Jumaat, 26 Julai 2013

Pengikut Syiah semakin berani - Nasional - Sinar Harian

Pengikut Syiah semakin berani - Nasional - Sinar Harian


SHAH ALAM – Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996 telah menarik balik kebenaran mengamalkan mazhab Syiah aliran Al–Zaidiyah dan Jaafariah di Malaysia, menjadikan semua amalan Syiah tidak diterima di negara ini.

Fatwa itu menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam.


Penyebaran apa-apa ajaran selain daripada pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang. Penerbitan, penyiaran dan penyebaran sebarang buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.


Walaupun penegasan itu telah dibuat dan terdapat beberapa negeri sudah mewartakan bahawa ajaran Syiah haram, tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat banyak laman-laman web dan sosial mengenai ajaran itu disebarkan secara terang-terangan.


Beberapa laman sosial dengan berani mengakui diri mereka pengikut ajaran Syiah dan memburuk-burukkan mazhab lain.


Sebagai contoh, sebuah laman sosial yang menggelarkan diri mereka ‘I'm Proud To Be Syiah’ mendakwa laman sosial itu milik mazhab Syiah Imamiyah di Malaysia.


Penubuhan laman sosial itu bertujuan menjawab persoalan yang dibangkitkan pengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah.


Tidak kurang juga beberapa laman web khas untuk pengikut Syiah ditubuhkan kononnya untuk menjawab segala kemusykilan berhubung fahaman itu.

3 ulasan:

Unknown berkata...

Semlm ada majlis ancaman syaih di masjid besi 8- 12 th. Tapi terlepas!
terbaca novel yg susah2 dulu rupanya ada unsur syiah, masa tu tak faham..
salam nuzul quran.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ayah Zain berkata...

saya terbaca satu FB syiah. memnag halus jarum mereka ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...