260411:
Malam ini amat sukar membaca ayat-ayat dalam surah al-Kahfi. Tidak tahu mengapa. Sampai terkial-kial hendak membacanya. Bukan aaz sahaja, ada beberapa orang kagi jemaah yang sukar untuk membacanya. Malam ini berkisar tentantg riwayat perjumpaan antar Nabi Musa dengan Nabi Khidir. AZ titipka sedikit terjemahannya yang harus kita jadikan iktibar. Iaitu segalam soalan yang ditanya atau atau yang Nabi tidak berpuas hati telah di dijawab oleh Nabi Khidir.[79]Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat. [80]Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur. [81]Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya. [82]Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya (QS:al-Kahfi:18:79-82)
3 ulasan:
Aslkm AZ
Hehe saya tak fahamlah terjemahan tu...
mamaju nak test az yer. hehhe
Catat Ulasan