130612
Hari Ketiga menjelma. Besok akan berangkat ke Malaysia. Begitu Cepat masa berlalu. Hari ini grand tour kami ialah ke BTS. BTS hanya di buka pada pukul 10.00 pagi WIB. Oleh itu sementara menunggu waktu itu kami membeli tingkap seperti biasa di dua outlet membeli belah iaitu rumah Anakkecil dan Rumah Batik. Sesungguhnya Kota Bandung adalah sebuah gedung membeli belah nomor satu mengikut tour guide kami, si wawan. Seorang peria berumur awal 30an tetapi sudah menikah sebanyak 3 kali dengan setiap perkahwinan dianugerahkan seorang anak drpd 3 orang isteri. Alhamdulillah
KFC : ada di mana-mana di sekitar Bandung
Gedung Anakkecil. Di sini sempat memborong untuk cucu
Rumah Batik Bandung
Ruang pameran
Puluhan baju batik untuk dimiliki oleh para tamu
Cekap peraga ini membelitkan kain batik di badannya. - Buatan tangan. Harganya lumayan
Kasyer yang setia menunggu
Ruang pertunjukkan batik - cuba sekejap catwalk
Beli cik jngan tak beli.
Biar menyesal membeli daripada menyesal tidak membeli
Hampir satu jam juga kami di sini. Seterusnya destinasi kami ialah BTS.
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya
Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat
kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang
sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah
(dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan
bersyukur).
Al-A'raf (QS:7:26
4 ulasan:
Salam sejahtera Haji AZ
Tentu juta2 belanjakan?
Suami ada belikan batek adalah dlm 1 juta utk 4 ela kain. Alahai bila buat baju rupanya kain tu bidang kecik..sayangnya...
yer memang berjuta regenya. tp az x beli pun sbb huhuhu
assalamualaikum AZ : kalau pegi bandung mau bawak 5 juta gitu... baru best bershopping.. takkan nak shopping tingkap memanjang
heheh afeez. syok oooooooo. walaupun tingkap, tapi bagasi lebih muatan juga. kena tambah extra air asia. huhuhu
Catat Ulasan