290612
Hari ini Jumaat, Penghulu segala hari. Jumaat adalah cuti mingguan kepada Negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan. Kita berada di hari Jumaat terakhir Bulan Jun 2012, bermakna sudah setengah tahun berlalu. Adakah kita sudah mencapai matlamat atau memenuhi azam yang ditekadkan pada awal tahun 2012? Kalau belum masih ada setengah tahun lagi untuk memenuhinya. Begitu pantas masa berlalu kerana masa tidak menunggu sesiapa. Masa tetap berlalu meninggalkan sesiapa sahaja.
Hari ini ayahzain ingin berkongsi suatu perkara yang kadang-kadang lazim kelihatan ketika berada di surau atau masjid dan paling menyedihkan ketika individu ini mengerjakan solat. Sama ada solat sunat atau solat fardu. Perkara ini hanya berlaku terutamanya kepada remaja lelaki yang suka berseluar londeh dan berbaju-T singkat. Juga dilakukan oleh mereka yang telah berada lewat 20-an malah 30-an. Pernah aku menegur seorang remaja lelaki sesudah remaja ini mengerjakan solat.
Insidennya begini. Mereka yang suka berseluar londeh (istilah aku) dan berkemeja-T singkat.Memang menjadi trend sekarang ini. Apabila mereka mengerjakan solat maka aurat akan terdedah ketika sujud, seperti apa yang ilustrasikan di bawah:
Kemeja-T akan terangkat sedikit ke atas sementara seluar londeh akan mempamerkan sebahagian punggung/pinggul dan mendedahkan aurat. Malah alur punggung juga kelihatan. Aurat lelaki antara pusat hingga ke lutut. Implikasinya solat akan terbatal kerana aurat wajib ditutup terutamanya ketika bersolat. Gagal mematuhinya, solat akan terbatal.
Allahuaklam. Allah maha kaya.