160511
orang-orang kuat yang menganjurkan 2nd Gala Re-union MRSM Muar
serius tuhhhhhh
Wow, hari ini sudah 29 kali aku merayakan sambutan hari guru. Ada yang dapat di sambut tepat pada 16 mei, ada yang tidak bergantung kepada kesesuaian di maktab pada tahun itu. Kengkadang menyambut hari guru di MRSM lain kerana kebetulan menghadairi aktiviti. Malah ada juga tidak berpeluang menyambutnya kerana tidak berada di sekolah pada 16 Mei. Saban tahun pada hari guru pelajar akan memberikan sesuatu kepada aku, tak kisahlah apa yang diberi kengkadang cuma sekeping poskad tanda ingatan. Alhamdulillah. Pada hari sambutan Hari Guru, pelbagai acara disediakan oleh pelajar untuk meraikan guru-gurunya. Nyanyian Lagu Guru Malaysia akan berkumandang di Dewan Besar. Kengkadang aku juga dipanggil naik ke pentas membuat persembahan. Biasanya paling mudah aku mempersembahkan sebuah lagu atau mendeklamasikan sajak.........
Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan PDKM, bekas anak-anak murid tercinta yang menghantar ucapan Selamat hari Guru. Tanpa kamu siapa lah saya. Juga kepada kengkawan PDKM, pengikut CHHM yang bergelar guru seperti Cikgu Mas, En Pijal, Kak Nab, Cikgu Sonata, Cikgu Pinat, Ayahanda, Pak Itam, ermmm siapa lagi yer (maaflah az tak berapa hingat ni)
Guru Penjana Transformasi Negara
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG 1979
5 ulasan:
assalamualaikum AZ : Selamat Hari Guru
Assalamualaikum AZ,
Kakak pun nak ucap Selamat Hari Guru buat Az.... Moga tabah menjalani tugasan yg penuh mencabar...
Guru dihormati kerana jasa mereka. Sayang dalam keadaan sekarang sudah bertambah pula bilangan guru yang lebih mementingkan kelas tuition mereka dirumah atau di tuition centre daripada kelas kelas mereka disekolah. Dan Pengetua pula lebih pentingkan kenaikkan pangkat.
assalammualaikum
en mat tergaru-garu
selamat hari guru
Dah jadi Menteri kasi naik la elaun & mudahan guru setanding dgn penjawat lain yg satu gred..bukan setakat mgenang 1 hari tp mghargai & menghidupkan profession pguruan
Catat Ulasan