Isnin, 30 Mei 2011

Di Pinggiran kali

300511
Semalam aku mengiringi mrszain dan anak-anak ke Batang Kali. Ada perjumpaan adik beradik sebelah orang rumah. Perjumpaan kali ini di adakan di Pinggiran Kali kepunyaan biras aku. Pinggiran Kali  baru sebulan beroperasi. Sungguh kreatif empunya rumah ini. Rumah bentuk British ini amat hebat dengan dilengkapi barangan antik. Segalanya antik. Ironinya tiada pelan cuma dihasilkan dalam bentuk lakaran empunya dan direalitikan oleh si tukang rumah. Bumbungnya dibuat daripada atap genting rumah lama daripada Melaka, kayu tiang, papan lantai dan daun pintu semuanya daripada bahan-bahan rumah lama yang telah dibaik pulih. Perabut juga daripada bahan lama yang telah dipulihara  dan menampakan nilai astetika seni Melayu Tradisonal

bahagian belakang yang menghadap ke sungai

Bahagian depan

Loteng



Tangga kayu
Telaga Biru

Sungai Batang Kali : sungguh sejuk dan menyegarkan


Sabtu, 28 Mei 2011

Jom kita Dinner


280511
Biasanya kalau berkursus dan dibuat di hotel, maka masa itulah selera akan bertukar. Kali ini az menghadiri satu kursus di sebuah hotel di Sepang. Agak mewah menu di sini, pelbagai menu disediakan. Namun walaupun pelbagai menu yang beraneka pilihan namun pilihan untuk az sangat terhad terutamanya semasa sarapan pagi di mana hanya dua keping roti sahaja pilihan yang ada. Nak buat macam mana kan dan berpenyakit. Oklah cuba lihat apa yang az makan semasa makan malam. Kalau malam az tak di ambil  nasi langsung.

ketam, sotong, acar jelatah

sayur-sayuran
kupang, kobis bunga, sayuran,..
di akhiri dengan sup

Rabu, 25 Mei 2011

Selamat Berangkat

250511
Semasa Majlis Doa Selamat meraikan jemaah umrah yang berangkat menunaikan umrah pada minggu lepas, aku tak sempat mengucapkan selamat jalan kepada Hj Bidong yang akan berangkat menunaikan umrah pada minggu ini. Setiap kali berjumpa dengannya d surau aku tidak berkesempatan untuk mengucapkannya sehinggalah aku meninggalkan Ayer Baloi Isnin  lepas aku masih tidak berkesempatan untuk bertemu  secara khusus dengannya. Kemudian aku terlupa.Begitulah aku dalam kesibukan tugas aku itu.

Entah mengapa selepas tamat sesi petang tadi aku tergerak untuk ronda-ronda ke KLIA bersama kawan-kawan sekursus. Kami menaiki shuttle yang disediakan khusus untuk tetamu Concorde Inn, KLIA. Perjalanan yang tidak sampai 5 minit itu amat tidak dirasai kerana jarak yang hanya seperlaungan sahaja,kami telah berada di KLIA. Tidak ada apa yang menarik di sini kecuali aku berhajat untuk mencari sesuatu yang dijual di sin yang tiada di pasaran.

Sedang asyik aku memerhatikan barangan yang aku cari di salah sebuah kiosk di KILA tiba-tiba seseorang menepok bahuku. Persis terkejut dan aku hampir terjerit kerana amat tidak aku sangka, rupanya hari ini adalah tarikh keberangkatan Hj Bidong ke Tanah suci untuk menunaikan umrah. Rupanya Allah telah mengabulkan juga hajatku untuk bertemu dengan Hj Bidong. Hj Bidong adalah jemaah regular surau anak bugis pt keroma. Hj Bidong adalah orang kuat surau di mana aku sering berjemaah di situ. Kami memelok erat antara satu sama lain kerana masing-masing terkejut dan tidak menyangka bertemu.  Semoga Allah mempermudahkan urusan kerjaumrah Hj Bidong sekeluarga berserta rombongannya berjumlah 12 orang  itu.


Isnin, 23 Mei 2011

Kelebihan Membaca Al-Quran

230511
Seperti biasa malam tadi (Ahad malam Senin) ada kuliah Maghrib di Surau Anak Bugis Bt 47 1/2  Ayer Baloi. Aku dapat mencatat sedikit apa yang aku dapati daripada kuliah kali ini. Andaikata ada kesilapan itu adalah pemahaman yang aku dapat. Dan sedia untuk pembetulan sekiranya ada.

Kali ini Ustaz Salehuddin membicarakan tentang kelebihan membaca Al-Quran. Membudayakan Al-Quran yang diamalkan di masjid-masjid atau surau bukannya slogan daripada kerajaan Negeri Johor atau sesiapa tetapi slogan daripada Rasulullah SAW.  Sesungguhnya amatlah besar ganjarannya diberikan oleh Allah kepada mereka yang belajar Al-Quran, membaca al-Quran,  Menghafaz ayat-ayat Quran dan berusaha mengamalkan apa yang dibaca daripada al-Quran itu.

