Jumaat, 20 Mei 2011

Jom ikut az makan beryani

200511

Malam tadi selepas bacaan Yassin, jemaah dijamu dengan nasi beryani ayam dan dan daging lembu. Majlis di adakan sempena pemergian 12 orang jemaah surau yang akan berangkat menunaikan umrah pada minggu hadapan. Semoga hajat mereka dipermudahkan Allah. Amin. Sejak semenjak dua menjak ini jemaah di surau kami (heheh mengaku kami pulak az yer) agak ramai dengan jemaah yang datang solat berjemaah. Alhamdulilah. Semoga bilangan ini akan terus bertambah kerna solat berjemaah itu mendapat ganjaran 27 kali ganda berbanding solat bersendirian.





inilah beryani hidangan kami malam tadi
yang specialnya dihidang dalam dulang
berselera sungguh kami makan
liiciiiinnnnnnn

Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).
(QS:al-Baqarah:2:196)

6 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : entry AZ ni kasi bikin lapar je lah.....

Ayah Zain berkata...

hehehhe, lapar ke, jom az belanja

Unknown berkata...

assalamualaikum AZ...

lama tak ziarah sini , apa khabar AZ n akak?

lama tak merasa makan berjamaah dlm dulang gitu..

sonata anak kancil berkata...

salam...alhamdullilah syukur nikmat dan rezeki yang diberikan Allah swt. Malam tadi alhamdullilah saya pun ada buat sedikit majlis - isnyaAllah saya akan ke sana jua minggu depan...

Ayah Zain berkata...

Salam Umi

saya pun lama tak menziarahi umah kengkawan, tak sempat. Terima kasih sudi datang yer umi. Akak tak berapa sihat kena selsema

Ayah Zain berkata...

salam SAK

alhamdulillah. Doakan saya di sana nanti yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...