070511
Apabila sekali tidak ke udara maka akan mengambil berkali-kali untuk mengudarakan lagi ke udara (rosak bahasa kalau camni). Kerana kesibokan tugas aku gagal untuk menerbitkan bingkisan di CHHM. Bingkisan kali ini berkisar banjir. Minggu lepas rumah aku nyaris dibanjiri justeru hujan lebat yang turun lebih daripada 1 jam. Hujan kali ini amat berlainan kerana disertai dengan kilat sabung menyabung dan bedilan halilintar yang membelah bumi. Dek kuatnya bedilan halilintar menyebabkan loceng kecemasan bergema di seluruh kawasan kampus. Ironinya ketika hujan turun kami sedang bermesyuarat. Hati kecil aku berkata banjir lagi nampaknya rumah aku. Nasib baik ada dua anak bujang di rumah, aku mencadangkan mereka berjaga-jaga, kalau air mulai penuh, barang-barang di bahagian bawah dibawa naik ke bahagian atas rumah. lihatlah gambar-gambar di bawah yang menceritakan keadaan rumahku yang hampir dimasuki air yang melimpah disekeling rumah. Kalau hujan lebat itu berterusan aku tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
keadaan di awal hujan
hujan bertambah lebat
kawasan laman/parkir telah dinaiki air
air telah memenuhi kawasan luar rumah
hujan terus lebat lagi
nasib baik ada pelantar yang menghalang air masuk ke dalam rumah, kalau idak penuh lah air memasuki tingkat bawah rumah az.
12 ulasan:
Assalamualaikum Hj AZ
Alhamdulillah
banjir tidak memberatkan bahu yg memikul..(mukin rosak bahasa juga...he he)
Wassalam
Salam Hj AZ,
Lama tak singgah, moga2 sejahtera.
Ini bukan banjir, cuma air bertakung sebab tak sempat nak ke longkang, kesungai, ke laut. Sabau jer lah...heheheh
assalamualaikum AZ...
kawasan tempat AZ memang selalu banjir ker ? Alhamdulillah AZ dah tak der anak kecil , jadi tak ler risau sangat keselamatan mereka...
semoga AZ dan akak serta anak2 sihat sejahtera.. ameeen
salam atok
heheheh
salam aki,
betul tu tapi kira banjir juga tu.
salam umi,
tak selalu, bila hujan lebat dan lama sahaja. banjir kilat namun menyusahkan kita juga kalau air masuk dalam rumah.
Assalamualaikum AZ : sib baek ade penghadang tu, kalau tak, satu hal plak nak bersihkan rumah...
yer la afeez, kalau idak satu hal pulak nak membersihakan rumah. Masa az mula2 masuk dulu dua kali air masuk rumah, sebab tu tambah satu lapis batu bata lagi.
SalamAZ,
Seingat saya, tahun inilah musim hujan paling lama dikawasan Subang Jaya. Dari December sampai awal Mei boleh dikatakan lebih hari hujan turun dari tidak (Ok tak bahasa ni?)
Namun sekarang,musim panas terik dah bermula. Cuaca di negara kita sekarang amat extreme. Bila hujan ia turun dgn lebat siap dengan kilat dan petir sekali.Bila panas, sampai terasa mcm berdengung dan dinding rumah masih panas pada pukul 9pm!!
SubahanAllah.
Salam AZ, amboi.... dah dekat sangat air nak masuk rumah tu
ysa
itulah dia memnag ekstream cuaca sekarang ni. tidur malam pun berlenggeng dek panasnya suhu
salam kamato
memnag betul tu. kalau hujan terus sikit lagi memang air masuk rumah lah.
Catat Ulasan