Isnin, 11 Jun 2012

Bandung Tour (Hari Pertama / 4)

11062012

Sehari suntok berada di Bumi Bandung di Hari pertama tanpa mandi, akhirnya kami sampai di Hotel Andelir, tempat penginapan pilihan agen kami  En Ramli drpd Medan Tour. Dalam iternal dia mengatakan hotel Andlir ini hotel baru dan lumanyan. Memamg betul, hotel ini masih baru namun untuk ke sana kami melalui jalan seperti ke Padang Balang, Gombak. Hehheheh

Syukurlah. Hotel penginapan memang selesa. Baru dan bagus. 3 bintang kot namun ada kolam renang yang comel. Disinilah kami akan bertamu selama 3 malam dan bersarapan pagi. Sayang, tidak banyak gambar yang di ambil di hotel ini. Namun, memang hotel ini terbaik. Kemas, ceria, selesa dan sebagainya. Lupa nak tanya berapa harganya semalam.

 Pekerja hotel menyusun bagasi kami untuk di bawa ke bilik penginapan
Kolam renang yang comel bersebelahan dengan tempat makan. Di sinilah setiap pagi az dan mz bersarapan pagi selama 3 hari


Seterusnya selepas merehatkan badan selama beberapa jam, sampailah masa untuk makan malam. Pemandu kami datang menjemput kami pada pukul 7 malam atau 6 petang Malaysia. Namun keadaan sudah begitu malam kerana Magrib masuk pukul 5.45 petang dan jam 7 sudah masuk masuk Isya. Kami telah melakukan solat jamak dan qasar dan tidak ada masalh untuk keluar makan pada waktu itu.

Lagi pencari rezeki di kaki lima kedai. Menu: gado-gado
Akhirnya kami sampai di Restauran Sunda.





Dodol?
az tak mo, manissssss bangant
itu dia ikan subang
Sambal belacan ini memang pure. Lazatttttt

setiap tetamu disediakan tempat basuhan tangan

Lihat betapa uniknya restauran ini




Memang mengasyikan Restoran Sunda ini. Mengekalkan ciri-ciri tradsional Sunda. Memang menyelerakan. Sambil makan kami menghayati suasana Rumah Sunda ini. Perhatikan, buluh menjadi bahan dalam pembinaan rumah makan Sunda ini. Gendang Gendut tali kecapi. Kenyang perut suka hato. Seusai makan kami terus balik ke hotel untuk istirahat yang pang kerana kecapekan sepanjang hari berada di jalan dan kenderaan. Jumpa lagi esok siang.

2 ulasan:

rosli berkata...

Hj AZ,

Bestlah tgk your trip, saya pun last ke sana tahun 2011, terinign nak ke Bandung lagi, saya rasa nyaman di sana

Ayah Zain berkata...

trip ni tanpa pakej. cari ground kat internet. ok juga. dapat jimat dalam sejuta rp. hrhehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...