Khamis, 25 Julai 2013

Nuzul Al-Quran

25072013


Diam tak diam, kita telah berpuasa selama 16 hari pada bulan Ramadan 2013. Sungguh cepat masa berlalu meninggalkan sejarah yang menjadi kenangan sepanjang zaman. Mulai malam 16 Ramadan, bacaan qunut telah mula dibaca mengiringi solat Witir dan ini menjadi petanda kepada umat Islam bahawa telah masuknya fasa terakhir Bulan Ramadan yang mulia.

Malam ini adalah malam ke 17 bulan Ramadan. Satu lagi sejarah akan dicipta pada malam ini kerana pada malam 17 Ramadan bersamaan tahun ke-41 keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Al-Quran telah diturunkan. Setelah itu secara berperingkat Al-Quran menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang kita baca pada hari ini.

Seperti mengulangi sejarah turunnya al-Quran pada malam Jumaat ketika umur Nabi 41 tahun, kita bernasib baik kerana Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat Ramadan 2013. Sungguh besar nikmat Allah kepada hamba-hambaNya yang bertakwa. Perkataan NUZUL itu bererti TURUN atau berpindah daripada atas ke bawah. Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW yang sangat bermakna kepada umat Islam yang memikirkan rahsia Al-Quran.


Al-Quran itu adalah himpunan atau bacaan ayat-ayat Al-Quran. Di dalamnya terhimpun pelbagai aspek kehidupan sepeti menyentuk aspek ketuhanan, feqah, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Tiada yang tertinggal dalam Al-Quran kerana ia telah dilengkapkan oleh Allah seperti firmanNya dalam surah Al-An'am ayat 38 yang bermaksud, dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)

Al-Quran itu adalah hidayah, rahmat, syifak (penyembuh), Nur (cahaya yang menerangi mansuia dari kegelapan), Furqan (membezakan antara yang hak / benar dengan yang batil / salah) dan al-Zikr (yang memberi peringatan) .

Al-Quran yang diturunkan Allah kepada Nabi SAW melalui pengantaranya Malaikat Jibrail bermula dengan Surah Al-Alaq ayat 1-5 yang bermaksud ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Di Malaysia sempena istimewanya Nuzul Quran ini  7 buah negeri   iaitu Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu menjadikan 17 Ramadan sebagai cuti umum bagi negeri-negeri tersebut.


4 ulasan:

JunAina berkata...

Saya kerja tp suami cuti...owwwhhh...

atuk berkata...

Salam Ramadhan THAZ

terima kasih

Ayah Zain berkata...

nasib lah Jun. Suami cuti. dia dok rumah dan buat kerja2 rumah. kan untung tu

Ayah Zain berkata...

Salam Nuzuk Quran atuk baik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...