e
130612
Setelah beberapa jam di Tangkuban Perahu, setelah melihat pelbagai keindahan dan keunikan ciptaan Allah yang maha kuasa, juga telah mengalami pelbagai karenah penjaja dengan pelbagai taktik memujuk membeli jajaan mereka, kami pun berangkat turun untuk menikmati makan tengah hari. Yang puas hati di sini ialah buah straberri. Namun kerana hari telah meninggi hari, dengan kedinginan yang hampir terasa ke tulang hitam, Perut juga mulai berkeroncongan bisa untuk di isi lagi.
Kali ini kami singgah di Restauran Sunda dipertengahan perjalanan ke Bandung. Apabila di sebut Sunda tentunya binaan restoran ini dipenuhi dengan bahan daripada buluh. Menu kali ini ialah IKAN TERBANG. Nak tahu macam mana rupanya ikan terbang?
Suasana yang aman dan damai di kala memasuki ruang makan ini
Sabar menunggu hidangan
Kita bergambar dulu pak
ikan terbang yang digoreng ranggup. Tulang ikan boleh dikunyah begitu sahaja ibarat keropok.
Kerusi daripada buluh
Seterusnya kami meneruskan perjalanan balik ke Bandung untuk shopping kesekian kalinya
Melintasi Universiti Pendidikan Bandung. Rami temen temen az yang belajar di sini
Kesesakan di mana mana apabila sampai ke pinggir Bandung
Macet
Penjaja mencari rezeki di mana mana
Hotel mewah
Macet: Di persimpangan Trafiik lite: satu lagi fenomena yang tiada di Negaraku Tercinta
Ini dia pemain muzik. Kalau buka tingkap mesti di bayar. Ikhlas Rp2,000 pun bisa
waduh - lagu siti nurhaliza- Cindai
macam amer raja lawak la pulok ? huhuhu
Kilang Roti Holand
Lagi pencari rejeki
Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya: benda-benda untuk berteduh, dan Ia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya.
An-Nahl (QS:16:81
4 ulasan:
assalamualaikum AZ : ikan terbang tu ikan talapia ker? mcm sedap jer
salam affez,
katanya ikan guremee. agaknya dari jenis talapia, tapi memnag sedap.
Hj AZ,
Saya suka ikan gurami tu... sedap...
Salam hj Li,
Memamng sedap betul bila digoreng ranggup begitu. Tak tinggal tulang langsung. hehehheheh
Catat Ulasan