Sabtu, 16 Jun 2012

Bandung Tour : Saat saat meninggalkan

160612

Saat saat untuk meninggalkan Kota ketiga terbesar di Indonesia atau yang terbesar di Jawa Barat sekali gus menjadi ibukota provinsi ini akan kami tinggalkan hanya beberapa jam sahaja lagi. Kota Bandung yang begitu padat dengan penduduk melebihi 2,390,120 orang yang didominasi oleh etnik Sunda ini  amat terkenal dengan aktiviti membeli belah ini akan kami tinggalkan juga setelah beberapa hari beberapa di sini. Tentukannya kami sukar untuk melupakan pengalaman berada di sini walaupun seketika tambahan pula di iringi oleh seorang pemandu pelancung yang setia memenuhi kehendak kami dan sabar melayan kerenah kami. ALhamdulillah. Tiada langsung peristiwa yang tidak diingini seperti yang dicanangkan oleh ........ sebelum keberangkatan kami.

Saat-sata akhir di hari terakhir kami melakaukan lawatan ke pusat membeli belah disekitar Bandung dan berhampiran dengan Lapangan Terbang. Tentunya kami menghabiskan masa di Rumah Mode yang kaya dengan barangan berjenama dengan harga yang sangat berpatutan. Sayangnya kami tidak dibenarkan mengambil gambar di outlet ini kecuali di kawan luar bangunan ini sahaja.


Hiasan di Rumah Mode
Taman-taman untuk berposing
Cantik sekali hisan taman ini

Hiasan dinding Rumah Mode

eh eh PAS ? UMNO hadooooooooo

Setelah beberapa jam di Rumah Mode kami mencari cari kawasan makan tengah hari. Selera kami minrta i ubah setelah beberapa hari dipenuhi dengan hidangan Padang dan Sunda dan seolah-olah enggak manu menerimanya lagi. Lantas timbul idea untuk makanan segera pula. Makanan tengah hari kali ini tidak termasuk dalam pakej lawatan oleh itu kami bebas untuk memilih makanan sendiri.
Pemandangan di Ciliwung, terlalu padat penempatan di sini
Sungai Ciliwung mengalir di celah-celah bangunan penempatan di sini


whoopaaaaaa: kami singgah di satu pusat makanan segera di Bandung iaitu Pizza Hut

Jamuan kami untuk lunch kali ini
Lagak pelayan Pizza Hutt bersanggulkan baloooon

Kami sependapat Pizza Hutt di sini lebih sedap daripada Pizza Hut di Malaysia. Harganya juga  lebih murah Setelah hampir jam 12.00 tengah hari kami meninggalkan kota Bandung menuju ke Bandara Hussein Sastranegara Bandung untuk urusan check-in. Jangan sampai lewat kerna jalan yang macet bisa menyebabkan anda ketinggalan kapal terbang. Namun kami hanya sampai ke BHSB cuma dalam masa tidak sampai setengah jam sahaja. Alhamdulillah.


Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan. (QS: Al-Quraish:106:3-4)



 BHSB


Tiba saat untuk berlepas 
Selamat tinggal Bandung, muga bertemu kembali

3 ulasan:

nadz berkata...

Assallamualaikum kerana memberi info mengenai Bandung . Mama akan mengunjunginya satu hari..insyaallah.

minuman Avocado di sana tentu sedap sih..

Ayah Zain berkata...

Alaikusalan Mama

Insya Allah, moga info ini dapat dimanfaatkan

sonata anak kancil berkata...

InsyaAllah - berangan2 nak ke sini....alhamdullilah semuanya terbaik (spt AZ) - sy rasa bimbang jugak lah...mana tahu kan...dengan sy ok - bila dengan orang lain tak ok...kalau sy pergi mungkin guna spt ini juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...