Ustaz membacakan hadis yang dipetik daripada Saidina Osman r.a yang mana Rasulullah bersabda yang terbaik dikalangan umma Muhammad  ialah mereka yang belajar dan mengajarkan ayat-ayat al-Quran. namun ada juga pendapat yang mengatakan bahawa mereka yang mebaca atau mengajar ayat-ayat al-Quran itu mendapat ganjaran yang besar.


Mereka yang belajar membaca al-Quran dan memahami maknanya sekali maka Allah akan memberikan ganjaran yang berbeza-beza mengikut apa yang dikehendaki oleh pembacanya seperti:-

1. Sekadar membaca sahaja,
2. Membaca dan memahami maknanya,
3. Membaca, memahami maknanya dan menerapkan apa yang dibacanya
4. Membaca, memahami, mengamalkannya dan berazam untuk meningkatkan keimanannya
5. Membaca, memahami, mengamalkannya dan berazam untuk meningkatkan keimanannya  dan berjaya memperjuangkannya.
Ini membawa maksud adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengubah pada setiap hari tanggapan kita terhadap al-Quran dan akhirnya akan meningkatkan pahala seharian kita.

selepas kuliah, seperti biasa menjamu selera

Murtabak Special Pontian

Ahad, 22 Mei 2011

jom sarapan lempeng

220511
Hari-hari sarapan roti perang, bosan juga. Tak apalah pagi  ini nak tukar selera  lah. Nak makan apa yer. ermmmm  . Lempeng pun ok lah. Lama dah tak buat lempeng. Lempeng biasa pun ok. kalau nak sedap,  lempeng kelapa. Tapi semenjak dua menjak ni kelapa susah nak dapat ............... maka nya lempeng biasa pun ok. Bak kata atok razali tak ada tali, akar pun boleh. hehehh Selamat mengerjakan umrah yer sahabatku atuk Phd.

alhamdulillah
sekeping pun dah kenyang
nak  walking la pulak pagi

Jumaat, 20 Mei 2011

Jom ikut az makan beryani

200511

Malam tadi selepas bacaan Yassin, jemaah dijamu dengan nasi beryani ayam dan dan daging lembu. Majlis di adakan sempena pemergian 12 orang jemaah surau yang akan berangkat menunaikan umrah pada minggu hadapan. Semoga hajat mereka dipermudahkan Allah. Amin. Sejak semenjak dua menjak ini jemaah di surau kami (heheh mengaku kami pulak az yer) agak ramai dengan jemaah yang datang solat berjemaah. Alhamdulilah. Semoga bilangan ini akan terus bertambah kerna solat berjemaah itu mendapat ganjaran 27 kali ganda berbanding solat bersendirian.





inilah beryani hidangan kami malam tadi
yang specialnya dihidang dalam dulang
berselera sungguh kami makan
liiciiiinnnnnnn

Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).
(QS:al-Baqarah:2:196)

Khamis, 19 Mei 2011

Exam datang lagi

190511
Akhirnya sampailah pertengahan tahun. Pertengahan tahun datang lagi. Menjelma untuk kesekian kalinya. Sebelum  semester pertengahan tahun berlalu, peperiksaan semester wajib dilalui dahulu. Dinamakan peperiksaan akhir semester 1. Hari ini semua pelajar menduduki peperiksaan semester 1. Peperiksaan ini berlanjutan sehingga 26 Mei 2011 dan seterusnya pelajar akan pulang bercuti. Namun pada Jumaat depan 27 Mei akan diadakan sambutan hari guru dan 28 Mei pula diadakan Mesyuarat Agung MUAFAKAT (PIBG la tu). Seusainya Mesyuarat Agung, pelajar akan bercuti selama dua minggu. Tetapi pelajar Tingkatan 3 dan 5 hanya bercuti selama seminggu sahaja. Mereka perlu pulang semula ke sekolah untuk Kelas Bimbingan.

suka jer nak masuk exam budak Ting 5 ni

Baca doa sebelum masuk dewan peperiksaan

peperiksaan  bermula dengan subjek BM kertas 1

kusyuk tu menjawab
Insya Allah skor A+

yang adik-adik ting. 4,3 dan 2 exam di kelas sahaja
bukan apa, dewannya cuma ada satu sahaja

Rabu, 18 Mei 2011

Hepi Besday Kak Nab

180511

Selamat Hari Lahir kepada Kak Nab
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

(Selamat Berbahagia Tok Ma

Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya - keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang.
(QS Shad:38:43) 

Selasa, 17 Mei 2011

Mutiara'82

160511


1982

2011
Tiada kata seindah bahasa ingin ku gambarkan perasaan hati ketika bertemu kalian di 2nd Gala Re-union sabtu nan lalu. Semuanya indah-indah belaka dengan kehadiran insan-insan yang menjadi asam garam kehidupan sepanjang catatan perjalananku. Kamulah bintang yang menyinari kegelapan malam. Aku berbangga dengan kalian dan membuatkan hidupku begitu bermakna.

