Khamis, 14 Jun 2012

Bandung Tour - Hari ketiga -Lunch Time


140612

 Diam tidak diam, waktu sudah jam 2 petang WIB.  Perut mulai berkeroncong dan perlu di isi. Di luar pak supir sudah lama menunggu  janjinya pukul 1ptg. Ini sudah terlebih waktu. Masih banyak lagi bahagian TSB yang belum diterokai. Apakan daya. Kena turuti juga dan akhirnya kami terpaksa keluar daripada TSB dengan hati yang puas kerana dapat menikamti alam yang dikira fantasi.
 Sementara menunggu kawan-kawan, tertarik dengan bangunan yang hampir roboh ini. zzzappp!!!

 Sampai jumpa lagi. huhuhu

 Pak supir begitu sabar menunggu kami, dan seterusnya membawa kami ke Jalan dago untuk menikmati makan tengah hari.

 enak ya makan ber empat
 Memilih lokasi yang agak aman untuk istirahat menikmati hidangan siang
 Cantik, teguh. Duduk aja mana suka

 Pak, lihat menu nya dulu yak
 Menu - kat KL adoooooooooo?
 kita buka satu daunnya
 Semua daun sudah dibuka - lihat menu - pilih mana yang suka
 Ikan terbang lagikkkkk. Tapi agak kureng berbading yang kelmarin
Bebek Goren


 Selesai makan kami singgah di Masjid Istiqamah untuk solat Zohor dan asar.
Merupakan sebuah kompleks yang di panggil Plaza Istiqamah.
Ada sekolah di sini dan pelbagai kemudahan lain
Lantai daripada kayu solid. Tanpa kipas angin namun tidak panas malah nyaman sekali

Bank CIMB ada di mana-mana, cari juga Maybank, sampai ke akhir tidak ketemu.
Kalau nak berurusniaga perlu inform CIMB tempatan sebelum berangkat

Selepas solat, meneruskan perjalanan ke outlet barangan kulit di Pinggir Kota Bandung, kira-kira satu jam perjalanan. Aduh udah lupa lokasinya pak.

Apabila nampak replika kasut, maka sudah hampirlah dengan outlet yang menawarkan pelbagai barangan kulit. Ketika itu, hujan jadi gambarnya tidak berapa menjadi. Tidak lama di sini cuma kurang lebih satu jam kerana hari mulai gelap. Maghrib masuk pukul 5.45 petang. Kami harus bergerak balik ke Bandung.




....... “Jika Allah mengetahui ada kebaikan (iman) dalam hati kamu, nescaya Ia akan memberi kepada kamu (balasan) yang lebih baik daripada (harta benda penebus diri) yang telah diambil dari kamu, dan Ia akan mengampunkan dosa kamu; kerana Allah Maha Pengampun, lagi maha Mengasihani.
QS: Al-Anfal:8:70


2 ulasan:

mama ju berkata...

Salam sejahtera di pagi Jumaat

Nampak tempat makan tu macam mahal. Hebat jugak kat sana ya?

Lain termpat gayanya , ya tak?Tapi daun pintu tu kreatif sungguh!

Ayah Zain berkata...

AS SALAM MAMAJU

daun pintu menu yer. memnag kreatif

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...