Selasa, 11 Januari 2011

Hari Hol


sambil membaca kita dengar petikan piano ini

Hari ini ayahzain cuti sempena Hari Hol . Satu Johor Cuti pada hari ini. Hari Hol ialah Hari memperingati kemangkatan Sultan Johor. Bermula tahun ini Hari Hol adalah Hari memperingati Kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar. Ia akan diperingati pada setiap tahun.

Kesihan orang-orang yang tidak bercuti yang bekerja  di luar Johor kerana penat mendail telefon tetapi telefon di pejabat tidak berjawab atau pun yang menjawab ialah mesen peti suara. Hendak buat macam mana kan? Itu sebab aku suka kepada kelender kuda kerana ia lengkap dan detail. Semua cuti ada dalamnya. sama ada kita peka atau pekak tidak sahaja.

Dikesempatan cuti, aku dan isteri meneruskan lagi kerja-kerja persediaan untuk hari walimah yang kian mendekat. Ada ada sahaja keperluan yang tertinggal. Hari ini kami sampai ke Muar, Batu Pahat dan Ayer Hitam untuk melengkapkan segala apa yang perlu. Iyer lah bukannya apa kerana banyak pakar nasihat yang menasihati itu dan ini. Aku ikutkan sahajalah. Kalau idak nanti ......... kak sidah boleh tolong jawab kot. Di samping itu mengedarkan lagi kad-kad jemputan kepada kenalan, kawan taulan yang berada di laluan kami ke Batu Pahat, Muar. Diperjalanan balik kami singgah di Pekan Ayer Hitam. Apa yang ada di Ayer Hitam? ......... Semuanya ada di sini........ Bila dibanding-bandingkan harga, nampaknya harga di Ayer Hitam lebih berpatutan daripada Nilai 3.

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (QS:An-Nur:24:32)


13 ulasan:

Sham berkata...

salam kenal ayahzain...

ikut blog ni...selamat bercuti...

Aida Ali berkata...

Salam 1 Malaysia. Banyak borong nampak...

Unknown berkata...

salam AZ...

semoga majlis walimah nanti berjalan lancar...

mama ju berkata...

Aslkm Az

Mudah2an anak2 kita kat PDKM tu baca ayat tu...
Bagusnya AZ turut sama membantu kerja2 ni.
Moga jumpa nanti, insyallah.

Ayah Zain berkata...

salam Sham,

terima kasih singgah di CHHM.

Ayah Zain berkata...

salam A. Aida.

lama tak mai sini. Banyak juga memborong hehehh

Ayah Zain berkata...

salam UH

Amiin.Semoga segalanya di permudahkan oleh Allah.

Ayah Zain berkata...

Salam MJ

Insya Allah. depa baca tu.

Mana boleh tak bantu. Karang kan, karang kan kan kan ........ (eleh, MJ pun tahu apa jawapannya)

atuk berkata...

Assalamualaikum Hj AZ

terima kasih atas jemputan walimah
moga dipermudahkan

Wassalam

Ayah Zain berkata...

salam rozali

selamat kembali semula. Nanti boleh share maklumat drpd Kemboja.

sinomosa berkata...

Salam AZ,

Pantang ada masa terluang nampaknya bakal bapa mertuaku hehe..[panggilan menantu AZ ler hehe]

Ayah Zain berkata...

salam syima.

heheh, ada-ada sahaja kamu ni.

Kak Sidah berkata...

salam AZ,

Kalau ada apa2 lagi yg boleh dibantu, akak sedia membantu...ckp jer jgn segan yer..apa guna persahabatan inikan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...