Sabtu, 14 Mei 2011

30 tahun mrsm muar

140511

Diam tak diam, sudah 30 tahun MRSM Muar beroperasi. Aku mula bertugas di maktab ini pada tahun 1982 kira-kira 5 bulan selepas ianya dibuka kepada pelajar. Hari ini kira-kira 250 orang bekas pelajar dan 30 orang bekas gurunya telah datang berkampung semula di maktab yang telah melahirkan angkasawan pertama Malaysia di Majlis yang dikenali sebagai Sepanjang Jalan Kenangan -2 Gala Reunion MRSM Muar. sambutan gilang gemilang ini diserikan dengan kehadiran dua orang bekas pengetua, Naib Yang Dipertua MUAFAKAT (PIBG), S/U Agung ANSARA Pusat, bekas-bekas guru yang pernah menabur khidmat bakti disamping guru-guru yang masih berkhidmat di maktab ini. Program telah dimulakan pada petang Jumaat (13 Mei) dengan bacaan  Yasin di surau maktab, Seminar Kerjaya kepada pelajar Tingkatan 5 di sebelah pagi tadi (Sabtu 14 Mei). Kesanggupan bekas guru yang sanggup datang daripada negeri Pantai Timur dan Utara Semenanjung perlu dihargai. walaupun jauh mereka tiada masalah untuk menghadirikan diri untuk berjumpa dengan bekas-bekas anak didik mereka itu. Terima kasih Ustaz Hidir MRSM K. Krai), Ustaz Kamal, Ustaz Muhaidin (MRSM Kuala Berang), Pn. Rohaida (MRSM Kuala Terengganu), Pn. Nor Asma (MRSM Taiping) yang sanggup datang menyerikan majlis. Namun Angkasawan pertama negara tidak dapat menghadirkan diri kerana beliau ada agenda yang lebih penting, namun kehadiran Presiden Shell Malaysia cukup menyerikan majlis gilang gemilang ini. Terima kasih kepada penganjur yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini.. Sesungguhnya 2nd Gala MRSM Muar telah  memberikan impak yang besar dalam merapatkan ukhwah silatul rahim di antara bekas pelajar sesama mereka, dengan pelajar MRSM Muar dan antara bekas pelajar dengan bekas gurunya.

Barisan Presiden Badan Wakil Pelajar (BWP)

Sesi Ceramah Kerjaya di Pusat Sumber Pembelajaran

Suntikan Semangat drpd Pakar O&G

Perkongsian daripada Pengerusi SHELL Malaysia



itu dia orang kuat yang menjayakan sambutan ini
(membelakangkan kamera)
Terima kasih Pn. Hjh Hasfariza Abu Hassan)
Sebahagian guru dan bekas pelajar





Ucapan Pengetua
antara lain mengimbau nostalgia 30 tahun MRSM Muar dengan begitu terperinci sekali.



wow, Kek Sambutan Hari Guru

acara yang ditunggu-tunggu "makan time"



Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
(QS:al-Kahfi:18:110)


11 ulasan:

Ahmad Luthfi berkata...

terima kasih juga buat cikgu kerana sudi datang memeriahkan majlis ini

tinta berkata...

Petak selasih di denai hulu,
Rumput laman damai merendang,
Teratak kasih melambai rindu,
Menjemput teman datang bertandang.

Menyisir tenunan redah berbaris,
Sanggar berarak menumpuh juru,
Musafir teman telah tertulis,
Singgah di teratak simpuh berguru.

Menitip kembara bermukim jerih,
Indah kejora di ufuk pandangan,
Senyum sahabat pengganti kasih,
Cinta keluarga yang jauh di laman.

Indah terhablur kasihmu guru,
Memaut teman belajar bertatih,
Takkan lebur jasa-jasamu,
Hanya kenanga jadi penyisih.

Salam, Malina Osman 117/82

tinta berkata...

Silap baris terakhir, rangkap terakhir;
Hanya kenangan jadi penyisih.

sonata anak kancil berkata...

TAHNIAH...SELAMAT HARI GURU 2011 - YOU'RE GREAT !

Al-Manar berkata...

Saya tidak pernah melalui kerjaya sebagai seorang guru. Begitupun saya berjuiwa guru, suka melihat ilmu yang di menpaatkan kepada anak bangsa.

MRSM telah melahirkan banyak sekali cerdik pandai Bumiputra dan saya memandang inggi sumbangan guru. Semoga diberkati Tuhan amal yang mulia guru guru.

Ayah Zain berkata...

salm ahmad lufti:

terima kasih kerana sudi menziarahi cikgu di sini.

Ayah Zain berkata...

salam malina,

wow, puitisnya puisi kamu ini. terima kasih banyak

Ayah Zain berkata...

terima kasih sonata, selamat hari guru juga kepada kepada cikgu sonata

Ayah Zain berkata...

terima kasih kepada tuan al-Manar. Saya amat menghargainya

kakzie berkata...

walaupun saya tak der kena mengena langsung ngan mrsm muar ni tapi dekat benor ni ngan kampung saya hehehe

rudy bluehikari berkata...

Selamat Hari Guru Cikgu Zain. Kelmarin dapat salam dan jumpa sekejap jer. Maaf banyak2 sbb kena bergegas balik ke Jakarta semula. Semoga cikgu sihat2 selalu.

Ludi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...