Sabtu, 20 Julai 2013

Ibu, engkau ratu hatiku

20072013


Ibu 


Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu


 Perih jerihmu membesarkan aku, tidak dapat dibayar dengan segunung emas atau selautan mutiara di lautan. Moga Allah merahmati dan memberkati ibuku ini
 Moga ibu sentiasa sihat dan dapat menunaikan ibadah puasa di Bulan Ramadan yang mulia ini.


Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
QS An-Nahl (16:78)

2 ulasan:

azieazah berkata...

Ada orang tak faham perasaan tu. Tapi bila diri sendiri jadi ibu, automatic dia akan faham sefaham-fahamnya..

Ayah Zain berkata...

begitu juga dengan bapak. bila dah jadi bapak baru lah tahu setahu-tahunya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...