250612
Peristiwa ini berlaku minggu lalu ketika program membudayakan Al-Quran di Surau Anak Bugis Pt. Keroma. Entah mengapa malam itu hati ini keberatan untuk membaca terjemahan ketika program berlangsung. Oleh kerana malam itu pembaca regular ada urusan lain, maka az ditolak untuk membaca terjemahan ayat-ayat al-Quran. Dah orang meminta, kita pun sanggup le. Tak ada maszalah sekadar untuk membaca terjemahan al-Quran tersebut.
Ketika memasuki ayat ? terlupa pulak ayat no berapa dalam Surah al-Baqarah ini, az tergamam dengan satu ayat yang tidak biasa dijumpai. Cuba lihat yang ditanda berwarna kuning di bawah? Anda bisa membacanya. Kalau bisa, anda pasti mahir membaca jawi. Tetapi apa yang az baca? kwang kwang kwang. Namun para jemaah steady jer. Pak Imam cuba membantu tetapi az tak berapa nak dengau, akibatnya az membunyikan perkataan ini sebagai hindar jin. (Dalam hati, apa kena mengena dengan menghindarkan Jin? Sampai dua kali pulak menghindar jin dalam bab kuasa, atom. huhuhuh. (dalam hati masih berfikir di mana logikanya).
Perlu klik atas gambar untuk paparan yang lebih jelas
Akhirnya apabila sampai ke ayat ditanda berwarna hijau, mudah aje az membaca 'oksigen'. (Subha Allah, Allah maha kaya). Apabila membaca oksigen terus az teringat hindar jin tadi adalah hidrogen. Masya Allah. Terasa bangang betul. Muka boro. Muka sadin dan minta maaf.
Seusai majlis, az berjumpa dengan pengerusi surau mohon maaf dan akhirnya kami sama-sama ketawa terbahak (whopsss ini surau), paling best ada yang berkata oklah tu cikgu, kalau kami baca entah apalah bunyinya........
8 ulasan:
Selamat mlm AZ
Hidgrojen dan oksijen. Kenapa ? ejaan lama?...saya tak faham sgt baca nukiln tu..
salam mamaju
memelah .
yang az nak sampaikan ialah bacaan hidrogen,ditulis dalam ejaan jawi. Jawi lama ke ini mama? akibatnya az baca hidrogen itu hindar jin. what the hack?
Salam az
kekadang baca tulisan jawi dari teks khutbah milik pak ngah..tersasul gak sebutannya hehehe
Assalamualaikum THAZ
kalau saya baca...bunyi jawa pulak..he he
as salam shami
Imam rupanya pak ngah iteww. Alhamdulillah.
salam atuk,
kalu bunyi jawo, macam mana bunyinya itewww
salam tuan,
hindarjin kalau dibaca laju mesti kedengaran hidrogen juga hahaha
Assalammualaikum
Sekadar nk tulis hahaha
Catat Ulasan