusikan kandungan Al-Qur’an, melainkan jaminan ketentraman dan kedamaian bagi mereka serta kasih Allah meliput mereka. Mereka di kelilingi para malaikat yang membentangi mereka, dan Allah mempopulerkan mereka disisiNya, Barang siapa lambat beramal kebaikan, jangan terlalu berharap peningkatan derajat secepatnya.” (HR Bukhari – Muslim).

Isnin, 29 Julai 2013

Iklan Raya Aidilfitri TM - 2013

29072013






[183]
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
[184]
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
[185]
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(QS:2:183-185)

Jumaat, 26 Julai 2013

Pengikut Syiah semakin berani - Nasional - Sinar Harian

Pengikut Syiah semakin berani - Nasional - Sinar Harian


SHAH ALAM – Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996 telah menarik balik kebenaran mengamalkan mazhab Syiah aliran Al–Zaidiyah dan Jaafariah di Malaysia, menjadikan semua amalan Syiah tidak diterima di negara ini.

Fatwa itu menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam.


Penyebaran apa-apa ajaran selain daripada pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang. Penerbitan, penyiaran dan penyebaran sebarang buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.


Walaupun penegasan itu telah dibuat dan terdapat beberapa negeri sudah mewartakan bahawa ajaran Syiah haram, tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat banyak laman-laman web dan sosial mengenai ajaran itu disebarkan secara terang-terangan.


Beberapa laman sosial dengan berani mengakui diri mereka pengikut ajaran Syiah dan memburuk-burukkan mazhab lain.


Sebagai contoh, sebuah laman sosial yang menggelarkan diri mereka ‘I'm Proud To Be Syiah’ mendakwa laman sosial itu milik mazhab Syiah Imamiyah di Malaysia.


Penubuhan laman sosial itu bertujuan menjawab persoalan yang dibangkitkan pengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah.


Tidak kurang juga beberapa laman web khas untuk pengikut Syiah ditubuhkan kononnya untuk menjawab segala kemusykilan berhubung fahaman itu.

Khamis, 25 Julai 2013

Nuzul Al-Quran

25072013


Diam tak diam, kita telah berpuasa selama 16 hari pada bulan Ramadan 2013. Sungguh cepat masa berlalu meninggalkan sejarah yang menjadi kenangan sepanjang zaman. Mulai malam 16 Ramadan, bacaan qunut telah mula dibaca mengiringi solat Witir dan ini menjadi petanda kepada umat Islam bahawa telah masuknya fasa terakhir Bulan Ramadan yang mulia.

Malam ini adalah malam ke 17 bulan Ramadan. Satu lagi sejarah akan dicipta pada malam ini kerana pada malam 17 Ramadan bersamaan tahun ke-41 keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Al-Quran telah diturunkan. Setelah itu secara berperingkat Al-Quran menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang kita baca pada hari ini.

Seperti mengulangi sejarah turunnya al-Quran pada malam Jumaat ketika umur Nabi 41 tahun, kita bernasib baik kerana Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat Ramadan 2013. Sungguh besar nikmat Allah kepada hamba-hambaNya yang bertakwa. Perkataan NUZUL itu bererti TURUN atau berpindah daripada atas ke bawah. Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW yang sangat bermakna kepada umat Islam yang memikirkan rahsia Al-Quran.


Al-Quran itu adalah himpunan atau bacaan ayat-ayat Al-Quran. Di dalamnya terhimpun pelbagai aspek kehidupan sepeti menyentuk aspek ketuhanan, feqah, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Tiada yang tertinggal dalam Al-Quran kerana ia telah dilengkapkan oleh Allah seperti firmanNya dalam surah Al-An'am ayat 38 yang bermaksud, dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)

Al-Quran itu adalah hidayah, rahmat, syifak (penyembuh), Nur (cahaya yang menerangi mansuia dari kegelapan), Furqan (membezakan antara yang hak / benar dengan yang batil / salah) dan al-Zikr (yang memberi peringatan) .

Al-Quran yang diturunkan Allah kepada Nabi SAW melalui pengantaranya Malaikat Jibrail bermula dengan Surah Al-Alaq ayat 1-5 yang bermaksud ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Di Malaysia sempena istimewanya Nuzul Quran ini  7 buah negeri   iaitu Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu menjadikan 17 Ramadan sebagai cuti umum bagi negeri-negeri tersebut.


Selasa, 23 Julai 2013

Merantau


23072013

Merantau bermaksud kepada anak tempatan yang berhijrah keluar daripada kampung asal  ke sesuatu tempat yang lain. Merantau melibatkan jarak yang agak jauh dengan meninggalkan keluarga tersayang dalam jarak masa yang agak lama. Antara faktor yang menyebakan seseoran itu merantau ialah  mencari rezki ditempat lain untuk mengukuhkan eknomi sesorang, atau melanjutkan pelajaran atau patah hati kerana kasih yang tidak berkesampaian. Perkataan merantau begitu senonim dengan masyarakat Negeri Sembilan yang berpindah ke tempat baru seperti dari Rembau ke Kuala Lumpur atau ke destinasi yang lain. Walau sejauh mana mereka merantau, asal kampong tidak dilupakan dan akan balik juga ke kampong pada suatu hari nanti. Namun ada juga di antara perantau ini tidak balik-balik ke kampong asal dengan pelbagai alasan yang tersendiri.

Sabtu, 20 Julai 2013

Ibu, engkau ratu hatiku

20072013


Ibu 


Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu


 Perih jerihmu membesarkan aku, tidak dapat dibayar dengan segunung emas atau selautan mutiara di lautan. Moga Allah merahmati dan memberkati ibuku ini
 Moga ibu sentiasa sihat dan dapat menunaikan ibadah puasa di Bulan Ramadan yang mulia ini.


Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
QS An-Nahl (16:78)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...