whopsss, aku rasa lebih muda daripada sebahagian kalian hehhe kerana ada di antara kalian yang sudah memutih kepala hehhehe

Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya - keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang).(QS:Saad:38:43)




Isnin, 16 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU

160511

orang-orang kuat yang menganjurkan 2nd Gala Re-union MRSM Muar
serius tuhhhhhh

Wow, hari ini sudah 29 kali aku merayakan sambutan hari guru. Ada yang dapat di sambut tepat pada 16 mei, ada yang tidak bergantung kepada kesesuaian di maktab pada tahun itu. Kengkadang menyambut hari guru di MRSM lain kerana kebetulan menghadairi aktiviti. Malah ada juga tidak berpeluang menyambutnya kerana tidak berada di sekolah pada 16 Mei. Saban tahun pada hari guru pelajar akan memberikan sesuatu kepada aku, tak kisahlah apa yang diberi kengkadang cuma sekeping poskad tanda ingatan. Alhamdulillah. Pada hari sambutan Hari Guru, pelbagai acara disediakan oleh pelajar untuk meraikan guru-gurunya. Nyanyian Lagu  Guru Malaysia akan berkumandang di Dewan Besar. Kengkadang aku juga  dipanggil naik ke pentas membuat persembahan. Biasanya paling mudah aku  mempersembahkan sebuah lagu atau mendeklamasikan sajak.........

Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan PDKM, bekas anak-anak murid tercinta yang menghantar ucapan Selamat hari Guru. Tanpa kamu siapa lah saya. Juga kepada kengkawan PDKM, pengikut CHHM yang bergelar guru seperti Cikgu Mas, En Pijal, Kak Nab, Cikgu Sonata, Cikgu Pinat, Ayahanda, Pak Itam,  ermmm siapa lagi yer (maaflah az tak berapa hingat ni)

Guru  Penjana Transformasi Negara


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979



Sabtu, 14 Mei 2011

30 tahun mrsm muar

140511

Diam tak diam, sudah 30 tahun MRSM Muar beroperasi. Aku mula bertugas di maktab ini pada tahun 1982 kira-kira 5 bulan selepas ianya dibuka kepada pelajar. Hari ini kira-kira 250 orang bekas pelajar dan 30 orang bekas gurunya telah datang berkampung semula di maktab yang telah melahirkan angkasawan pertama Malaysia di Majlis yang dikenali sebagai Sepanjang Jalan Kenangan -2 Gala Reunion MRSM Muar. sambutan gilang gemilang ini diserikan dengan kehadiran dua orang bekas pengetua, Naib Yang Dipertua MUAFAKAT (PIBG), S/U Agung ANSARA Pusat, bekas-bekas guru yang pernah menabur khidmat bakti disamping guru-guru yang masih berkhidmat di maktab ini. Program telah dimulakan pada petang Jumaat (13 Mei) dengan bacaan  Yasin di surau maktab, Seminar Kerjaya kepada pelajar Tingkatan 5 di sebelah pagi tadi (Sabtu 14 Mei). Kesanggupan bekas guru yang sanggup datang daripada negeri Pantai Timur dan Utara Semenanjung perlu dihargai. walaupun jauh mereka tiada masalah untuk menghadirikan diri untuk berjumpa dengan bekas-bekas anak didik mereka itu. Terima kasih Ustaz Hidir MRSM K. Krai), Ustaz Kamal, Ustaz Muhaidin (MRSM Kuala Berang), Pn. Rohaida (MRSM Kuala Terengganu), Pn. Nor Asma (MRSM Taiping) yang sanggup datang menyerikan majlis. Namun Angkasawan pertama negara tidak dapat menghadirkan diri kerana beliau ada agenda yang lebih penting, namun kehadiran Presiden Shell Malaysia cukup menyerikan majlis gilang gemilang ini. Terima kasih kepada penganjur yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini.. Sesungguhnya 2nd Gala MRSM Muar telah  memberikan impak yang besar dalam merapatkan ukhwah silatul rahim di antara bekas pelajar sesama mereka, dengan pelajar MRSM Muar dan antara bekas pelajar dengan bekas gurunya.

Barisan Presiden Badan Wakil Pelajar (BWP)

Sesi Ceramah Kerjaya di Pusat Sumber Pembelajaran

Suntikan Semangat drpd Pakar O&G

Perkongsian daripada Pengerusi SHELL Malaysia



itu dia orang kuat yang menjayakan sambutan ini
(membelakangkan kamera)
Terima kasih Pn. Hjh Hasfariza Abu Hassan)
Sebahagian guru dan bekas pelajar





Ucapan Pengetua
antara lain mengimbau nostalgia 30 tahun MRSM Muar dengan begitu terperinci sekali.



wow, Kek Sambutan Hari Guru

acara yang ditunggu-tunggu "makan time"



Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
(QS:al-Kahfi:18:110)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...