Rabu, 26 Oktober 2011

NDAB

261011

Entah mengapa terlalu sukar untuk memulakan ayat pertama. Cuba itu tak kena, cuba ini tak kena. Akhirnya Ceriakan hari-harimu berlalu begitu sahaja. Kebetulan hari ini hari cuti, bolelah aku mengarang berkongsi siaran dengan peminat CHHM yang setia, yang saban hari menjengah rumahku ini. Terima kasih atas sumbangan. Tanpa kalian, CHHM tidak akan bersiaran. Setiap hari ada sahaja yang datang melawat walaupun tak severapa ramai seperti blog-blog yang lain. CHHM masih dapat bertahan. Alhamdulillah.

 Hari ini az ingin berkongsi cerita pasal  Nasi Dagang Ayer Baloi (NDAB) yang menjadi bualan rakan-rakan staf di pejabat. Ada yang hari-hari bertanya, "bila az nak belanja kami NDAP? Sedap lah az, kalau lambat pergi, habis".  Dah macam nasi lemak di Seremban yang tag bisnesnya 'lotak-lotak abis'. Jadi aku sediakan sedikat peruntukan NDAB ini kepada seseorang untuk uruskan NDAB di pejabat sama ada hari Khamis atau Jumaat nanti. Esok atau lusa kot rakan-rakan staf akan merasai NDAB. Terpulanglah kepadanya untuk menguruskan NDAB itu.

Entah mengapa, bangun pagi tadi aku teringat NDAP. Jadi pukul 7.00 pagi tadi aku pun ke lokasi jualan NDAB. Hari ini hari cuti Devali. Jadi aku ada masa berfoya-foya di pagi hari. Kalau hari bekerja susah sikit nak berfoya-foya ni. Sesampai aku di lokasi NDAB, aku dapati memnag agak ramai yang sedang menikmati NDAB. Jadi aku mengambil giliran untuk memesan NDAP. Warong ini bukan sahaj menjual NDAB tetapi pelbagi menu sarapan yang lain seperti nasi lemak, lontong dan sebaginya.

Aku memasan 4 bungkus NDAP untuk aku, mrszain dan anak serta menantu aku yang ada di rumah. Wow,, not bad. Memang sedap masakan Kak Ijah ini. aku tak tahu sama ada ia orang Terengganu atau Jawa atau Bugis. Aku tak sempat nak bertanya itu semua, cuma aku dapat nombor telefonnya sahaja. Manalah tahu kalu ada kengkawan CHHM yang mampir di teratakku akan ku hidangkan NDAB buat kalian, tetapi hanya di pagi hari sahaja kerana NDAB terhad sehingga stok masih ada sahaja.

Sebungkus NDAP yang berharga RM2.50 ini, aku rasa macam tak puas kerana kesedapannya, kalu makan di lokasi, gerenti aku meminta nasi tambahan. emang lazat sehingga menjilat jari.


18 ulasan:

kakboh berkata...

kat mana tu minta lokasi dan email saya shukridaud@gmail.com

atuk berkata...

Assalamualaikum THAZ

alaaaaa
saya lewat sampai..
sekarang ni tentu dah habis...he he

Wassalam

Ayah Zain berkata...

slamat datang kakboh.

tempatnya warong depan SMK Ayer Baloi, sebelah markah pas ayer baloi

Ayah Zain berkata...

salam atok,

lar ni memnag dah abis tu

sonata anak kancil berkata...

nasi dagang pergghhh saya suka!
kalau NDAB cepat habis - baik order kat Mersing lah - nasi dagang mak noi...(mak sedara hubby)

mama ju berkata...

Aslkm AZ

Wah nanti bolehlah belanja saya..
kat mana tu, saya memanglah minat kat nasi dagang(semua makanan saya minat..)
Saya rasa ni Bugis + Kelantan yg buat ni...

Ayah Zain berkata...

salam sonata

yup, nasi dangan ni cepat habis. kat mersing tu lagi sedap sebab mak saudara sonata yg buat

Ayah Zain berkata...

no problem mamaju,

datang jer. tp kena bagi tahu awal, kalau lambat dapat tengok kedai jer.

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : kalau sy balik kg nnt nak pow AZ NDAB plak... bole?

Unknown berkata...

SALAM,
TAK BIASA MAKAN NI. KENA CUBA NAMPAKNYA

shami2 berkata...

Salam az

kalau AZ cakap sedap...mesti sedap nih....kan

Ayah Zain berkata...

Salam afeez,

tak payah pow afeez, kau nak nak berapa banyak pun 'ada aku kisah'. Datang jer

Ayah Zain berkata...

salam datok,

sedap, bagi orang sini tak yah g terengganu nak makang nasi dagan.

Ayah Zain berkata...

hahhah cik shami,

ada gitu pulok. betul kan, kalau saya kata sedap, mesti sedap punya. Macam kambing panggang pak ngah tu, orang lain x boleh lawan maaaa

safiudin.com berkata...

eeemm Tn Hj AZ tak oder untuk saya sekali ke..

3 bungkus aje tau..

Ayah Zain berkata...

lor, ada lah utk hj din, saya order lebih, tp awat hj din x sampai-sampai.

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Lama akak tak join forum ..baca jer..sibuk sikit lepas raya ni..az murahnya nasi dagang sedap tu kat kl satu RM8..nanti kalau az dtg KL tapau utk akak yer...

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Sidah.

Alhamdulillah, insya allah. Kat Ayer baloi ni RM2.50 sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...