Isnin, 23 Mei 2011

Kelebihan Membaca Al-Quran

230511
Seperti biasa malam tadi (Ahad malam Senin) ada kuliah Maghrib di Surau Anak Bugis Bt 47 1/2  Ayer Baloi. Aku dapat mencatat sedikit apa yang aku dapati daripada kuliah kali ini. Andaikata ada kesilapan itu adalah pemahaman yang aku dapat. Dan sedia untuk pembetulan sekiranya ada.

Kali ini Ustaz Salehuddin membicarakan tentang kelebihan membaca Al-Quran. Membudayakan Al-Quran yang diamalkan di masjid-masjid atau surau bukannya slogan daripada kerajaan Negeri Johor atau sesiapa tetapi slogan daripada Rasulullah SAW.  Sesungguhnya amatlah besar ganjarannya diberikan oleh Allah kepada mereka yang belajar Al-Quran, membaca al-Quran,  Menghafaz ayat-ayat Quran dan berusaha mengamalkan apa yang dibaca daripada al-Quran itu.

Ustaz membacakan hadis yang dipetik daripada Saidina Osman r.a yang mana Rasulullah bersabda yang terbaik dikalangan umma Muhammad  ialah mereka yang belajar dan mengajarkan ayat-ayat al-Quran. namun ada juga pendapat yang mengatakan bahawa mereka yang mebaca atau mengajar ayat-ayat al-Quran itu mendapat ganjaran yang besar.


Mereka yang belajar membaca al-Quran dan memahami maknanya sekali maka Allah akan memberikan ganjaran yang berbeza-beza mengikut apa yang dikehendaki oleh pembacanya seperti:-

1. Sekadar membaca sahaja,
2. Membaca dan memahami maknanya,
3. Membaca, memahami maknanya dan menerapkan apa yang dibacanya
4. Membaca, memahami, mengamalkannya dan berazam untuk meningkatkan keimanannya
5. Membaca, memahami, mengamalkannya dan berazam untuk meningkatkan keimanannya  dan berjaya memperjuangkannya.
Ini membawa maksud adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengubah pada setiap hari tanggapan kita terhadap al-Quran dan akhirnya akan meningkatkan pahala seharian kita.

selepas kuliah, seperti biasa menjamu selera

Murtabak Special Pontian

8 ulasan:

boxhousestudio berkata...

assalamualaikum ayah zain

terima kasih berkongsi gambar dan berita...

mama ju berkata...

Aslkm AZ

Terimakasih keran tazkirah. Moga saya dapat amal. Amin.
Ada pegi Muzium Bugis ke?

Ayah Zain berkata...

salam BHS:

sama-sama

Ayah Zain berkata...

salam maju

isnya allah.

belum sempat lagi la mamaju

Imran Paris berkata...

Salam AZ....sy ni nak amalkan "sekadar membaca saja" pun kkdg susah....ntahlah. Nway AZ, thanks so much for sharing.

ysa berkata...

Salam AZ,
Tumpang sekali berkongsi sedikit yang baru dipelajari.
Kepentingan mempelajari Al Quran adalah Fardhu Ain sementara menghafaznya pula adalah Fardhu Kifayah.

Bacalah AlQuran kerana ianya sebaik2 petunjuk kepada kita (maksud ayat9 Al Isra').
Sesungguhnya orang yang mmbaca Al Quran tetap mendirikan Solat dan mendermakan sebahagian apa yang diperolehinya secara tersembunyi atau cara terbuka adalah orang yang tidak akn mengalami kerugian.(maksud ayat 29, Al Faathir).

Semoga kita istiqomah dalam beribadat.
wassalam

Ayah Zain berkata...

salam ip,

insya allah, mari sama2 kita usahakan

Ayah Zain berkata...

salam ysa

insyaallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...