Isnin, 11 Jun 2012

Bandung Tour (Hari pertama / 3)

11062012
Selepas siap makan tengah hari kami meneruksn perjalanan ke Toko Tiga, sebuah lagi outlet membeli belah ternama di Bandung. Untuk membantu kenderaan keluar daripada kawasan parking di sisi  jalan yang sesak , khidmat parking attandence amat diperlukan.

Parkir Attandance yang begitu dedikasi dengan kerjanya, mesra dan peramah membantu kereta keluar masuk ke kawasan parking di tepian jalan. Setiap kali keluar, mereka akan dihadiahkan dengan Rp2,000.00. Lumayan bukan?

Toko Tiga






Selepas itu menerukan perjalanan ke Pasar Baru , sebuah lagi pusat membeli belah yang bertingkat. Jalan Semakin sesak dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Anehnya kemalangan tidak dijumpai pulak walaupun sistem pemanduan mereka yang agak brutel berbanding di Kuala Lumpur. Pemandu akan menjulurkan muncung kenderaan  memasuki ruang kosong walaupun hanya beberapa sentimeter, meraka dapat meloloskan diri. huhuhu




Ssampai di Pasar Baru, di sambut dengan deretan gerai kerepek yang teramat meriah dirasai.


Cantik cantik telekong di sini
Pilih ajah mana yang berkenan
Hahahhaha, mesti dan wajib menggunakan gigi satu. Signboard yang tetap kelihatan di setiap tingkat ketika memasuki ruang parking bertingkat di Pasar Baru. Paling lucu ketika hendak ke tingkat satu dimana hanya satu kereta sahaja dibenarkan masuk dan apabila selamat ke tingkat dua, kereta berikutnya dilepaskan. Ketika itu, kami terus ke parking kereta tingkat 7 kerana semua ruang penuh. Aduh, gawat pak. Kepala bisa pusing

6 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : gigi satu tu aper? gunakan gear satu ker?

rosli berkata...

Hj AZ,

Nostalgia ke sana lagi....Insyallah Nov ke sana lagi....jom

mama ju berkata...

Salam AZ

Gigi satu dan sumber rasa...lain tpt lainlah maknanyakan.
Kena duit banyak nampaknya nak ke sini. Suami kata kedai bukunya melaut buku2nta. Murah2.
Machet di mana2?

Ayah Zain berkata...

salam afeez

betul lah tu. kelakau kan? ada banyak lagi perkataan Indon yang bunyi kelakau dengan tempat kita

Ayah Zain berkata...

salam Rosli

Nak pergi lagi? wow apa yang ada kat sana tu? huhuhu

Ayah Zain berkata...

salam mamaju

tak banyak mana pun. kalau naik air asia, duduk hotel bajet, tak brp mahal. hehhehe makan pulak beli kat yang bawa pengandar tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...