Ahad, 10 Jun 2012

Bandung Tour (Hari Pertama / 2)

10062012

Setelah 2 jam di Bali Heaven kami di bawa ke sebuah tempat membeli belah bernama Rumah Tas. Lucunya kami mendengar Rumah Atas . Dan apabila sampai ke destinasi baru kami tahu Rumah Tas melalui signboard kedai tersebut. Di sini kami hanya membeli tingkap (window shoping)aja kerana tiada yang menarik perhatian. Di sepanjang perjalanan yang aga sesak, kami diperlihatkan dengan suasana yang rasanya tiada lagi kedapatan di Malaysia. Antaranya ialah fenomena Penjaja yang menjaja makanan menggunakan tulang empat kerat menjual pelagai makanan menggunakan sebatang kayu mengandar dua bakul di depan dan belakang pengandarnya. Di mana-mana kedapatan penjajaan seperti ini mengingatkan kepada filem lama zaman hitam purih yang menjual gado-gado.

Rezeki tidak menentu seperti kais pagi makan pagi. 
Namun gigih demi mendapatkan rezek yang halal
Akhirnya kami tiba di sebuah restoran iaitu  restoran Simpang Raya untuk kami menjamu selera. Kami di sajikan dengan Nasi Padang.
Kedai makan yang bersih menaikan selera kami yang sedang kelaparan. Rupanya sudah pukul 12,30 tengah hari waktu malaysia sedangkan di Bandung baru pukul 11.30 tengah hari



Menu kami iaitu nasi putih, petai goreng, ayam masak padang, gulai telor rebus, daging goreng dan sebagainya

satu lagi pemandangan yang biasa di Bandung. Penjaja bergerak
Pembinaan sedang dilaksanakan.  Buluh masih digunakan sebagai penyokong
Sesudah makan kami bergerak lagi utk ke destinasi membeli belah seterusnya iaitu ke Toko Tiga.

6 ulasan:

nadz berkata...

kalau dilihat macam masih terkebelakang kehidupan meeka, tapi orang malaysia berbondong-bondong juga melancong ke sana..mungkin itu identiti yang ingin di perkenalkan org sana..cara tradisi kelangsungan hidup.

mama ju berkata...

Salam AZ

Apa istimewanya Bandung, ramai org Msia ke sana dan sapa2 pun teringin ke sana...shoppingnya murah?
Saya teringin ke DAUN, Orang kata tempat makannya best,boleh tgk strawberi.
Tak pernah pulak tgk laporan atau org bercerita ttg penjaja yg 'mengadar' utk mencari rezeki. Terharu...mcmana kalau saya di tpt dia?

Ayah Zain berkata...

Salam Madz.

Tidak dapat dinafikan namun jurang ekonomi amat ketara antara yang miskin dan yang kaya.

Ayah Zain berkata...

salam mamaju

Entah lah. Tapi kami ke sana juga. hehehheh

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : berbeza benar nampaknya dengan malaysia kite. syukur kite dengan aper yg ade skrg... kan

Ayah Zain berkata...

betul afeez,

bila dipikirkan dengan gaji orang kebanyakan, dibandingkan dengan harga yang mahal, entahlah. Menitis air mata. Memang patut kita bersyukur duduk di Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...