Rabu, 25 Mei 2011

Selamat Berangkat

250511
Semasa Majlis Doa Selamat meraikan jemaah umrah yang berangkat menunaikan umrah pada minggu lepas, aku tak sempat mengucapkan selamat jalan kepada Hj Bidong yang akan berangkat menunaikan umrah pada minggu ini. Setiap kali berjumpa dengannya d surau aku tidak berkesempatan untuk mengucapkannya sehinggalah aku meninggalkan Ayer Baloi Isnin  lepas aku masih tidak berkesempatan untuk bertemu  secara khusus dengannya. Kemudian aku terlupa.Begitulah aku dalam kesibukan tugas aku itu.

Entah mengapa selepas tamat sesi petang tadi aku tergerak untuk ronda-ronda ke KLIA bersama kawan-kawan sekursus. Kami menaiki shuttle yang disediakan khusus untuk tetamu Concorde Inn, KLIA. Perjalanan yang tidak sampai 5 minit itu amat tidak dirasai kerana jarak yang hanya seperlaungan sahaja,kami telah berada di KLIA. Tidak ada apa yang menarik di sini kecuali aku berhajat untuk mencari sesuatu yang dijual di sin yang tiada di pasaran.

Sedang asyik aku memerhatikan barangan yang aku cari di salah sebuah kiosk di KILA tiba-tiba seseorang menepok bahuku. Persis terkejut dan aku hampir terjerit kerana amat tidak aku sangka, rupanya hari ini adalah tarikh keberangkatan Hj Bidong ke Tanah suci untuk menunaikan umrah. Rupanya Allah telah mengabulkan juga hajatku untuk bertemu dengan Hj Bidong. Hj Bidong adalah jemaah regular surau anak bugis pt keroma. Hj Bidong adalah orang kuat surau di mana aku sering berjemaah di situ. Kami memelok erat antara satu sama lain kerana masing-masing terkejut dan tidak menyangka bertemu.  Semoga Allah mempermudahkan urusan kerjaumrah Hj Bidong sekeluarga berserta rombongannya berjumlah 12 orang  itu.


9 ulasan:

mama ju berkata...

Salam AZ

Allah mempertemukan keinginan kita.Wah seronok jugak naik suttle ramai2kan?

sonata anak kancil berkata...

salam...selamat berangkat semua jemaah Malaysia...semoga beroleh umrah mabrur.Kebanyakan ramai @ cikgu ambil peluang waktu cuti sekolah ni untuk menunaikan umarah.

Maaf zahir dan batin

Ayah Zain berkata...

salam mamaju,
betul la. hari tu kelam kabut ngan tugas lupa nak jumpa pakcik tu. tiba2 kat klia, boleh jumpadengan dia. subhanallah

Ayah Zain berkata...

salam sonata

khabarnya sonata akan berangkat juga kan? selamat menunaikan umrah

zue berkata...

tuhan mengetahui isi hati kita kann.
semoga Hj Bidong selamat pergi dan pulang.

Ayah Zain berkata...

betul lah zue. dalam hati memnag ingat kat dia nak g umarah tapi tak sempat nak jumpa. Alhamdulillah. Syukur Aklah telah mempertemukan kmai

مسافر اسلام berkata...

Assalammualaikom wtb az. Khifahula...lama tak singgah kesini. MI berdiam sepi.

Seronok tetap seronok, tak disangka memang tak disangka. Semunya Allah sudah tentukan.

Semoga Hj Bidong tenang hatinya disana dan balik dengan selamat. InsyaAllah

JazakaAllah

Ayah Zain berkata...

Salam MI

terima kasih datang menjengok

Kak Sidah berkata...

Assalamualaikum AZ,

Semoga mereka dianugerahkan dgn umrah mabrur..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...